THE INDONESIAN HURDLE FOR MALAYSIA
SAYA YAKIN MALAYSIA MAMPU SEKAT INDONESIA
Catatan ASAN AHMAD, 15 Oktober 2021
INDONESIA akan menjadi lawan skuad badminton negara pada pusingan suku akhir kejohanan badminton Piala Thomas 2021 hari ini.
Perlawanan tersebut akan berlangsung di Aarhus, Denmark hari ini, 15 Oktober (kira-kira pada pukul 7.30pm waktu Malaysia).
Malaysia yang menamatkan saingan peringkat kumpulan D di tempat kedua selepas tewas 1-4 kepada Jepun, diundi menentang Indonesia pada perlawanan suku akhir itu nanti.
Pada pandangan peribadi saya, Malaysia dilihat berpeluang untuk mengatasi Indonesia dengan syarat barisan pemain negara yang bakal diturunkan pada perlawanan itu nanti tampil dengan aksi terbaik mereka.
Pada perlawanan terakhir peringat kumpulan D menentang Jepun semalam, rentak permainan pemain negara agak menurun berbanding aksi mereka ketika beraksi pada kejohanan Piala Sudirman dua minggu lalu.
Nasib baiklah tugas skuad negara pada peringkat kumpulan ini tidak begitu berat selepas England menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas kali ini.
Jika kena dengan gayanya, Malaysia mungkin mampu melangkah ke final kerana saya yakin barisan kejurulatihan negara sudah dapat mengenalpasti kelebihan yang ada pada para pemain negara selepas aksi menentang Jepun semalam.
Mungkin mereka sudah mendapat strategi terbaik sebagai persediaan menghadapi Indonesia di suku akhir hari ini.
Kekuatan Malaysia dan Indonesia ketika ini dilihat seimbang. Mungkin kelebihan akan memihak kepada Malaysia kerana beberapa muka baharu yang ditampilkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada saingan Piala Thomas kali ini dilihat lebih bertenaga dan berdaya saing.
Indonesia mungkin sudah boleh membaca kelebihan yang ada pada Lee Zii Jia, namun kekuatan yang ada pada dua lagi pemain perseorangan negara iaitu Cheam Jun Wei dan juga Leong Jun Hao bakal menjadi ancaman buat mereka.
Tidak banyak yang mereka ketahui dengan dua pemain muda negara ini dan kelebihan inilah yang harus dipergunakan sebaik mungkin oleh Malaysia untuk memerangkap lawan mereka itu nanti.
Jun Wei pernah menewaskan Jonatan Christie pada kejohanan berpasukan Asia tahun lalu dan jika pemain berusia 24 tahun itu tampil dengan aksi terbaiknya, peluangnnya untuk menang ke atas Jonatan amat cerah.
Jun Hao telah memperlihatkan kemampuannya ketika menewaskan pemain perseorangan ketiga Jepun, Kenta Nishimoto semalam dan saya yakin dia mampu menjinakkan perseorangan ketiga Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.
Pemain perseorangan ketiga Indonesia ini tidak mempunyai banyak ‘senjata’ untuk memerangkap pemain lawan, dan saya yakin Jun Hao berupaya mencatat kemenangan mudah.
Lee Zii Jia perlu tampil dengan strategi yang betul jika dia diturunkan menentang Anthony Sinisuka Ginting. Kemenangan Zii Jia amat penting pada aksi suku akhir itu nanti kerana ia akan membangkitkan semangat pemain lain dalam skuad.
Semalam, strategi Zii Jia ketika menentang Kento Momota agak silap kerana dia bermula sangat agresif pada set pertama dan akibatnya dia kelihatan letih dalam set kedua.
Pada set penentuan, ia adalah ‘mental strength battle’ dan Momota telah mempergunakan sepenuhnya pengalaman yang ada untuk memenangi perlawanan tersebut.
