PIALA PRESIDEN: GELARAN JUARA MILIK PASUKAN LELAKI A

0
551

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Pasukan A mengesahkan status selaku juara Piala Presiden selepas menundukkan Pasukan B dengan kemenangan 4-1.

Mata pertama Pasukan A hadir menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang menundukkan Cheam June Wei dengan kemenangan straight set 22-20, 21-18.

“Meskipun menang, saya masih belum berpuas hati dengan gaya permainan pada hari ini kerana tidak fokus dalam perlawanan.

“Saya perlu memuji June Wei yang banyak menunjukkan peningkatan dan memberi tentangan sengit kepada saya,” kata Zii Jia.

ZII JIA

Gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii memastikan Pasukan B semakin tertekan apabila menyumbang mata kedua untuk Pasukan A selepas menundukkan pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan kemenangan 23-21, 21-13.

Pemain muda, Ng Tze Yong terus membuktikan beliau adalah permata BAM yang sedang menyinar apabila menundukkan Leong Jun Hao dalam aksi perseorangan kedua dengan kemenangan straight set 21-19, 21-11, sekali gus mengesahkan kemenangan untuk Pasukan A yang mendahului 3-0.

“Kemenangan ini satu kepuasan untuk saya ditambah kami sudah mendahului 2-0. Mungkin dia bermain dalam keadaan tekanan kerana pasukannya sudah ketinggalan,” kata Tze Yong.

Pasukan B bangkit untuk mencari mata dan ia berhasil menerusi gandingan bergu kedua apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar kemenangan ke atas Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-19, 21-14.

Muhd. Shaqeem Eiman menutup saingan Piala Presiden dengan kemenangan keempat untuk Pasukan A selepas menundukkan Lee Shun Yang 21-15, 23-21.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria.

Piala Presiden merupakan inisiatif BAM sebagai aksi pemanas badan untuk menghadapi Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan berlangsung dari 3-11 Oktober di Aarhus, Denmark.

Namun, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan untuk menangguhkan kejohanan itu susulan penularan Covid-19 sehingga memaksa beberapa negara menarik diri termasuk juara 13 kali Piala Thomas, Indonesia.

Semalam, Pasukan Wanita A muncul juara selepas menundukkan Pasukan B dengan kemenangan 3-2.

KEPUTUSAN PERLAWANAN – BERPASUKAN LELAKI

MS1: Lee Zii Jia kln Cheam June Wei – 22-20, 21-18 (1-0)

MD1: Ong Yew Sin/Teo Ee Ui kln Aaron chia/Soh Wooi Yik – 23-21, 21-13 (1-0)

MS2: Ng Tze Yong kln Leong Jun Hao – 21-19, 21-11 (1-0)

MD2: Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani kln Low Hang Yee/Ng Eng Cheong 19-21, 14-21 (0-1)

MS3: Muhd. Shaqeem Eiman kln Lee Shun Yang – 21-15, 23-21

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here