KERJA KERAS NURSHUHAINI BERBALOI

0
1445

KUALA LUMPUR, 5 Nov Segala kerja keras yang dilalui pemain muda, Siti Nurshuhaini Azman akhirnya membuahkan hasil.

Hari ini, dia berjaya mengesahkan tempatnya dalam kumpulan A bagi penentuan ranking dalam pasukan remaja kebangsaan.

Pemain berusia 16 tahun itu melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Play-off Kejohanan Badminton 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020, sekali gus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan A dan B bagi kategori perseorangan perempuan.

Kemenangan kedua Shuhaini diraih selepas menang straight set ke atas Khor Jing Wen (gambar bawah) 21-13, 21-18 bagi membolehkannya mengumpul dua mata selepas mengharungi dua perlawanan.

“Cara permainan saya pada pusingan play-off ranking ini lebih baik berbanding ketika aksi pada Oktober lalu kerana saya sudah melakukan latihan tambahan sebelum menghadapi pertandingan ini.

“Apabila berada dalam kumpulan A nanti, sudah tentu ia akan lebih mencabar kerana para pemain terdiri daripada yang terbaik. Jadi, saya perlu menggandakan lagi usaha selepas ni,” kata Shuhaini.

Untuk rekod, Shuhaini merupakan juara kumpulan B kategori perseorangan perempuan ketika  saingan 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 pada Oktober lalu.

Dua lagi pemain, Khor Jing Wen dan Loh Zhi Wei akan bersaing bagi menentukan siapa yang akan mengiringi Shuhaini selepas mereka berkongsi satu mata untuk menghuni tangga kedua dan ketiga.

Kekalahan Jing Wen hari ini dilihat membuka ruang kepada Zhi Wei untuk mara yang menang ke atas Joanne Ng May Yin dalam aksi tiga set 21-18, 15-21, 30-28, namun dia terpaksa menanti sehingga saingan hari terakhir esok.

“Saya juga mahukan slot untuk ke kumpulan A tetapi segalanya bergantung kepada perlawanan terakhir esok dan saya perlu menewaskan Siti Nurshuhaini,” kata Zhi Wei.

Sementara Jing Wen pula perlu menang ke atas Joanne Ng pada perlawanan terakhir esok untuk mengisi nama dalam kumpulan A.

Dalam aksi perseorangan lelaki kumpulan A dan B, V. Poopathi masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu, sekali gus akan kekal dalam kumpulan A pasukan remaja kebangsaan.

Hari ini, Poopathi menundukkan Eogene Ewe Eon dalam pertarungan tiga set 23-21, 16-21, 21-16.

Poopathi

Eogene yang berada di kedudukan kedua semalam turun ke tangga ketiga manakala Dylan Ooi Ding Sheng menghuni tangga kedua selepas menewaskan Anson Cheong  21-14, 21-12.

Saingan play-off 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 yang berlangsung pada 4 hingga 6 November akan menjadi penentu kedudukan para pemain dalam pasukan remaja kebangsaan.

Sementara itu, bagi kategori perseorangan perempuan peringkat kumpulan B dan C pula diungguli Carmen Ting dan Oo Shan Zi yang berkongsi dua mata selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Carmen Ting menang straight set 21-17, 21-17 ke atas Chong Jie Yu, manakala Shan Zi tidak berdepan masalah untuk menewaskan Tan Shen Thing 21-15, 22-20.

Low Han Chen dan Ferdinan Ramno pula mengungguli dua kedudukan teratas perseorangan lelaki kumpulan B dan C.

Pada perlawanan hari ini, Han Chen menang ke atas Lok Hong Quann straight set 21-16, 21-17 manakala Ferdinan bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menang 17-21, 21-17, 21-19 ke atas Aaron Tai.

Pusingan Play-off 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 dilangsungkan secara tertutup di Stadium Juara, Bukit Kiara melibatkan pemain-pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Julai lalu.

Keputusan Perlawanan Play-off

Kumpulan C dan D Perseorangan Perempuan

Shaneesa Shahidi lwn Tan Zhing Hui (Walkover)
Wong Lily lwn Noraqilah Maisarah Ramdan (21-14, 22-20)

Kumpulan C dan D Perseorangan Lelaki 
Kee Is Qian lwn Kong Teck Joon (21-15, 21-16)
Lee Yen Wei lwn V. Tamilarasukumar (19-21, 21-12, 21-19)

Kumpulan B dan C Perseorangan Perempuan
Oo Shan Zi lwn Tan Shen Thing (21-15, 22-20)
Carmen Ting lwn Chong Jie Yu (21-17, 21-17)

Kumpulan B dan C Perseorangan Lelaki 
Low Han Chen lwn Lok Hong Quan (21-16, 21-17)
Ferdinan Ramno lwn Aaron Tai (17-21, 21-17, 21-19)

Kumpulan A dan B Perseorangan Perempuan
Siti Nurshuhaini Azman lwn Khor Jing Wen (21-13, 21-18)
Loh Zhi Wei lwn Joane Ng May Yin (21-18, 15-21, 30-28)

Kumpulan A dan B Perseorangan Lelaki
V. Poopathi lwn Eogene Ewe Eon (23-21, 16-21, 21-16)
Dylan Ooi Ding Sheng lwn Anson Cheong  (21-14, 21-12)

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here