Peluang skuad negara dalam acara beregu adalah 50-50. Prestasi beregu utama Indonesia iaitu Kevin Sanjaya dan Marcus Gideon agak menurun ketika ini. Kemungkinan besar beregu ini bakal diturunkan untuk berdepan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana Indonesia berpendapat gandingan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto belum mampu untuk menyaingi kehebatan beregu negara kita.
Bagi beregu kedua, Indonesia bakal memberi kepercayaan kepada Hendra Setiawan-Muhamad Ahsan.
Dalam baki perlawanan yang ada ini, skuad negara tidak boleh lagi memikirkan bahawa penyertaan mereka pada Piala Thomas sebagai medan pendedahan.
Apabila sudah layak beraksi pada kejohanan besar seperti ini, pendedahan bukanlah alasan tepat. Ini adalah tempat untuk melakar kemenangan.
Kalau nak bagi pendedahan – para pemain harus lebih kerap dihantar beraksi pada kejohanan Terbuka antarabangsa dan selepas itu ke peringkat Super Series. Ini baru proses pendedahan.
Apa pun, kita berharap agar semua pemain negara tampil dengan aksi terbaik mereka pada perlawanan menentang Indonesia nanti dan jika menang, peluang untuk melangkah ke final adalah cerah.
Jika berjaya melepasi cabaran Indonesia, saya yakin barisan pemain negara mampu menyekat sama ada India mahupun Denmark di separuh akhir.
Ramai yang menganggap, Denmark dilihat mempunyai skuad yang serba lengkap pada saingan kali ini, selain mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri.
Bagi saya, peluang skuad kita dengan Denmark adalah 50-50 dan begitu juga dengan India.
Misi utama adalah untuk menyekat kemaraan Indonesia terlebih dahulu kerana ia bakal menjadi ‘turning point’ buat skuad negara kita untuk melangkah lebih jauh.
Kita hampir melakukannya pada edisi 2014 lalu, namun tewas 2-3 kepada Jepun di final.
Ini prediksi peribadi saya – skuad negara bakal meraih kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di suku akhir nanti dan jika keputusan berubah, Indonesia juga bakal meraih kemenangan dengan agregat yang sama.
Saya mempunyai keyakinan bahawa skuad negara bakal menang dalam dua acara perseorangan dan satu beregu. InsyaAllah…
CAN MALAYSIA KEEP THE FIRE AGAINST JAPAN?
THE SPARKLE IN UBER CUP DEFEATS IN AARHUS
ANOTHER DEFEAT, ANOTHER OUTCRY
SUFIANI JOHARI DIPILIH MENJADI PRESIDEN PERSATUAN SUKAN TOUCH MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 Okt – Ahmad Sufiani Johari dipilih menjadi presiden Persatuan Sukan Touch Malaysia pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Pemilihan bagi penggal 2021-2023 persatuan itu pada 3 Oktober lalu.
Presiden Persatuan Touch Negeri Sembilan, Mohd Farid Shah Mohd Basir pula dipilih selaku Timbalan Presiden.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Sukan Touch Malaysia, Samsul Norazim Samsudin, mesyuarat dan pemilihan itu berlangsung secara dalam talian dengan dihadiri perwakilan daripada tujuh persatuan negeri yang telah diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Negeri-negeri gabungan tersebut terdiri daripada Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu dan Sarawak.
Persatuan negeri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka serta beberapa negeri lain sedang menunggu kelulusan penubuhannya daripada pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Sufiani, 45, merupakan pengasas dan presiden interim Persatuan Sukan Touch Malaysi dan dia mempunyai pengalaman luas dalam sukan tersebut di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pada penganjuran Piala Dunia Touch 2019 di Putrajaya, Sufiani bertindak selaku Ketua Jawatankuasa Penganjur dan kepimpinan beliau menyaksikan Malaysia dinobatkan sebagai salah satu penganjur terbaik oleh Persekutuan Sukan Touch Antarabangsa (Federation of International Touch (FIT).
Malaysia juga telah disahkan oleh badan induk dunia tersebut sebagai Ahli Badan Gabungan Rasmi pada 19 Ogos 2021.
