Home Blog Page 10

MALAYSIA HANTAR KONTINJEN KEDUA TERBESAR KE SUKAN SEA ORANG-ORANG PEKAK 2025 DI JAKARTA

0

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Malaysia, selaku juara bertahan, akan menghantar kontinjen kedua terbesar pada penyertaan di Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak Ke-2 2025 di Jakarta, Indonesia dari 20 hingga 26 Ogos dengan sasaran membawa pulang 16 pingat emas.

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) hari ini mengumumkan penyertaan kontinjen negara yang terdiri daripada 80 atlet yang merupakan jumlah kedua terbesar selepas kontinjen tuan rumah Indonesia yang menampilkan 100 atlet dan pegawai.

Keseluruhannya, kontinjen negara menampilkan 53 atlet dan 27 pegawai yang akan bersaing dalam semua enam acara sukan iaitu Futsal, Olahraga, Badminton, Tenpin Boling, Catur dan Ping Pong.

MSDeaf mensasarkan satu emas bagi Futsal Lelaki, enam emas menerusi Olahraga, dua emas Badminton, dua emas Catur dan lima emas dalam Tenpin Boling.

Pada edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2022, Malaysia muncul juara keseluruhan dengan meraih 15 emas, mengatasi Indonesia (10), Singapura (6) dan Thailand (2).

MSDeaf turut mengumumkan pelantikan Naib Presidennya, Sarkunan Balakrisnan sebagai  Ketua Kontinjen (Chef de Mission) bagi temasya serantau itu.

Sarkunan yang juga Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor (SelSDeaf) dihormati kerana dedikasinya membangunkan sukan orang pekak di Selangor selain kejayaan sebagai usahawan pekak.

“Ia satu penghormatan besar dapat memimpin kontinjen negara ke Jakarta,” kata Sarkunan.

“Kita mempunyai kumpulan atlet berbakat dan selain mempertahankan kejuaraan, motivasi kami adalah memberi inspirasi agar lebih ramai rakyat Malaysia menghargai kemampuan komuniti pekak.”

Dalam pada itu, atlet kelahiran Perlis, Zaiman Megat Abu dipilih sebagai pembawa bendera Jalur Gemilang pada temasya tersebut.

Beliau merupakan jaguh lompat jauh dan lompat kijang yang pernah merangkul emas di Sukan SEA Pekak 2022 di Kuala Lumpur.

Zaiman, yang turut meraih emas lompat jauh dan perak lompat kijang pada temasya Sukan Pekak Asia Pasifik Ke-10 (APDG) di Kuala Lumpur Disember tahun lepas, merupakan prospek pingat di Sukan Deaflympics Ke-25 di Tokyo pada November ini.

“Sudah tentu ini merupakan detik amat membanggakan buat saya…dan kami bertekad untuk mengharumkan nama negara,” kata Zaiman.

Pasukan futsal lelaki, pemenang emas edisi 2022 di Kuala Lumpur, dijangka mampu mempertahankan kejuaraan manakala Olahraga juga dijangka menjadi penyumbang utama emas dengan Zaiman sebagai pengemudi utama cabaran.

Bintang negara lain yang menjadi tumpuan termasuk beregu wanita badminton, Boon Wei Ying dan Foo Zu Tung, pemenang emas Deaflympics 2022 di Brazil dan Sukan SEA Pekak 2022, serta gangsa APDG 2023.

Dalam acara beregu campuran, Edmund Teo dan Boon Wei Ying berhasrat memperbaiki pencapaian pingat perak Deaflympics 2022 dan gangsa APDG 2023.

“Atlet-atlet ini membawa harapan besar negara. Mereka telah gigih berlatih sejak tahun lepas dan bersedia memberikan persembahan terbaik. Kami harap seluruh rakyat tampil memberikan sokongan padu,” kata Sarkunan

Persiapan intensif yang bermula sejak tahun lepas meliputi latihan pusat Olahraga di Terengganu, Perlis dan Sabah; Badminton dan Tenpin Boling di Petaling Jaya, Selangor; Catur di Pulau Pinang dan Sabah manakala Ping Pong di Sarawak.

