LARIAN GEMAS WARRIORS CHALLENGE 2023 SASAR 500 PENYERTAAN

0
1720
Setiausaha MDT, Zulhilmi Marzuki (Kiri) bersama Pen Peg Perancang Bandar, MDT, Mohd Faizal Mohd Yasin menunjukkan poster Gemas Warriors Challenge 2023 untuk pengiat sukan lasak pada 17 Disember 2023 nanti.

TAMPIN, 31 Okt – Kira-kira 500 peserta sukan lasak larian berhalangan dijangka menyertai Gemas Warrior Challenge 2023 di Gemas Golf Resort pada 17 Disember depan.

Kejohanan anjuran Majlis Daerah Tampin (MDT) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) itu yang julung kalinya diadakan, bertujuan mempromosi sukan lasak dengan sasaran mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri berkenaan khususnya di Gemas.

Setiausaha MDT, Zulhilmi Marzuki ketika ditemui berkata peserta perlu melalui pelbagai halangan termasuk meredah laluan berbukit, perkebunan kelapa sawit, memanjat bukit selain menempuh halangan serta berlari sejauh 7 kilometer.

Ahli Majlis MDT, Abdul Shukor Ab Aziz mempengerusikan mesyuarat membincangkan acara-acara pelancongan di dalam Daerah Tampin baru-baru ini.

“Peserta juga perlu melintasi kawasan golf sebelum tiba ke garisan penamat di Gemas Golf Resort.

“Gemas ini cukup dengan pakej pelancongan. Ada penginapan, lokasi bersejarah, tempat riadah, tempat makan, kebudayaan dan warisan yang menjadikannya antara destinasi pelancongan utama di Tampin,” katanya selepas selesai mesyuarat membincangkan produk dan pelancongan Daerah Tampin”.

Halangan-halangan yang bakal ditempuhi oleh para peserta nanti.

“Kami berharap agar program sulung itu dapat direalisasikan menjadi antara acara sukan lasak komersial yang disertai para peserta seluruh negara”.

Zulhilmi berkata lagi, acara berkenaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Lelaki dan Wanita melibatkan jarak larian tujuh kilometer (km) dan sebanyak lima (5) pelbagai halangan menunggu para peserta kelak.

Gemas Resort Golf menjadi tumpuan 500 peserta bakal peserta menakluki persekitaran lapangan golf nanti

“Setiap kategori menawarkan hadiah tempat pertama hingga tempat kelima. Pemenang tempat pertama bakal menerima wang tunai RM500, tempat kedua RM400, tempat ketiga RM300, keempat RM300, manakala tempat kelima RM100 beserta hadiah iringan.

Katanya, dengan yuran penyertaan hanya RM40, peserta layak menerima baju larian, pingat dan cabutan bertuah. Peserta hendaklah berumur 15 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

“Tahun ini, MDT mewujudkan produk sukan lasak ke Daerah Gemas bagi merancakkan ekonomi dan pelancongan yang terdapat disana.

Ia bagi membudayakan gaya hidup sihat, selain mengisi masa lapang khususnya cuti hujung minggu bersama ahli keluarga,” katanya.

“Tambah menarik, cabutan bertuah menarik turut disediakan untuk pemenang bertuah.”

Peta dan jarak sejauh hampir 7KM beserta beberapa halangan yang disediakan penganjur bakal mencabar para peserta nanti.

“Transnaning Ultra NS Challenge dan Tampin MTB Jamboree Moncheh merupakan program yang berjaya menaikkan nama Daerah Tampin dengan menarik penyertaan dari seluruh negara dan beliau berharap dengan adanya sukan baru ini iaitu Gemas Warriors Challenge mampu menaikkan lokasi baru di Gemas pulak”, katanya lagi.

 

Gemas juga  mempunyai tempat pelancongan menarik antaranya Stesen Keretapi Gemas, Tugu Peringatan Sungai kelamah dan Gua Emas Bukit Jalor untuk dilawati.

Maklumat lanjut, layari laman https://www.facebook.com/gemaswarriorschallenge manakala bayaran boleh dibuat atas nama NADI MEDIA EVENTS, Maybank 564548155436. atau hubungi Mei 013-3664765, Lee 012-2846811, Zai 012-2526183 dan Mil 017-3395421.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here