SAM VIRTUAL RUN & RIDE SEMPENA SUKAN OLIMPIK 2020 TOKYO

0
488

KUALA LUMPUR, July 18 –  Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan atlet negara dalam usaha memburu pingat, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan ‘SAM Virtual Run & Ride’.

Penganjuran yang julung kali diadakan ini terbuka kepada umum dan akan berlangsung secara maya selepas mengambil kira penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Dua kategori dipertandingkan iaitu larian sejauh 5 Kilometer (km), manakala bagi berbasikal pula, jaraknya adalah sejauh 20km.

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan yuran sebanyak RM15 bagi setiap peserta.

Para peserta bakal memperoleh E-Certificate dan E-Bip.

Peserta boleh merancang larian dan kayuhan mengikut masa dan waktu dirasakan sesuai sepanjang tempoh penganjuran yang akan berlangsung hampir sebulan bermula pada 18 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021.

Peserta juga perlu merekodkan aktiviti menggunakan apa-apa sahaja jenis aplikasi larian seperti Strava, Garmin, Fitbit, Samsung App dan sebagainya dan menghantar butiran screenshot tracking device sebagai bukti larian.

Para peserta hendaklah menghantar rakaman video bukti larian kepada penganjur bermula 23 Julai nanti.

Sekiranya menggunakan treadmill, peserta boleh menghantar gambar paparan skrin menunjukkan jumlah jarak dan masa aktiviti yang telah dilakukan sebagai bukti larian.

Setiausaha Agung SAM, Asan Ahmad berkata, penganjuran Virtual Run & Ride ini adalah satu usaha persatuan untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia khusus buat peminat-peminat sukan tanah air.

“Penganjuran ini bertujuan untuk memeriahkan suasana Sukan Olimpik dalam kalangan peminat sukan tempatan. Ia antara usaha SAM untuk mengajak rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat sukan supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan atlet-atlet negara di Tokyo nanti.

“Acara ini juga kami anggap sebagai antara usaha SAM menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19,” katanya.

Ayuh, mulakan pendaftaran anda hari ini dalam misi kita untuk memberi sokongan terhadap perjuangan atlet negara di Olimpik Tokyo.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di Facebook Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa atau whatsapp 013-3446772 (Rozaidi) atau 013-3063919 (Ammar).

Proses pendaftaran boleh dibuat menerusi link dibawah;

https://cps4.me/sam-run-ride-vr

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here