MSDeaf berharap mendapatkan insentif kemenangan pingat buat para atlet menerusi kerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Begitupun, MSDeaf berjanji memberikan ganjaran kepada pemenang pingat daripada sumber sendiri dengan butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Kontinjen Malaysia akan berlepas ke Jakarta pada 19 Ogos 2025.

TWO TOP CLASS SPRINTERS TO LEAD ASTANA’S CHALLENGE AT PLTdL 2025

0

KUALA LUMPUR, Aug 11 –  WorldTeam from Kazakhstan, XDS Astana Team will be spearheaded by two of its top class sprinters at the PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 (PLTdL25), which can be described as an early warning to dominate the flat stages of the race which runs from 28th September to 5th October.

In the initial list of six riders submitted to the organisers, Astana has named Matteo Malucelli, the winner of King of Sprint red jersey and three stages at PLTdL24, along with Gleb Syritsa, a sprint specialist with a collection of four stage victories in the PLTdL.

Their strategy to line-up two sprint specialists, directly reflects Astana’s plan to dominate the six stages of this year’s PLTdL25 route that are considered flat and advantageous for sprinters.

PLTdL25 Chief Operating Officer (COO), Emir Abdul Jalal, said that he was not surprised by the team’s strategy, especially with six stages that are considered flat and favour teams with sprint specialists in their line-up.

“Based on this year’s route, we expect six stages to end in a bunch sprint to the finish line and teams with several sprint specialists will definitely want to rack up stage wins. With Malucelli and Syritsa’s presence, Astana seems to have the advantage.

“It might also be part of the team’s strategy to balance the presence of other teams sprint specialists such as Alberto Dainese from Tudor Cycling and Fabio Jakobsen (Team Picnic PostNL), who both have great reputations with victories in the Giro d’Italia and Vuelta a Espana respectively,” said Emir in a press statement today.

The other four riders on Astana’s preliminary list are Aaron Gate, Anton Kuzmin, Nicolas Vinokurov and Lev Gonov.

Gate, 35, from New Zealand, is a four gold medals winner at the 2022 Commonwealth Games, Birmingham and is expected to be strong contender in the pursuit of the overall individual green jersey in PLTdL25.

Kuzmin, 29, and Gonov, 25, who are also Syritsa’s track pursuit teammates, are expected to play a key role in forming the Astana strategy at the front of the peloton in the final few kilometers, before creating an opening for either Malucelli or Syritsa in the final sprint.

Nicolas, 23, the son of the legendary Alexander Vinokourov, is expected to be a helper in Astana’s daily strategies and may be instructed to follow any breakaway attempts by a small group of riders.

“Based on this preliminary list, that is what we can predict, but Astana’s strategy might change later depending on the situation and the team’s priorities as it is subject to several factors and race situations.

“However, with their status as a WorldTeam, we can say that Astana’s line-up at PLTdL this year can be considered as a strong and prominent team,” Emir added.

The 29th edition of PTdL25, which covers all 12 states in Peninsular Malaysia with a total distance of 1,257.8 kilometers (km) over eight stages, has attracted the participation of three WorldTeams, eight ProTeams, 10 Continental teams and one national team – Malaysia.

PLTdL25 with ProSeries status in the UCI Asia Tour calendar, is organized by the Ministry of Youth and Sports (KBS) through the National Sports Council (NSC) in collaboration with the Malaysian National Cycling Federation (MNCF).

The race will begin in Langkawi Island on September 28 with the first stage covering a distance of 96.5 kilometers (km) followed by Stage 2 from Padang Besar, Perlis to Kepala Batas, Penang (170.1km); Stage 3 from Gerik, Perak to Pasir Puteh, Kelantan (198.2km); Stage 4 from Kuala Terengganu to Kemaman (140.8km); Stage 5 from Temerloh to Fraser’s Hill, Pahang (133.7km); Stage 6 from Shah Alam, Selangor to Port Dickson, Negeri Sembilan (123.4km); Stage 7 from Melaka to Medini, Johor (214.6km) and Stage 8 from Tangkak, Johor to Kuala Lumpur (180.5km) on October 5.

