ZII JIA HAMPIRI FINAL

0
1129

 

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Lee Zii Jia (gambar) semakin hampir untuk menjejak kaki ke final Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hari ini, dia berjaya melepasi halangan pada pusingan suku akhir apabila menewaskan pemain China, Shi Yu Qi dalam acara perseorangan lelaki dengan kemenangan 12-21, 21-16 dan 21-19.

Kekuatan mental yang ada pada pemain berusia 22 tahun itu telah menjadi senjata utama untuk ‘membunuh’ rentak lawannya yang tampil selaku pemain pilihan ketujuh pada kejohanan kali ini.

Yu Qi berada dalam kelas tersendiri pada set pertama dan mudah memenangi perlawanan 21-12, namun Zii Jia tidak mudah menyerah dan bagkit garang untuk menguasai dua set berikutnya.

“Ia perlawanan yang sangat sengit dan ternyata pengalaman yang dimiliki Yu Qi telah memudahkan tugasnya untuk menang perlawanan set pertama.

“Saya agak sukar untuk membaca rentak permainannya pada set pertama, namun sebaik memasuki set kedua, saya cuba memperlahankan rentak permainan dan sekali-sekali cuba mengikut rentaknya. Strategi saya menjadi sehingga berjaya menguasai saingan,” jelas Zii Jia.

Dia akan berdepan pemain Jepun, Kento Momota pada pusingan separuh akhir esok (Sabtu).

Sementara itu, perjuangan beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi sudah berakhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae  di suku akhir.

Beregu negara itu yang menguasai set pertama dengan kemenangan 21-19, bagaimanapun gagal bertahan apabila tewas dalam dua set berikutnya, 15-21, 22-20.

 

KEPUTUSAN (SUKU AKHIR)
Perseorangan lelaki:
Kento Momota (JPN) mn Huang Yu Xiang (CHN) 21-13, 19-21, 21-9
Angus Ng Ka Long (HKG) mn Jonatan Christie (INA) 15-21, 21-12, 21-18
LEE ZII JIA (MAS) mn Shi Yu Qi (CHN) 12-21, 21-16, 21-19
Viktor Axelsen (DEN) mn Chen Long (CHN) 21-11, 12-21, 22-20

Perseorangan wanita:
Tai Tzu Ying (TPE) mn P.V. Sindhu (IND) 21-16, 21-16
He Bing Jiao (CHN) mn Nozomi Okuhara (JPN) 21-17, 21-10
Carolina Marin (ESP) mn Saina Nehwal (IND) 21-8, 21-7
Chen Yu Fei (CHN) mn Wang Zhi Yi (CHN) 21-19, 21-14

Beregu lelaki:
Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mn Lee Yang-Wang Chi-Lin (TPE) 20-22, 21-18, 21-19
Li Jun Hui-Liu Yu Chen (CHN) mn Akira Koga-Taichi Saito (JPN) 21-12, 21-15
Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA) mn MarcusFernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA) 21-19, 17-21, 23-21
Kim Gi Jung-Lee Yong Dae (KOR) mn ONG YEW SIN-TEO EE YI (MAS) 19-21, 21-15, 22-20

Beregu wanita:
Nami Matsuyama-Chiharu Shida (JPN) mn Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) 16-21, 21-15, 21-17
Greysia Polii-Apriyani Rahayu (INA) mn Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR) 21-19, 21-19
Li Wen Mei-Zheng Yu (CHN) mn Kim So Yeong-Kong Hee Yong (KOR) 21-16, 21-12
Du Yue-Li Yin Hui (CHN) mn Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN) 17-21, 21-19, 22-20

Beregu campuran:
CHAN PENG SOON-GOH LIU YING (MAS) mn Takuro Hoki-Wakana Nagahara (JPN) 21-15, 21-18
Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (CHN) mn GOH SOON HUAT-SHEVON LAI (MAS) 21-11, 21-9
Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (CHN) mn Robin Tabeling-Selena Piek (NED) 19-21, 21-8, 21-15
Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) mn Lee Yang-Yang Ching Tun (TPE) 21-19, 22-20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here