SUKANEKA PERPADUAN KUALA LUMPUR SEMAI SEMANGAT KEKELUARGAAN DALAM KALANGAN WARGA KOTA

0
1290
Sukaneka Perpaduan tunggu penyertaan dari orang ramai Sabtu ini, masuk adalah percuma.

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Program Santai @ Kuala Lumpur 2023 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) pada 1 Februari setiap tahun kini kembali.

Ia dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 11 acara bakal dipertandingkan.

Program ini menerapkan konsep perpaduan dan hidup kemasyarakatan dalam kalangan warga kota.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, aktiviti disusun melibatkan semua peringkat umur dan lapisan masyarakat selain mempromosikan Kuala Lumpur, sekali gus mengaktifkan aktiviti pelancongan pasca Covid-19.

Program ini yang dikenali sebagai Sukaneka Perpaduan ini merupakan salah satu acara sempena sambuat Hari Wilayah Persekutuan tahin ini dan ia melibatkan dua kategori iaitu kategori Terbuka dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ia akan berlangsung pada 25 Februari ini bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Antara acara yang bakal disediakan untuk peserta OKU.

“Sebanyak 10 permainan sukan tradisional disediakan untuk setiap pasukan antaranya terompah gergasi, tapak gajah, kelereng, boling kelapa, larian dalam guni dan lain-lain.

“Setiap pasukan terdiri daripada lima peserta dan pendaftaran adalah percuma dan pendaftaran ada percuma,” katanya.

Acara terompah gergasi turut dipertandingan pada sukaneka kali ini.

Menurut Khairul, acara ini bukan sekadar bersukan, ia juga menjadi platform membina perpaduan, setiakawan, keharmonian, sikap bertolak-ansur dan rasa hormat antara satu dengan yang lain dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Hadiah wang tunai disediakan kepada pasukan yang menang dan hadiah disediakan sehingga ke tempat kesembilan.

Kategori OKU turut disenaraikan.

Pasukan yang muncul juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 diikuti tempat kedua RM800 dan ketiga RM500.

Bagi kategori Terbuka dan OKU, juara akan menerima RM1,000, kedua RM700 dan tempat ketiga bakal membawa pulang RM500.

Sebarang maklumat mengenai program ini boleh menghubungi talian 013-3779807; 012-2526183; 012-2846811 dan 017-6012965.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here