XDS ASTANA TEAM RIDERS

  1. Gleb Syritsa (RUS)
  2. Aaron Gate (NZL)
  3. Anton Kuzmin (KAZ)
  4. Matteo Malucelli (ITA)
  5. Nicolas Vinokurov (KAZ)
  6. Lev Gonov (KAZ)

 

3 PASUKAN WORLDTEAM, 8 PROTEAM HIASI SAINGAN PETRONAS LE TOUR de LANGKAWI 2025  

0

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Edisi ke-29 perlumbaan jelajah berbasikal PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 (PLTdL25) yang akan membuka tirai saingan pada 28 September hingga 5 Oktober depan, bakal menampilkan tiga pasukan berstatus WorldTeam (WT) dan lapan pasukan ProTeam (PT).

Melengkapkan senarai 22 pasukan yang bertanding dalam saingan lapan hari itu nanti ialah 10 pasukan berstatus benua (Continental) dan sebuah pasukan kebangsaan iaitu Malaysia

Tiga pasukan WorldTeam yang sudah mengesahkan penyertaan adalah XDS Astana Team dari Kazakhstan, Team Picnic PostNL (Belanda) yang dikenali sebagai DSM-Firmenich PostNL pada musim lalu dan Cofidis (Perancis).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, tiga pasukan WorldTeam itu menyamai jumlah penyertaan pasukan berstatus elit yang mengambil bahagian dalam PLTdL tahun lalu.

Menurutnya, daripada lapan pasukan ProTeam itu pula, enam daripadanya turut berlumba dalam tiga jelajah Grand Tour iaitu Total Energies, Tudor Pro Cycling Team dan Uno-X Mobility (Tour de France); VF Group-Bardiani CSF-Faizane dan Team Polti VisitMalta (Giro d’Italia) serta Burgos-BH  (Vuelta a Espana).

Dua pasukan ProTeam lain adalah pasukan muka baharu dari Perancis, Unibet Tietama Rockets dan Team Solution Tech-Vini Fantini (Itali).

“Dengan keseluruhan sembilan pasukan yang beraksi di Grand Tour, kita boleh menjangkakan bentuk saingan yang sengit dan menarik setiap hari, bermula dari Peringkat 1 di Pulau Langkawi hinggalah pengakhiran Peringkat 8 di hadapan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) nanti.

“Walaupun tiada peringkat pendakian berstatus Hors ke Genting Highlands buat kali kedua berturut-turut, Peringkat 3 (Gerik-Pasir Puteh) dan Peringkat 5 (Temerloh-Bukit Fraser) akan menjadi medan penentuan dalam perebutan klasifikasi individu keseluruhan dan jersi Raja Bukit.

“Malah, perebutan itu dijangka akan diheret sehingga ke hari-hari terakhir kerana Peringkat 7 melibatkan kayuhan terpanjang sejauh 214.6km dari Melaka-Medini, selain peringkat terakhir sejauh 180km dari Tangkak ke KLCC,” kata Jefri dalam sidang media pengumuman pasukan dalam PLTdL 2025 hari ini.

Turut menghangatkan saingan lapan hari itu nanti ialah 10 pasukan berstatus benua termasuk dua pasukan tempatan iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Pro Cycling (MPC), selain skuad kebangsaan negara.

Tujuh pasukan benua lain memang tidak asing dalam jelajah berstatus ProSeries Asia ini iaitu Nusantara-BYC (Indonesia), HKSI Pro Cycling Team (Hong Kong), Aisan Racing Team (Jepun), KSPO Professional (Korea Selatan), St George Continental Cycling Team (Australia),  7Eleven Cliqq Roadbike (Filipina), Thailand Continental Cycling Team (Thailand) serta pasukan muka baharu, Chengdu DYC Cycling Team (China) yang akan membuat penampilan kali pertama.

“Walaupun setakat ini, setiap pasukan belum memberi senarai penuh enam pelumba yang akan mengibarkan cabaran mereka, kami percaya PLTdL25 akan tetap menarik perhatian ramai peminat berbasikal kerana mutu saingannya dianggap sengit, tinggi dan bermutu di pentas Asia.

