SUKANEKA PERPADUAN MERIAHKAN PROGRAM SANTAI @ KUALA LUMPUR 2023.

0
1456
Larian Kembar bagi kategori OKU riuhkan suasana di Dataran Merdeka semalam.
Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, YBhg Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid turut merasmikan Program Santai @ Kuala Lumpur Me & My City semalam.

Kuala Lumpur, 26 Feb – Sukan tradisional yang mengembalikan nostalgia dengan permainan zaman dahulu seperti boling kelapa dan terompah gergasi mampu mengeratkan ukhwah antara peserta warga Kuala Lumpur semalam berlangsung dalam suasana meriah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 10 acara sukan tradisional melibatkan dua kategori iaitu Terbuka dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Peserta Kerdil, OKU membuat lontaran dalam acara Boling Kelapa semalam.

Dalam waktu yang sama, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, YBhg Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid turut merasmikan Program Santai @ Kuala Lumpur Me & My City yang berlangsung selama dua hari mulai 25 hingga 26 Februari 2023 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Bukan saja menarik perhatian kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa yang tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan yang diadakan.

Acara Terompah Gergasi meriah peserta OKU bersaing bersama pasukan OKU yang lain.

Acara yang menarik perhatian antaranya kaki hantu dan tapak gajah.

Selain itu, permainan tradisional juga dapat membina sikap sabar dan kerjasama dalam kalangan pemainnya

Permainan lain yang dipertandingkan ialah lari dalam guni, lari batu bata, menara kembar, pancing botol dan kelereng.

Acara Pancing Dalam Botol kategori terbuka cabar kewibawaan peserta memasukkan paku ke dalam botol.

Program dimulakan dengan lari dalam guni dan tarik upih. Pasukan yang mendapat markah tertinggi dinobatkan sebagai juara.

Banyak kenangan manis dan pahit yang terjadi pada peserta sukan perpaduan. Gelagat dan aksi mereka berjaya menghidup dan menceriakan suasana di lapangan pertandingan.

Bukan mudah untuk acara Kaki Hantu ini, peserta cuba mengimbangi badan untuk berjalan menggunakan untuk sampai ke penamat.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Yazid Rahim dan Presiden, Pertubuhan kebangsaan Orang Kerdil Malaysia, Jasmi Shafei.

Terompah Gergasi tidak kurang hebatnya, Kategori Terbuka cabar keringat para peserta.

Bagi juara keseluruhan Sukaneka Perpaduan kategori terbuka, pasukan Cats Hunter muncul juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,200 yang memungut keseluruhan 51 mata, manakala pasukan Kewer Kewer mengumpul mata sebanyak 25, mendapat tempat kedua menerima wang tunai RM800. Pemenang ketiga Asal Boleh Je mengumpul mata 23, mendapat RM500 dan seterusnya keempat RM300 dimenangi oleh pasukan Chempaka Sari yang megumpul mata sebanyak 22 mata.

Acara Larian Dalam Guni sememangnya dinanti-nantikan oleh peserta OKU untuk bertanding.

Rata-rata peserta berharap acara ini dapat di teruskan lagi demi menaikkan semula acara-cara sukan rakyat yang jauh ketinggalan dan mereka mengucapkan terima kasih khasnya kepada DBKL yang menyediakan platfrom acara ini untuk warga kuala lumpur terutamanya golongan kurang upaya (OKU).

Siapa cepat, acara Lari Batu Bata bagi Kategori Terbuka cabar setiap pasukan yang bertanding.

Selain itu melalui acara ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam kerja berpasukan, merapatkan lagi hubungan di antara semua pihak dan sifat tanggungjawab setiap daripada individu dalam melaksanakan sesuatu acara.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Yazid Rahim dan Presiden, Pertubuhan kebangsaan Orang Kerdil Malaysia, Jasmi Shafei bagi Kategori Terbuka.

Menurut mereka lagi, bukan saja bersukan, ia juga menjadi platform membina perpaduan, setiakawan, keharmonian, sikap bertolak-ansur dan rasa hormat antara satu dengan yang lain walaupun berbilang kaum.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Yazid Rahim dan Presiden, Pertubuhan kebangsaan Orang Kerdil Malaysia, Jasmi Shafei bagi Kategori OKU

“Selain terus memperjuangkan permainan tradisional, program ini turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya di Kuala Lumpur merasai kembali keseronokan bermain permainan tradisional. Secara tidak langsung kita berada pada landasan yang betul untuk memartabatkan kembali permainan tradisional kepada masyarakat.

“Inilah keunikan permainan di Malaysia, dapat menyatukan kita semua menjadi sebuah Keluarga Malaysia,” kata mereka lagi.

Mereka yang berminat untuk perkhidmatan ini boleh hubungi Kelab Krisdal, 012-2846811.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here