HADIAH WANG TUNAI KESELURUHAN BERJUMLAH RM23,350 TUNGGU KAKI PANCING

0
1838
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli (dua dari kiri) menyokong usaha Jom Ngail Keli bersama penganjurnya Pengurus kolam, Muhammad Hafiz bin Sheikh Taufik dalam pertandingan memancing Jom Ngail Keli, 5 November bulan depan.

Port Dickson, 13 Okt: Pertandingan memancing Jom Ngail Keli tawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM23,350 di Kolam Patin Desa PD, Rantau pada 5 November 2023, bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli yang ditemui berkata beliau menyokong usaha yang dilaksanakan oleh penganjur Kolam Patin Desa PD sebagai aktiviti sihat dan riadah keluarga selain merapatkan hubungan sesama kaki pancing serta merancakkan ekonomi setempat terutamanya kawasan Linggi dan Port Dickson.

“Sambil menyifatkan hadiah wang tunai juara akan menerima sebanyak RM10,000 sangat lumayan dengan masa pertandingan hanya empat (4) jam sahaja”

“Tambahnya lagi keluasan kolam yang akan digunakan boleh menampong sekitar diantara 600 hingga 900 peserta pastinya kemeriahan akan dirasai dengan kategori spesis keli dipertandingkan sebagai hadiah utama”.

Katanya, beliau yakin matlamat pertandingan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia mahupun agama, dapat dicapai melalui pertandingan memancing ini.

“Beliau menyeru kaki pancing sekitar Daerah Negeri Sembilan terutamanya kawasan yang berdekat seperti Port Dickson, Linggi, Seremban, Senawang, Rembau jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama merasaikan sendiri kolam yang hampir dua (2) tahun tiada penganjuran dijalankan disini”, katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli memberikan sokongan atas penganjuran dan beliau menyeru semua kaki pancing tidak lepas peluang untuk beraksi nanti.

Pertandingan ini akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pengurus kolam, Muhammad Hafiz bin Sheikh Taufik berkata, Kolam Desa Patin PD menjadi pilihan kerana keunikannya selain dihuni lebih 14 pelbagai spesies ikan termasuk Talapia Merah/Hitam, Lampam, Rohu, Jelawat, Lee Koh, Tongsan Sisik Kasar/Halus, Pacu, Haruan, Patin Biasa/Mekong, Baung dan Keli seberat 3 hingga 6 kilogram.

Katanya, juara bakal membawa pulang RM10,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000.

“Tempat ke empat hadiah bernilai RM400, manakala 5 hingga 10 hadiah bernilai RM200, ke-11 hingga ke-20, RM150, ke-21 hingga ke-70 akan menerima RM120,”.

500 helai T Shirt untuk pendaftaran awal.

“Bagi hadiah spesis ikan lain, juara akan menerima RM500, kedua RM300, ketiga RM200, ke 4 RM150 dan ke 5 akan menerima RM100,” tambahnya lagi.

Pengurus kolam, Muhammad Hafiz bin Sheikh Taufik tetap memberikan yang terbaik kepada peserta-peserta yang hadir nanti.

Yuran penyertaan ialah RM80 setiap joran dan sementara 500 peserta terawal akan mendapat baju T percuma.

“Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia pada 4 Nov 2023 di lokasi pertandingan Sabtu nanti mulai pukul 3 petang hingga 7 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 10 pagi.

“Selain pendaftaran pada 4 Nov nanti, peserta boleh juga membuat bayaran secara online dimana sebanyak 300 helai Tshirt disediakan untuk mendaftar awal.

Kolam ini la bakal menghimpunkan lebih 700 peserta kaki pancing nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli telah mengesahkan untuk merasmikan penutupan pertandingan memancing Jom Ngail Keli dan menyampaikan hadiah kepada pemenang nanti.

Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 012-3701717, 012-3494894, 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau layari laman sosial facebook.com/jorankl.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here