“Malah penganjur sendiri berdebar-debar untuk melihat senarai akhir pelumba setiap pasukan kerana berdasarkan nama-nama itu nanti, kita boleh meramal strategi dan sasaran setiap pasukan, sama ada mahu mengutip kemenangan peringkat, memburu kedudukan individu keseluruhan, berpasukan keseluruhan, jersi Raja Bukit mahupun jersi Raja Pecut,” kata Jefri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL25, Emir Abdul Jalal berkata, setakat ini pihak penganjur masih belum mendapat kepastian sama ada Team Picnic PostNL akan menyenaraikan juara keseluruhan musim lalu, Max Poole untuk mempertahankan jersi hijau individu bagi saingan tahun ini.

“Namun, kami percaya saingan kali ini tetap menjadi tumpuan ramai kerana pasukan itu ada menyenaraikan pakar pecut handalannya, Fabio Jakobsen manakala pasukan Uno-X ada menyenaraikan Alexander Kristoff dalam barisan awalnya sementara Tudor pula meletakkan pakar pecut, Alberto Dainese.

“Bagi kami, ini adalah satu penghormatan besar kerana saingan kali ini turut disertai tiga nama besar yang mempunyai koleksi kemenangan dalam jelajah Grand Tour dan pelbagai perlumbaan jelajah Eropah dan klasik sehari, sekaligus mengangkat profil dan imej PLTdL itu sendiri,” tambahnya.

Jakobsen, 31, mempunyai koleksi 46 kemenangan dalam kariernya setakat ini, iaitu dua dalam Tour de France (2022) dan lima peringkat di Vuelta (2019-2021), selain menjuarai gelaran Raja Pecut Vuelta pada 2021, serta pelbagai jersi Raja Pecut lain seperti Volta a Algarve, Tour of Hongrie dan Tour of Belgium.

Kristoff pula yang kini berusia 38 tahun dan pernah menyarung jersi pasukan handalan seperti BMC Racing Team, Team Katusha, UAE Team Emirates dan Intermache-Wanty Gobert, mengumpul koleksi kemenangan dalam 4 peringkat Tour de France (2014-2020), selain perlumbaan jelajah dan klasik sehari seperti Milan-San Remo (2014), Gent-Wevelgem (2019), Tour of Flanders (2015), GP Quest France (2015) dan Classica de Almeira (2022).

Bagi pelumba kelahiran Itali, Dainese, 27, pula mengukir dua kemenangan peringkat dalam Giro d’Italia (2022 dan 2023) selain satu peringkat di Vuelta pada 2023 ketika bersama pasukan Sunweb.

Menurut Emir, edisi ke-29 PLTdL25 yang merentasi semua 12 negeri di Semenanjung dengan jarak keseluruhan 1,257.8km kali ini tetap berada dalam kategori antara jelajah terunggul di benua Asia berdasarkan jumlah penyertaan pasukan WorldTeam (WT) dan ProTeam (PT).

Sebagai perbandingan, Emir berkata, jelajah bertaraf ProSeries Asia lain seperti Tour of Qinghai Lake pada tahun ini hanya menampilkan satu pasukan WorldTeam dan 8 pasukan ProTeam; Tour of Hainan (1WT/4PT) manakala Tour of Taihu Lake (1WT/2PT).

PLTdL25 yang berstatus ProSeries dalam kalendar Jelajah Asia UCI dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

SENARAI PASUKAN BERTANDING DALAM PETRONAS LTdL 2025

  1. XDS Astana Team (Kazakhstan)
  2. Team Picnic PostNL (Belanda)
  3. Cofidis (Perancis)
  4. VF Group-Bardiani CSF-Faizane (Itali)
  5. Team Polti VisitMalta (Itali)
  6. Burgos-BH (Sepanyol)
  7. Unibet Tietema Rockets (Perancis)
  8. TotalEnergies (Perancis)
  9. Tudor Pro Cycling Team (Switzerland)
  10. Uno-X Mobility (Norway)
  11. Team Solution Tech-Vini Fantini (Itali)
  12. Terengganu Cycling Team (Malaysia)
  13. Malaysia Pro Cycling (Malaysia)
  14. Nusantara-BYC (Indonesia)
  15. HKSI Pro Cycling (Hong Kong)
  16. Aisan Racing Team (Jepun)
  17. KSPO Professional (Korea Selatan)
  18. Chengdu DYC Cycling Team (China)
  19. St George Continental Cycling Team (Australia)
  20. 7Eleven Cliqq Roadbike Philippines (Filipina)
  21. Thailand Continental Cycling Team (Thailand)
  22. Pasukan Kebangsaan Malaysia

