KOTA BHARU, 10 Mac – MILO telah menjalin kerjasama dengan dengan Yayasan Didik Negara untuk menyantuni masyarakat di seluruh negara menerusi program Jaulah Ramadan 2025.
Dengan semangat perpaduan dan kasih sayang, program tahunan anjuran Yayasan Didik Negara bersama sokongan MILO ini akan mendekati sekolah-sekolah dan keluarga terpilih di beberapa buah negeri yang bermula di Kelantan pada 9-10 Mac diikuti Sabah, Kedah, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya.
Pada program di Kota Bharu, Jaulah Ramadan 2025 telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan sahur di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat.
Program ini telah melibatkan lebih daripada 900 orang murid, yang bersama-sama menikmati juadah dalam suasana penuh ukhuwah.
Melalui inisiatif ini, Jaulah Ramadan 2025 berhasrat untuk memupuk semangat juang dan kerjasama dalam diri murid-murid melalui pengalaman yang dikongsi bersama.
Selain itu, program ini juga bertujuan menanam nilai-nilai bertoleransi serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti, seiring dengan keberkatan bulan Ramadan.
Sokongan MILO untuk program Jaulah Ramadan 2025 merangkumi pengagihan 1,100 Bakul Ramadan yang mengandungi nutrisi penting untuk masyarakat yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan.
Setiap bakul dilengkapi dengan pek MILO agar para pelajar mendapat bekalan minuman berkhasiat.
Inisiatif ini menyerlahkan komitmen MILO dan Yayasan Didik Negara untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui nutrisi dan pendidikan yang betul.
Selain itu, MAGGI turut menyumbang keperluan memasak untuk kit ‘Bakul Ramadan’ serta penyediaan bubur lambuk sebagai sebahagian daripada menu tradisi – seterusnya menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.
“Jaulah Ramadan 2025 merupakan bukti komitmen Yayasan Didik Negara dalam membantu membina kecemerlangan pelajaran dan nilai-nilai murni serta semangat kekitaan. Melalui program ini, kami ingin membantu pelajar dan keluarga yang memerlukan, sekaligus memastikan mereka memiliki keperluan asas sepanjang bulan Ramadan ini,” ujar Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Didik Negara, Mohd Razi Jaafar.
Bagi Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ready-To-Drink Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashimi, tahun ini adalah tahun istimewa buat MILO yang meraikan ulangtahun ke-75 bersama rakyat Malaysia.
“Kami terus bersemangat untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerjasama dengan Yayasan Didik Negara melalui program Jaulah Ramadan 2025 adalah bukti komitmen kami untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan di bulan Ramadan ini.Ia bukan sekadar menyumbang makanan, kami juga ingin merapatkan hubungan dan mengeratkan silaturahim dengan masyarakat tempatan,” jelas Norkhayati.