KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI MASJID SRI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN

0
3304

SENDAYAN, 22 Ogos – Masjid Sri Sendayan (MSS) melalui Badan Khairat Kematian, Kariah Masjid Sri Sendayan (BKKKMSS) buat julung kalinya telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah-Muslimin hari ini.

Ustaz Nor Hisham berkongsi ilmu dan pengalaman secara teori dan praktikal pengurusan jenazah dari mandi, mengkafankan, solat dan pengkebumian.

Program sehari itu bermula berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan.

Ia disertai 30 peserta yang terdiri daripada ahli kariah di bawah Kariah Masjid Sri Sendayan.

Program ini dikendalikan oleh Timbalan Pegawai Agama Daerah Jempol, Ustaz Nor Hisham A. Hassan yang berpengalaman lebih 10 tahun menyampaikan ceramah dan praktikal kepada para peserta.

Timbalan Pegawai Agama Daerah Jempol, Ustaz Nor Hisham  A. Hassan

Sepanjang kursus itu, Ustaz Nor Hisham berkongsi ilmu dan pengalaman secara teori dan praktikal mengenai cara pengurusan jenazah meliputi aspek mandi, mengkafankan, solat dan pengkebumian.

Eksekutif MSS merangkap Penasihat BKKKMSS, Ahmad Naim Azlan berkata, pengurusan jenazah adalah sesuatu yang sangat mudah dan bukanlah sesuatu yang rumit seperti sesetengah masyarakat fikirkan.

“Kita mahu terapkan masyarakat supaya mengikuti syariat agama dalam hal pengurusan  jenazah dan jangan mengamalkan sesuatu yang boleh memesongkan akidah umat islam,” katanya.

Pengerusi BKKKMSS, Jamaludin Jaapar menyampaikan kata-kata semangat kepada para peserta yang mengikuti kursus ini agar menggunakan peluang memberikan khidmat kepada kariah Sendayan.

“Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian. Selain itu para peserta yang menyertai kursus ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.” katanya lagi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Surah Al-Anbiya’ ayat 35.

Parap peserta bergambar selepas penerangan proses memandikan dan mengkafankan selesai dilakukan oleh penceramah.

Allah SWT telah menjelaskan dalam kitabnya bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Hal dan urusan kematian bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh oleh setiap orang Muslim kerana ia merupakan sebahagian sunnatullah yakni fitrah kehidupan

Urusan berkaitan kematian khususnya pengurusan jenazah yang bermula dari proses memandikan, mengkafankan sehingga pengkebumian perlulah diuruskan dengan ilmu yang cukup supaya ianya dapat dijalankan mengikut syariat Islam dan tatacara penuh adab sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Pengurusan Jenazah dalam Islam merupakan tuntutan Fardhu Kifayah.

Dalam erti kata lain, sesuatu kelompok masyarakat itu perlu melunaskan tanggungjawab menguruskan jenazah jika berlaku kematian di dalam kelompok tersebut. Jika tidak seluruh kelompok masyarakat itu akan menanggung dosa.

Para peserta diberikan silil penyertaan selepas tamatnya Kursus Pengurusan Jenazah julung kalinya diadakan di Masjid Sri Sendayan.

Pengerusi, BKKKMSS, Jamaludin Jaapar ketika ditemui berkata, berasa bangga kerana BKKKMSS berjaya melaksanakannya program ini walaupun baru ditubuhkan kerana kursus ini  sangat penting dan merupakan fardhu kifayah yang perlu dipelajari oleh setiap umat  Islam”. katanya.

“Insyallah kita mensasarkan pengurusan jenazah untuk muslimah dan belia-belia diadakan selepas ini bagi mengetahui proses mengendalikan jenazah  sekiranya berlaku kematian dalam kalangan keluarga ataupun jiran yang terdekat,”  katanya lagi.

Penduduk Bandar Sri Sendayan yang ingin menyertai sebagai ahli khairat di bawah Masjid Sri Sendayan boleh melayari http://kksendayan.ekhairat.com/  atau facebook https://www.facebook.com/Badan-Khairat-Kematian-Kariah-Masjid-Sri-Sendayan

Rata-rata peserta yang ditemui berkata pengisian secara teori dan amali seperti proses memandikan, mengkafankan sehingga solat jenazah telah difahami dengan jelas.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh Pengerusi BKKKMSS, Jamaludin Jaapar.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here