 

CABARAN JORAN MERDEKA MBSJ 2025: RM19,700 DAN MOTOSIKAL JADI REBUTAN

0

PUCHONG, 12 Ogos – Taman Tasik Kampung Seri Aman bakal dimeriahkan dengan kehadiran ratusan kaki pancing dari seluruh negara sempena Pertandingan Cabaran Joran Merdeka MBSJ 2025, bersempena sambutan Ulang Tahun Kelima Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan bulan kemerdekaan Malaysia, Ahad ini.

Pertandingan dwitahunan ini dianjurkan oleh MBSJ dengan kerjasama Nadi Media Events, serta mendapat sokongan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 12. Program ini merupakan inisiatif yang menggabungkan elemen sukan rakyat dan rekreasi bagi mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat.

Acara yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 petang ini mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM40.00 untuk setiap joran. Seramai lebih 500 peserta dijangka mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak RM19,700.00, iaitu peningkatan berbanding RM13,700.00 yang ditawarkan dalam edisi 2023.

Hadiah utama pertandingan termasuk RM5,000 untuk Juara, RM3,000 bagi Naib Juara, dan RM1,000 untuk tempat Ketiga. Tempat Keempat membawa pulang RM500, manakala tempat Kelima hingga Kesepuluh akan menerima RM200. Peserta di kedudukan Ke-11 hingga Ke-100 turut diberi ganjaran RM100 seorang sebagai penghargaan penyertaan.

Lebih menarik, penganjur turut menyediakan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal kepada peserta bertuah, menjadikan pertandingan ini antara yang paling dinantikan tahun ini. Selain itu, 200 helai T-shirt eksklusif akan diberikan kepada peserta yang membuat pendaftaran awal.

Datuk Bandar Subang Jaya, Dato’ Amirul Azizan bin Dato’ Sri Abd Rahim dijangka hadir bagi menyempurnakan acara ini sebagai tanda sokongan kepada pembangunan sukan komuniti dan memeriahkan lagi sambutan ulang tahun MBSJ yang kelima.

Ini merupakan kali ketiga Cabaran Joran MBSJ dianjurkan, selepas edisi terdahulu diadakan di Taman Tasik Wawasan dan Taman Tasik Seri Aman, Puchong. Lokasi kali ini kembali ke Taman Tasik Seri Aman yang dilihat lebih strategik dan sesuai dari segi fasiliti serta sambutan komuniti.

Sebagai nilai tambah, MPP Zon 12 akan menganjurkan pelbagai aktiviti komuniti di bawah program Lestari Kampung. Antara yang dijangka menarik perhatian pengunjung ialah Pertandingan Sepakan Penalti di Padang Bola Sepak MBSJ Kampung Seri Aman, Program Subuh Macam Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman dan Karnival Jualan Komuniti yang menyokong usahawan tempatan.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform rekreasi sihat untuk peminat aktiviti memancing, malah mengangkat Taman Tasik Seri Aman sebagai produk pelancongan komuniti yang berpotensi dikembangkan lagi. Ia sejajar dengan usaha MBSJ mempromosi gaya hidup sihat, memupuk perpaduan komuniti dan memartabatkan kawasan rekreasi sebagai destinasi pelancongan domestik.

Cabaran Joran Merdeka MBSJ 2025 menampilkan gabungan antara sukan, pelancongan dan kerjasama komuniti, menjadikannya salah satu acara yang berimpak tinggi dalam kalendar aktiviti tahunan MBSJ.

PERTARUNGAN DI SAAT AKHIR, PATIN 8.055KG ANGKAT HARON KE TAKHTA JUARA

0

Serdang, 11 Ogos – Aksi “patin menganas” di saat-saat akhir mencuri tumpuan lebih 500 kaki pancing yang berkumpul di Kolam 1 dan 2, Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyertai Cabaran Joran Selangor 2025, bersempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, semalam.

Pertandingan anjuran bersama Lestari Events dan UPM Holdings dengan kerjasama Tourism Malaysia itu menerima penyertaan luar biasa, termasuk peserta dari Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak, serta wakil dari negara China yang pertama kali turun berentap di kolam ikonik UPM.

