SENTUHAN PENG SOON-LIU YING MASIH BERBISA

0
610

 

KUALA LUMPUR, 10 Jan –  Gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kembali mempamerkan watak sebagai sang juara.

Meskipun beregu campuran profesional negara itu berdepan prestasi yang ‘turun naik’ selepas meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Jeneiro, Brazil, namun mereka masih memiliki sentuhan luar biasa untuk terus berada dalam kelompok pemain elit dunia.

Rentak cemerlang itu mula dipamerkan pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil ketika ini.

Impian untuk meraih gelaran juara masih menjadi sasaran beregu campuran paling berpengalaman negara itu dan hari ini, mereka telah membuktikannya bagi merealisasikan hajat besar itu dapat dicapai.

Peng Soon-Liu Ying kini sudah berjaya menempah tempat ke pusingan separuh akhir selepas tampil cemerlang untuk meranapkan cabaran gandingan Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara di suku akhir hari ini.

Mereka menang 21-15, 21-18 pada perlawanan tersebut dan lawan mereka di separuh akhir nanti adalah beregu pilihan kedua dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping.

Gandingan China itu telah menyingkirkan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 19-21, 21-8, 21-15 dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Ini merupakan peluang terbaik buat Peng Soon-Liu Ying untuk melakar kemenangan selepas kali terakhir melakukannya lapan tahun lalu.

Selain itu, peluang beraksi di halaman sendiri harus dipergunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan impian tersebut.

“Kami pernah bergelar juara pada edisi 2012 ketika kejohanan ini masih diberi taraf 300, sekarang ia sudah dinaikkan ke taraf 500. Kami akan melakukan yang terbaik dalam misi untuk memburu gelaran juara,” jelas Liu Ying.

Mereka juga mahu mengekalkan rentak konsisten bagi memudahkan misi memburu slot ke Sukan Olimpik 2020, Tokyo.

Satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal mara ke separuh akhir selepas tewas kepada pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 11-21, 9-21.

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here