KUALA LUMPUR, 2 April – Tuneboss-Pink Racing Team tetap mengintai untuk mengutip mata pada saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 yang akan berlangsung di Litar Sepang Utara hujung minggu ini.
Ia bukan perkara mustahil untuk dicapai jika segala persiapanmereka untuk menghadapi saingan Pusingan 2 ini berjalanlancar seperti yang dirancangkan.
Pasukan yang baharu membuat penampilan pada kejuaraanberprestij itu, sedar dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, tetapi ia bukan halangan buat barisan pelumbanyauntuk melontarkan cabaran.
Semangat serta komitmen yang tinggi dalam kalanganpelumbanya dilihat sebagai aset penting buat Tuneboss-Pink Racing Team untuk melakar kejutan pada kejuaraanmotorsikal tertua negara itu.
Malah, mereka telah membuktikan semangat tersebut pada saingan Pusingan 1 di litar yang sama dua minggu lalu yang menyaksikan dua pelumbanya, Siti Norafizah Mohamad danMd Harith Farhan Baharin berjaya menempatkan diri dalamkelompok 10 terbaik bagi kelas CP125.
Norafizah atau lebih dikenali sebagai Fifi telah menamatkanperlumbaan akhir di kedudukan kelima manakala Farhan pula yang baharu menunggang jentera Yamaha sepanjangkariernya menghuni tempat kelapan.
Mereka berjaya mengutip mata dengan Fifi meraih 11 matamanakala Farhan pula mengutip 8 mata.
Ia dianggap sebagai satu permulaan yang baik dan lebihmenarik, Fifi pula mencipta nama menjadi pelumba wanitapertama untuk meraih kedudukan dalam kelompok 5 terbaikdalam sejarah Cub Prix bagi kelas CP125.
Hasil kejayaan yang membanggakan itu, ia telahmembolehkan pasukan TBPR untuk berada di kedudukanketiga keseluruhan bagi kategori berpasukan denganmengumpul 19 mata.
Seorang lagi pelumba wanita TBPR, Siti Norsyafiyah Alia Saarizan yang berasal dari Perak, turut menampilkan prestasiyang membanggakan dalam kelas Wira dan berjayamenamatkan perlumbaan di kedudukan ke-17.
Minggu ini, pasukan yang dimiliki seorang wanita itu, Nur Atikah Azwar,25, kembali melangkah ke litar yang samadengan harapan untuk meneruskan rentak cemerlang sepertiyang mereka pamerkan pada Pusingan 1 sebelum ini.
Tiada sasaran spesifik ditetapkan, tetapi mereka tetapmengharapkan barisan pelumbanya melakukan yang terbaikserta menimba seberapa banyak pengalaman yang bolehdalam usaha memantapkan lagi gaya persembahan mereka.
Mereka tidak memburu kemenangan podium kerana sedardengan segala kekurangan yang ada dalam pasukan.
Selain itu, TBPR juga akur dengan kemampuan barisanpencabar mereka yang sebahagian besarnya telah lama berlumba di Cub Prix.
Begitupun, jika barisan pelumbanya mampu mengulangiprestasi yang telah mereka buktikan pada cabaran Pusingan 1 sebelum ini, para peminat sukan permotoran bakalmenyaksikan satu lagi kejutan di Sepang minggu ini.
Selepas seminggu berehat, para pelumba TBPR kini beradadalam keadaan terbaik dan tahap kecergasan mereka juga sangat memuaskan.
Tempoh rehat seminggu itu dipergunakan sepenuhnya untukmenjalani latihan kecergasan bagi memastikan semuapelumbanya tetap fokus menghadapi saingan di Sepang minggu ini.
Bagi pemilik pasukan, Nur Atikah, beliau berharap agar pasukannya mampu mengekalkan momentum seperti yang mereka pamerkan pada aksi Pusingan 1 sebelum ini.
“Rasa tertekan memang ada untuk menghadapi aksi Pusingan2 ini kerana kami tidak menjangka untuk tampil agak luarbiasa pada Pusingan 1 dua minggu lalu.
“Malah, tidak pernah terfikir bahawa pelumba kami mampuuntuk berada dalam kelompok hadapan pada sainganPusingan 1 itu dan situasi tersebut serba sedikit memberitekanan kepada saya,” jelas Nur Atikah.
Menurutnya, sebagai sebuah pasukan baharu dalam Cub Prix, masih banyak lagi benda yang mereka perlu pelajari, namuntetap berharap untuk melakukan yang terbaik dalam setiappusingan.
Pencapaian TBPR pada Pusingan 1
CP125 (perlumbaan akhir)
Siti Norafizah Mohamad – tempat kelima
Md Harith Farhan – tempat kelapan
Wira
Siti Norsyafiyah Alia Saarizan – tempat ke-17
Kedudukan pelumba (keseluruhan CP125)
Siti Norafizah Mohamad (tempat kelima) – 11 mata
Md Harith Farhan (tempat kelapan) – 8 mata
Kedudukan pasukan (keseluruhan CP125)
Tuneboss Pink Racing Team (tempat ketiga) – 19 mata