HAPPY BAG KEMBALI WARNAI SAINGAN CUB PRIX MUSIM 2026, TAWAR HADIAH UTAMA YAMAHA Y15ZR DI TANGKAK

0
15

TANGKAK, 25 April – Kemeriahan aksi pembuka tirai kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia bagi musim 2026 di Litar Lumba Tangkak kali ini bukan sahaja tertumpu kepada aksi di litar, malah turut diceriakan dengan jualan ‘CP Happy Bag’ yang sentiasa menjadi kegemaran peminat sukan permotoran tempatan.

Sejak memulakan operasi seawal jam 9.30 pagi tadi, booth CP Happy Bag terus menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mendapatkan barangan eksklusif pada harga mampu milik iaitu RM65 bagi setiap pembelian.

Apa yang menarik perhatian, setiap pembeli bukan sahaja membawa pulang barangan berkualiti, malah berpeluang memenangi hadiah utama sebuah motosikal Yamaha Y15ZR melalui cabutan bertuah yang bakal diadakan esok (Ahad).

Bagi menambah keterujaan peminat pada pusingan kali ini, pihak penganjur turut menyediakan kejutan istimewa buat para pelanggannya yang sentiasa setia menyokong aktiviti CP Happy Bag sejak beberapa tahun lalu.

Seramai 100 pembeli pertama CP Happy Bag pada saingan Pusingan 1 ini bakal menerima jersi eksklusif daripada pasukan legenda, TAB Sports SCK Honda Racing Team secara percuma.

Menurut pengurus jualan dan promosi Safe Aim Sdn. Bhd, Yvonne Ng, inisiatif ini dilakukan sebagai menghargai sokongan peminat yang sentiasa setia mengikuti perkembangan sukan permotoran negara itu, selain memberi nilai tambah kepada setiap pengunjung yang hadir ke litar.

“Kami mahu peminat pulang dengan rasa bangga. Dengan hanya RM65, mereka berpeluang memenangi sebuah motosikal dan bagi mereka yang bertindak pantas pagi ini, jersi eksklusif TAB Sports SCK Honda Racing menanti sebagai ganjaran tambahan.

“Ini adalah permulaan yang baik untuk musim 2026 dan kami menjangkakan sambutan yang lebih luar biasa daripada pengunjung sepanjang hujung minggu ini,” jelas Yvonne.

Bagi peminat yang belum mendapatkan Happy Bag, anda masih berpeluang berbuat demikian selagi stok masih ada.

Happy Bag yang dijual pada harga RM65, mengandungi baju-T edisi terhad, minyak pelincir PETRONAS Sprinta, minuman bertenaga Ranger serta satu kupon cabutan bertuah. Untuk pembelian dua Happy Bag pula, pelanggan bakal mendapatkan tiga kupon.

Booth jualan yang terletak di kawasan promosi di Litar Lumba Tangkak, dijangka terus menjadi tumpuan utama peminat tempatan.

Apakah motosikal Yamaha Y15ZR bakal menjadi milik anda esok?

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Litar Lumba Tangkak esok bagi memeriahkan lagi suasana perlumbaan pembuka musim ini.

Bagi mereka yang sudah membeli CP Happy Bag, jangan lupa untuk hadir pada majlis cabutan bertuah esok di pentas utama pada jam 5 petang.

Selain hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, pelbagai lagi hadiah menarik yang lain menanti anda.

Turut diadakan hari ini adalah peraduan mewarna untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun dan juga untuk kategori usia 7 hingga 12 tahun.

About The Author