NURSHUHAINI MAHU DAPATKAN SUASANA PERTANDINGAN, JING WEN PULA IDAM GELARAN JUARA

0
1187
Khor Jing Wen

Kuala Lumpur, 2 Nov – Selepas mengungguli saingan kejohanan badminton 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 Oktober lalu, Siti Nurshuhaini kini bertekad untuk memanfaatkan aksi play-off bagi mendapatkan rentak suasana pertandingan.

Kejohanan Play-off 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 dijadualkan bermula pada 4 hingga 6 November ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Dua pemain terbaik bagi kumpulan B, C dan D kategori perseorangan lelaki dan perempuan akan bersaing dengan dua pemain tercorot dalam kumpulan A, B,C dan D secara round robin di perlawanan play-off nanti yang akan menentukan ranking para pemain.

Siti Nurshuhaini muncul juara peringkat kumpulan B, sekali gus bakal bersaing untuk memburu slot ke Divisyen 1.

“Saya sudah bersedia untuk beraksi di play-off pada Rabu ini dan sebagai persiapan awal, saya melakukan latihan tambahan untuk mendapatkan rentak dan suasana pertandingan,”kata Shuhaini.

Nurshuhaini

Namun, pemain berusia 16 tahun ini mengakui cabaran bagi saingan play-off pasti lebih sengit dan dia melihat Khor Jing Wen sebagai pencabar utama untuknya mendominasi acara perseorangan perempuan peringkat kumpulan A dan B.

Selain Shuhaini dan Jing Wen, turut sama berada dalam kumpulan A dan B adalah Loh Zhi Wei dan Joanne Ng May Yin.

Jing Wen pula berpendapat semua pemain dalam kumpulan ini pastinya mahu menamatkan saingan di kedudukan teratas, sekali gus meletakkan nama di dalam kelompok  Divisyen 1.

Jin Wen menamatkan saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 Oktober lalu di kedudukan ketiga.

“Sudah tentu saya mahu menjadi nombor satu dan pemain-pemain lain juga mengimpikannya. Apa yang penting untuk saya adalah nasihat daripada jurulatih untuk memperbaiki setiap kesilapan selepas perlawanan.”

“Saya juga menumpukan latihan fizikal yang dilihat masih belum cukup bagus sebelum turun beraksi,” kata Khor Jing Wen.

Pertandingan akan dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain-pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia, ABM pada Julai lalu.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here