BLIESE BAKAL ‘JEJAK KAKI’ KE LIGA MALAYSIA

0
386

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Jenama pewangi yang semakin dikenali di Malaysia dan rantau Asia Tenggara memberi gambaran akan bersama salah satu pasukan bolasepak Liga Super Malaysia bagi musim 2023.

Menurut Pengasas pewangi jenama Bliese, Suhaimi Saiful, bberapa pasukan dari selatan tanah air, lembah kelang dan utara telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya bagi membincangkan perkara tersebut.

“Dalam pertemuan tersebut mereka mempelawa Bliese untuk bersama pasukan mereka dan kami memang berminat, malah sedang meneliti beberapa perkara  dari sudut pemasaran dan pembangunan produk.

“Kami juga akan menghadiahkan sesuatu yang baharu kepada pengguna serta agen-agen Bliese tidak lama lagi,” tambah Suhaimi.

Menurutnya lagi, bolasepak adalah satu permainan yang dimainkan secara global dan merancang untuk bersama salah satu pasukan sebagai tanda terima kasih dan hadiah kepada penyokong wangian Bliese.

Jenama Bliese telah bersama pasukan bolasepak akar umbi di Kuala Lumpur iaitu KL Rovers Academy sejak dua tahun lalu.

“Kami percaya dengan melibatkan diri dengan pasukan ini, masyarakat dan komuniti akan lebih menerima jenama Bliese sebagai jenama wangian pilihan keluarga”.

Blese (M) Sdn Bhd menyasarkan jualan yang lebih baik pada tahun 2023 ini memandangkan banyak sektor ekonomi telah dibuka kembali selepas terjejas teruk lebih dua tahun ekoran pandemik Covid-19.

“Semoga dengan penglibatan ini, ia akan memberi lebih kekuatan kepada agen-agen kami di seluruh pelusuk tanah air dan rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan edaran di pasaran,” ujarnya.

Pakej dan produk Bliese sentiasa sensitf dan peka kepada pengguna dan banyak memberi manafaat kepada agen-agen yang menjadi tunjang utama kekuatan jaringan pemasaran produk.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here