Sejak awal pagi, peserta sabar menunggu tarikan. Namun menjelang detik penamat, suasana menjadi gamat apabila patin mula galak menyambar umpan, memaksa joran melentur dan peserta berhempas pulas mengawal asakan. Spesies tongsan, rohu dan lekoh turut memberi cabaran sengit kepada kaki pancing yang hadir.

Kemenangan mutlak milik Haron Harrani bin Abdullah, 31, dari Dengkil selepas berjaya menaikkan seekor patin seberat 8.055 kilogram menggunakan umpan roti pandan. Tangkapan itu melayakkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Haron, yang bekerja sendiri dan sudah 15 tahun aktif dalam dunia pertandingan memancing, menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil pengalaman panjang serta sokongan rakan-rakan.

“Saya gembira dan bersyukur. Selain hadiah, saya hargai persahabatan dan perkongsian ilmu di tepi kolam seperti ini,” katanya tersenyum.

Tempat kedua dimenangi Azrull Fitri bin Sharifuddin, 51, dari Sungai Besi dengan patin seberat 6.320 kilogram sekali gus meraih RM3,000. Mohd Fairuz bin Bilal, 41, dari Sungai Merab, Selangor pula di tempat ketiga dengan patin 6.235 kilogram yang membolehkannya membawa pulang RM1,000.

Pengurus Besar, UPM Business Management Sdn Bhd, Shahril Dasti berkata, menyifatkan sambutan kali ini membuktikan potensi besar kolam pancing UPM untuk dijadikan pusat rekreasi setempat. Katanya, lokasi ini bukan sahaja sesuai untuk pertandingan memancing, malah mampu menarik keluarga dan pelancong untuk beriadah.

Beliau turut mengumumkan rancangan menganjurkan satu lagi pertandingan memancing pada bulan November sempena Pesta Konvokesyen UPM, dengan tawaran hadiah yang lebih lumayan bagi menarik lebih ramai peserta dari dalam dan luar negara.

Selain memancing, Bukit Ekspo UPM menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti golf, paintball, abseiling dan aktiviti santai lain yang sesuai untuk semua peringkat umur. Keindahan landskap kampus yang menghijau menambah pengalaman rekreasi yang segar dan menyeronokkan.

Acara ini juga selari dengan inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026, menjadikan UPM destinasi unik yang menggabungkan sukan, rekreasi dan pelancongan dalam satu lokasi.

Cabaran Joran Selangor 2025 sekali lagi membuktikan bahawa memancing bukan sekadar hobi, tetapi platform untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi teknik serta mempromosikan lokasi-lokasi menarik di Malaysia kepada dunia.

Dengan debaran patin “menganas” dan hadiah lumayan yang ditawarkan, tidak hairanlah penganjuran kali ini meninggalkan kenangan manis buat semua peserta, sekali gus mencetuskan keterujaan menantikan edisi November nanti sempena pesta konvokesyen UPM.

RM25,000 REBUTAN KAKI PANCING DI CABARAN JORAN SELANGOR-UPM

0

SERDANG, 6 Ogos – Kolam 1 dan 2 Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang bakal menjadi medan pertarungan kaki pancing dari seluruh negara apabila Cabaran Joran Selangor 2025 akan diadakan pada Ahad ini, 10 Ogos.

Lebih RM25,000 hadiah wang tunai keseluruhan menanti para pemenang dalam pertandingan ini yang dijangka sengit di tengah-tengah kehijauan landskap kampus UPM.

Tarikan utama acara ini ialah konsep “Hadiah Sapu Bersih”, di mana semua spesies ikan yang berjaya dinaikkan layak dipertandingkan – tiada yang pulang dengan tangan kosong jika rezeki mengena.

Pertandingan ini menjanjikan ganjaran lumayan, di mana juara membawa pulang RM10,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000. Lebih menarik, ranking hadiah turut disediakan sehingga ke tempat ke-100, menjadikan peluang menang terbuka kepada semua peserta.