Dengan pengiktirafan tersebut, Malaysia kini mendapat kelayakan untuk menyertai semua acara anjuran FIT, layak dijemput untuk semua acara anjuran FIT, diberi akses dan penyertaan penuh dalam program pembangunan sukan touch serta diberi hak untuk hadir, bersuara dan mengundi dalam Mesyuarat Agung badan dunia itu.
Kehadiran Malaysia dalam badan dunia berkenaan menjadikan sejumlah 46 buah negara kini bernaung di bawah FIT.
Dalam ucapan sulungnya, Sufiani merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa interim yang telah bertungkus lumus memastikan penubuhan badan sukan kebangsaan menjadi kenyataan seterusnya berazam mengembangkan lagi potensi sukan touch kepada seluruh rakyat Malaysia.
Antara yang dirancang ialah penganjuran Liga Sukan Touch Kebangsaan (Inaugural National Touch League 2021) yang dijadualkan pada bulan Disember nanti di Putrajaya serta program pembangunan akar umbi di seluruh negara.
Berikut senarai penuh ahli jawatankuasa Persatuan Sukan Touch Malaysia bagi penggal 2021-2023:
PRESIDEN Ahmad Sufiani Johari – Putrajaya Touch Association TIMBALAN PRESIDEN Mohd Farid Shah Mohd Basir – Touch Association Negeri Sembilan (TANS) NAIB-NAIB PRESIDEN (4) Shazmi Ali Sardar Ali – Touch Association Selangor (TAS) Jake Abbas – Pahang Touch Association (PTA) Hafizan Fuad – Touch Association Johor (TAJ) Hafisz Rachman Drahman – Sarawak Touch Association (STA) SETIAUSAHA AGUNG Samsul Norazim Samsudin – Putrajaya Touch Association PENOLONG SETIAUSAHA Iqmarl Hadi Kamal – Putrajaya Touch Association BENDAHARI Cut Iffa Izza Tengku Ermanda – Touch Association Kuala Lumpur (TAKL) PENOLONG BENDAHARI Anis Amyra Azami – Putrajaya Touch Association JAWATANKUASA KECIL PERSATUAN SUKAN TOUCH MALAYSIA 2021-2023 PENGARAH PEMBANGUNAN Mohd Atif Abdullah – Putrajaya Touch Association PENGARAH ACARA Iqmarl Hadi Kamal – Putrajaya Touch Association PENGARAH TEKNIKAL Muhammad Nor Amirul Mazlan – Putrajaya Touch Association PENGARAH HAL EHWAL DISIPLIN Martha Mervy – Sarawak Touch Association (STA) PENGARAH KEJURULATIHAN Al Jeffery Mohd Iszeham – Touch Association Selangor (TAS) PENGARAH PENGADIL Samsul Norazim Samsudin – Putrajaya Touch Association PENGARAH SAINS SUKAN Mohd Ehsan Manan – Putrajaya Touch Association PENGARAH PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN Mohd Mazuri Sallehuddin – Touch Association Negeri Sembilan (TANS) TIMBALAN PENGARAH PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN Muhammad Firdaus Zakarya – Touch Association Selangor (TAS) PENGARAH HAL EHWAL WANITA Nurul Elia Anuar – Putrajaya Touch Association PENGARAH HAL EHWAL KANAK-KANAK Mohd Hafiz Basri – Putrajaya Touch Association TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL KANAK-KANAK Evanna Devi Seyapalan – Touch Association Selangor (TAS) PENGARAH KESELAMATAN AWAM DAN KAWALAN TRAFIK Mohd Sukri Seh Dom – Touch Association Johor (TAJ) PENGARAH HAPERHUBUNGAN MEDIA Mohd Adib Mohamad Ali Nasri – Putrajaya Touch Association JURU AUDIT Sally Sheriza Ahmad – Sarawak Touch Association (STA) JAWATANKUASA BERSAMA PAUTAN AGENSI LUAR: PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MSSM & PASJK) Syed Affendi Syed Ibrahim – Touch Association Kuala Lumpur (TAKL) PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (MASUM, MASISWA & MSP) Mohd Zulfadili Hamzah – Melaka Touch Association (META) PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA BAHAGIAN SUKAN: SEKOLAH-SEKOLAH ANTARABANGSA (INTERNATIONAL SCHOOL) Jennab Zulkifly – Pahang Touch Association (PTA) PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGARA Yuzamri Yusof – Terengganu Touch Association (TTA) PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA OLYMPIC COUNCIL MALAYSIA Farid Rahman – Touch Association Negeri Sembilan (TANS) PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (National Touch Development Program – NTDP) Fatimah Abdul Samad PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA PROJEK KHAS & CSR Danial Syahiran Ho – Pahang Touch Association (PTA) Flashback.....
