GOLF: ANDREW YAP UNGGULI SAINGAN HARI PERTAMA

0
25

PUCHONG, 21 Julai – Pemain muda berbakat, Andrew Yap mempamerkan aksi cemerlang untuk mengungguli carta keseluruhan selepas tamat pusingan pertama Kejohanan Golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang berlangsung di Kelab Golf Kinrara hari ini.

Andrew muncul pendahulu selepas mencatat enam birdie dan tiga bogey sepanjang hari untuk catatan 68 pukulan, tiga di bawah par (−3).

Prestasi mantap Andrew memberinya kelebihan empat pukulan berbanding pencabar terdekat menjelang pusingan berikutnya.

Jarvis Liew Zun Xinpula berada di kedudukan kedua selepas menamatkan saingan dengan 72 pukulan satu di atas par (+1).

Anis Dylan Sinno di kedudukan ketiga keseluruhan selepas mengumpul 74 pukulan tiga di atas par (+3), sekali gus terus berada dalam kelompok terbaik untuk memberi saingan.

Dalam kategori wanita, Amirah Nur Hanania Afanizam muncul pemain terbaik selepas menamatkan pusingan pertama dengan 75 pukulan empat di atas par (+4).

Dua birdie di sembilan lubang pertama dibayangi dengan empat bogey sedikit menjejaskan hari pertamanya untuk memburu kelompok teratas sekaligus akur menghuni tangga ke empat.

Turut berkongsi catatan, ialah Chloe Lee Xian Ying, sekali gus menjadikan persaingan dalam kategori wanita semakin menarik menjelang pusingan seterusnya.

Kejohanan yang menghimpunkan 76 pemain-pemain muda terbaik lelaki dan perempuan negara menerusi Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP) ini mendapat sokongan 100PLUS sebagai penaja utama.

Kejohanan ini dilangsungkan dalam tiga pusingan yang mana selepas Kelab Golf Kinrara, Pusingan Kedua dijadual berlangsung di Kelab Golf Permai Pura Sungai Petani, Kedah pada 10-13 Oktober disusuli Kelab Golf A Famosa, Melaka akan menjadi venue bagi Pusingan Ketiga bermula 7-10 September depan.

Pusingan Akhir berlangsung di Kelab Golf The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada 27 hingga 30 Oktober.

Kejohanan ini yang merupakan Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) menjadi platform buat 30 pemain yang menunjukkan prestasi dan keputusan yang memberansangkan untuk terpilih ke Kejohanan Terbuka Antarabangsa Remaja Malaysia (Malaysia Junior International Open) yang akan berlangsung pada November tahun ini.

Keputusan Hari Pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP

  1. Andrew Yap 68 (-3)
  2. Jarvis Liew Zun Xin 72 (+1)
  3. Anis Dylan Sinno 74 (+3)
  4. Amirah Nur Hanania Afanizam 75 (+4)
  5. Chloe Lee Xian Ying 75 (+4)

About The Author