MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR, HONDA RS-X BAKAL MENJADI MILIK PENGUNJUNG BERTUAH

0
764

BATU KAWAN, 2 Dis – Dua buah motosikal bakal menjadi milik para pengunjung bertuah pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia di Batu Kawan hujung minggu ini.

Motosikal yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah itu nanti adalah sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dan juga Honda RS-X.

Dua model motosikal ini merupakan yang terhangat di pasaran pada masa kini.

Begitupun, jika berhasrat untuk memiliki motosikal tersebut, para pengunjung hendaklah membeli Happy Beg Cub Prix  yang akan dijual di khemah Happy Bag sepanjang kejuaraan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan pada 3 dan 4 Disember ini.

(Gambar pemenang cabutan bertuah Happy Bag Cub Prix bagi Pusingan 3 dan 4)Beg tersebut yang mengandungi baju-T edisi khas Cub Prix, minyak pelincir serta pemegang kunci dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg, akan diberikan kupon untuk menyertai cabutan bertuah.

Lebih banyak pembelian maka lebih banyak kupon cabutan bertuah akan diberikan dan peluang untuk menang adalah lebih cerah.

Pemenang cabutan bertuah Happy Bag (dua dari kanan) bagi Pusingan 6.

Selain motosikal yang menjadi hadiah utama, pelbagai hadiah menarik lain juga disediakan oleh pihak penganjur buat para pengunjung yang bertuah nanti. Antaranya adalah jaket, helmet dan bermacam-macam lagi.

Pengumuman untuk para pemenang cabutan bertuah Happy Beg Cub Prix ini akan berlangsung pada pukul 4.30 petang hari Ahad ini.

Selain jualan Happy Beg, satu lagi acara samping iaitu Cabutan Bertuah Khas turut diadakan pada hari Sabtu (3 Disember) dan para pemenang bakal memenangi pas khas bagi membolehkan mereka melawat kawasan paddock kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Acara lain yang turut diadakan pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 adalah perhimpunan K Kar, Carnival Honda dan juga Bike Autoshow.

Cub Prix yang mula membuka tirai pada Mac tahun ini, kini sudah sampai ke kemuncak saingan dan Batu Kawan menjadi venue untuk pusingan penutup tirai, sekali gus mengesahkan siapa yang bakal muncul sebagai pelumba serta pasukan terbaik pada tahun ini.

(Pemenang cabutan bertuah bagi Pusingan 5 dan 7)

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here