MALAYSIA LOST IN THE PARK IN AMMAN
ENGLAND’S GIFT TO MALAYSIA IN THOMAS CUP
‘JANGAN MAIN-MAIN DENGAN TBPR’
KUALA TERENGGANU, 3 Okt – Lain macam rentak pasukan Tune Boss Pink Racing. Mereka mungkin masih baharu dalam arena sukan permotoran tempatan, tetapi TBPR sudah mula tunjuk belang. Jadi, jangan ‘main-main’ dengan TBPR kerana para pelumbanya kini semakin garang dan matang di litar.
Walaupun baharu, tetapi ia tak bermakna mereka tidak mampu memberi cabaran, cuma masa dan saatnya sahaja yang akan menentukan.
Secara perlahan, mereka kini sudah mula melangkah ke depan walaupun penampilan pertama pada kejuaraan Cub Prix musim ini tidak lebih sebagai medan untuk menimba pengalaman.
Namun, sebaliknya berlaku apabila barisan pelumbanya semakin bijak mencuri peluang untuk berada di podium kemenangan. Ia satu pencapain yang diluar jangkaan.
Hari ini, pelumba TBPR naik podium lagi dan kejayaan itu diperoleh menerusi Mohd Harith Farhan Baharin pada aksi Pusingan 6 kejuaraan Cub Prix Malaysia yang berlangsung di Litar Lumba Terengganu, Gong Badak.
Harith menamatkan perlumbaan akhir kelas CP125 itu di tempat ketiga dengan catatan masa 13:16.066 saat (s).
Ini merupakan penyudah podium kedua buat TBPR selepas kali pertama melakukannya pada Pusingan 3 di Litar Sepang Utara dua minggu lalu menerusi Harith yang turut menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.
Semalam, pada saingan Pusingan 5, Harith sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan hari ini, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya menebus kegagalannya dengan penyudah podium yang agak dramatik pada perlumbaan akhir aksi Pusingan 6 itu.
Mengimbas aksi Pusingan 6 hari ini, ia mungkin rentak terbaik pernah dipamerkan oleh Harith. Gaya dia mengawal perlumbaan nampak tenang, malah sudah mula memperlihatkan kemahiran yang tersimpan dalam dirinya.
Dia memulakan perlumbaan akhir itu di petak kedua, tetapi sekali lagi permulaannya masih kurang kemas sehingga menyaksikannya ketinggalan di kedudukan keenam.
Begitupun, dia mampu memintas beberapa pelumba yang berada di hadapannya untuk menghuni kedudukan ketiga.
Malah, dia turut memimpin perlumbaan untuk beberapa lap, namun kesilapan yang berlaku pada lap ke-12 menyaksikannya hampir terjatuh tetapi masih berjaya mengawal keadaan dengan baik.
Akibat insiden tersebut, dia dipintas oleh dua pelumba yang berada di belakangnya dan kembali menghuni kedudukan kelima.
Menariknya, dia tidak menyerah dan terus melakukan asakan pada lap terakhir dan berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga, sekali gus menghadiahkan podium buat TBPR.
Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba berpangalaman, Md Adib Rosley (Ipone Yamaha YY Pang Racing Team) dengan catatan masa 13:12.619s manakala Md Firdaus Md Hamdan (Moto1 Kyoko Honda KC Racing Team) meraih tempat kedua dengan masa 13:12.759s.
