MSBK EDISI 2020 BUKA TIRAI APRIL DEPAN

0
596

 KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) bagi musim 2020 bakal membuka tirainya pada April depan.

Kejuaraan kebangsaan itu yang merangkumi lima pusingan, akan dilangsungkan secara eksklusif di Litar  Sepang.

Ia akan bermula dengan aksi bagi  Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 April diikuti Pusingan 2 pada 7 hingga 9 Ogos.

Saingan Pusingan 2 ini akan  berlangsung serentak dengan kejuaraan Asia Talent Cup.

Pusingan 3 pula hanya akan menyenaraikan perlumbaan bagi kelas MSBK250 kerana persamaan tarikh dengan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Justeru, ia bakal menjadi sebahagian daripada perlumbaan pada saingan Pusingan 6 ARRC 2020 nanti.

Aksi penutup tirai bagi edisi 2020 bakal menyaksikan dua pusingan diangsungkan serentak iaitu Pusingan 4 dan 5.

Ia dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober nanti.

KALENDAR KEJUARAAN SUPERBIKE MALAYSIA 2020

Pusingan 1        3-5 April

Pusingan 2           7-9 Ogos

Pusingan 3           25-27 September

Pusingan 4 & 5     16-18 Oktober

(*NOTA: Semua perlumbaan dilangsungkan di Litar Sepang)

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here