KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) bagi musim 2020 bakal membuka tirainya pada April depan.
Kejuaraan kebangsaan itu yang merangkumi lima pusingan, akan dilangsungkan secara eksklusif di Litar Sepang.
Ia akan bermula dengan aksi bagi Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 April diikuti Pusingan 2 pada 7 hingga 9 Ogos.
Saingan Pusingan 2 ini akan berlangsung serentak dengan kejuaraan Asia Talent Cup.
Pusingan 3 pula hanya akan menyenaraikan perlumbaan bagi kelas MSBK250 kerana persamaan tarikh dengan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
Justeru, ia bakal menjadi sebahagian daripada perlumbaan pada saingan Pusingan 6 ARRC 2020 nanti.
Aksi penutup tirai bagi edisi 2020 bakal menyaksikan dua pusingan diangsungkan serentak iaitu Pusingan 4 dan 5.
Ia dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober nanti.
KALENDAR KEJUARAAN SUPERBIKE MALAYSIA 2020
Pusingan 1 3-5 April
Pusingan 2 7-9 Ogos
Pusingan 3 25-27 September
Pusingan 4 & 5 16-18 Oktober
(*NOTA: Semua perlumbaan dilangsungkan di Litar Sepang)