“Ia perlumbaan yang sangat mencabar dan Alhamdulillah saya berjaya mengawal rentak dengan baik. Namun kestablian jentera saya agak menurun sedikit mungkin disebabkan cuaca yang panas, tetapi masih mampu untuk memberi saingan.
“Terima kasih kepada seluruh kru pasukan, ahli keluarga saya yang telah memberi sokongan kepada saya sepanjang perlumbaan ini. Kejayaan ini adalah hadiah yang sangat bermakna buat mereka semua,” jelas Harith.
Dua lagi pelumba TBPR, Saiful Azhary Muhamad gagal menamatkan perlumbaan manakala Siti Norafizah Mohamad atau Fifi menamatkannya di kedudukan ke-17.
Fifi, satu-satunya pelumba wanita dalam kelas tersebut masih berupaya mengekalkan konsistensi dalam setiap perlumbana yang diharunginya setakat ini. Sejujurnya, dia diramal antara pelumba yang mampu melakar kejutan buat TBPR.
Hari ini, Fifi beraksi dalam keadaan yang kurang cergas selepas terjatuh dan mengalami kecederaan pada sesi latihan bebas Jumaat lalu, namun dia enggan mengalah dan berkeras untuk berlumba.
Impiannya adalah untuk terus mengutip mata, namun misinya gagal kerana kecederaan yang dialaminya itu agak menjejaskan prestasinya pada perlumbaan tersebut.
Malang buat Saiful yang berdepan masalah dengan jenteranya hari ini dan terpaksa keluar daripada persaingan. Dia meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 10 terbaik pada perlumbaan akhir itu.
Pada aksi di Kuala Terengganu ini, TBPR merehatkan pelumba kategori Wira, Siti Norsyafiyah Alia Saarizan atas sebab tertentu. Alia kini menghuni kedudukan ke-22 bagi kategori keseluruhan pelumba dengan memungut satu mata.
Pemilik serta pengurus pasukan TBPR, Nur Atikah Azwar tetap melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh barisan pelumbanya.
“Dalam sukan permotoran, macam-macam boleh berlaku, jadi setiap kesilapan itu akan memberi input yang baik buat kami. Kami akan terus bekerja keras untuk mengatasinya sebagai persiapan menghadapi pusingan seterusnya,” Atikah.
Menurutnya, di awal perlumbaan itu, seolah-olah macam ada sinar bahawa pelumbanya mampu bergelar juara tetapi apabila Harith agak ketinggalan pada dua lap terakhir, mereka sudah tidak mengharapkan sebarang peluang.
“Selepas Harith ketinggalan pada dua lap terakhir itu, saya sudah tidak menjangkakan keputusan terbaik. Saya hanya berdoa agar Harith menamatkan perlumbaan dengan selamat sebab ketika itu dia nampak ‘struggle’ untuk memperbaiki kedudukan.
“Namun, dia (Harith) tidak putus asa dan terus melakukan asakan dan kerja kerasnya itu telah menyaksikannya menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ketiga. Saya berasa sangat terharu dengan perjuangannya dan juga Fifi serta Saiful. Mereka adalah pejuang,” jelasnya lagi.
Menurutnya, seluruh pasukan berasa bangga kerana TBPR meninggalkan Kuala Terengganu dengan membawa pulang sebuah piala.
Selepas berakhirnya saingan Pusingan 5 dan 6 di Kuala Terengganu itu, Harith kini berada di kedudukan ketujuh keseluruhan bagi kategori pelumba kelas CP125 dengan mengumpul 59 mata manakala Fifi berada di tangga ke-13 dengan 19 mata. Saiful pula berada di kedudukan ke-17 dengan 12 mata.
Kedudukan pendahulu masih diterajui pelumba Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, Md Adib Rosley dengan 114 mata.
Bagi kategori berpasukan, TBPR kekal di kedudukan kelima dengan meraih 81 mata.
DON’T BLAME OTHERS FOR SHAHRUL NIZAM’S FAILURE TO REPORT FOR NATIONAL CALL-UP
