PIALA PRESIDEN: PEARLY–THINAAH PASTIKAN PASUKAN A JUARA KATEGORI WANITA

0
664

KUALA LUMPUR, 16 Sept Gandingan Pearly Tan-M. Thinaah memastikan pasukan A muncul juara Piala Presiden bagi kategori berpasukan wanita, sekali gus menewaskan pasukan B, 3-2.

Selepas berakhirnya kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang pada Ogos lalu, BAM meneruskan inisiatif untuk menganjurkan Piala Presiden bagi memastikan para pemain kekal di tahap terbaik.

Perlawanan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Mata pertama pasukan A disumbang Soniia Cheah yang menewaskan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 Filipina, S. Kisona dengan kemenangan straight set 21-14, 25-23.

“Saya perlu memberikan pujian kepada Kisona kerana dia telah memberikan tentangan yang sengit dan sudah tentu saya gembira memberikan mata pertama untuk pasukan A.

“Tetapi saya perlu perbaiki cara bermain kerana melepaskan mata mudah dan terlalu ghairah untuk memburu kemenangan,” kata Soniia.

Pasukan B bangkit menyamakan kedudukan menerusi pasangan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang melakar kemenangan straight set 21-10, 21-14 ke atas gandingan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen.

Namun, perseorangan kedua pasukan A, Goh Jin Wei yang kembali semula ke gelanggang selepas lebih setahun berehat, memberikan mata kedua sekali gus mendahului 2-1 selepas menewaskan Eoon Qi Xuan straight set 21-12, 21-9.

“Penampilan pertama ini saya gunakan sebagai penilaian awal dan secara keseluruhan, saya sudah mencapai 60 hingga ke 70 peratus pulih, Saya puas hati dengan perlawanan hari ini,” kata Jun Wei.

Naib juara beregu wanita pada kejohanan Jemputan BAM baru-baru ini, Pearly Tan-M Thinaah memastikan pasukan A muncul juara Piala Presiden selepas  mengatasi cabaran Toh Ee Wei-Yap Ling dengan kemenangan straight set 21-17, 21-15 bagi membolehkan mereka mendahului pasukan B, 3-1.

“Kejohanan berpasukan berbeza dengan acara individu kerana rakan-rakan sepasukan sentiasa memberikan kata-kata semangat.

“Kami turun tanpa sebarang tekanan kerana sudah mendahului lawan 2-1 dan kami hanya perlu pastikan kemenangan menjadi milik pasukan kami,” kata Pearly.

Pemain muda, Lee Ying Ying memberikan mata kedua untuk pasukan B selepas melakar kemenangan straight set 21-17, 21-7 ke atas K. Letshaana.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:

WS1- Soniia Cheah lwn S. Kisona – 21-14 25-23 (1-0)

WD1 – Vivian Hoo – Yap Cheng Wen lwn Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean 10-21 14-21 (0-1)

WS2 – Goh Jin Wei lwn Eoon Qi Xuan – 21-12 21-9 (1-0)

 WD2 – M. Thinaah – Pearly Tan lwn Toh Ee Wei – Yap Ling 21-17 21-15 (1-0)

WS3 – K. Letshaana lwn Lee Ying Ying 17-21 7-21 (0-1)

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here