Yuran penyertaan hanya RM70 untuk satu joran dua mata, tetapi pulangannya besar – termasuk cabutan bertuah tiga unit TV 32 inci, dan 500 helai t-shirt edisi khas untuk peserta terawal yang mendaftar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPM Holdings, Shahrulnizam Md. Sharif (gambar) pertandingan ini bukan sekadar sukan memancing. “UPM bukan hanya pusat akademik, tetapi juga destinasi pelancongan hijau yang ideal untuk riadah seisi keluarga. Dengan ikan-ikan bersaiz mega dan suasana semula jadi yang menyegarkan, peserta bukan sahaja membawa pulang hadiah, tetapi juga kenangan berharga,”

“Majlis pelepasan ikan spesies baung turut diadakan di kedua-dua kolam sebagai penambahan kepada stok ikan sedia ada sempena acara yang akan berlangsung pada Ahad ini.” katanya.

Program ini dianjurkan oleh Lestari Events dan UPM Holdings, dengan sokongan penuh Tourism Malaysia, sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2025. Ia turut menjadi platform terbaik mempromosikan sukan memancing sebagai produk pelancongan domestik yang semakin mendapat perhatian.

Penganjur menyasarkan kehadiran sekitar 500 pemancing bagi memeriahkan lagi acara ini.

Antara spesies mega yang menjadi rebutan termasuk pacu seberat 13 kilogram, patin melebihi 11 kilogram, dan rohu sekitar 1.5 kilogram. Kolam ini turut dipenuhi ikan-ikan popular seperti toman, lampam, tilapia, tongsan, baung, lekor, jelawat, haruan dan peacock bass (PB) – menjadikan setiap balingan joran penuh debaran.

Pertandingan akan berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pendaftaran dibuka pada Sabtu, 9 Ogos 2025, dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, dan disambung pagi acara mulai 6.30 pagi. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Joran KL atau hubungi urus setia: Syukur (013-2667011), Jas (012-3554946), Ali (012-2846811).

 

TUAH CACING! NORIZAM RANGKUL JUARA CABARAN NGAIL NISMILAN 2025

0
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, bersama YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS.

Seremban, 4 Ogos – Hanya berumpankan cacing, Norizam Md Sidek, 26, seorang juru ukur dari Seremban mencuri tumpuan apabila muncul juara Cabaran Ngail Nismilan 2025 selepas menaikkan ikan keli seberat 1.580 kilogram pada jam 11.54 pagi dalam pertandingan yang berlangsung meriah di Tasik Seremban, semalam.

Lebih manis, Norizam yang masih bujang turut merangkul tempat ketiga dengan tangkapan seekor ikan haruan seberat 1.355 kilogram, sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan RM4,500. “Saya tak sangka akan menang. Ikan itu pun saya rasa tak sampai tiga kilogram. Saya hanya nak belajar dengan kawan-kawan dan berseronok,” katanya selepas menerima hadiah.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Rosly Mohamad Rasid, juga dari Seremban, dengan tangkapan ikan keli seberat 1.420 kilogram, membawa pulang wang tunai RM1,000.

Acara ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan kerjasama NS Events serta mendapat sokongan penuh daripada Tourism Malaysia, bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Program ini bertujuan merancakkan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti dan rekreasi luar bandar di Negeri Sembilan.

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali, berkata sambutan luar jangkaan membuktikan potensi besar pertandingan seperti ini sebagai produk pelancongan yang berimpak tinggi. “Kami pada awalnya menyasarkan sekitar 700 penyertaan, tetapi kehadiran melebihi 1,000 peserta membuktikan minat mendalam rakyat terhadap aktiviti santai seperti memancing, lebih-lebih lagi di lokasi cantik dan mudah diakses seperti Tasik Seremban,” katanya.

Melihat sambutan yang amat menggalakkan, MBS merancang memperluaskan konsep ini melalui penganjuran siri pertandingan ‘GP Joran Nismilan’ di tasik-tasik rekreasi lain di seluruh Negeri Sembilan. Siri ini akan menjadi antara program utama pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, dan berperanan memperkenalkan memancing sebagai tarikan baharu pelancongan negeri.

Sorakan dan keterujaan bergema di lokasi acara apabila seekor ikan spesies Mekong dianggarkan seberat lebih 40 kilogram berjaya dinaikkan oleh salah seorang peserta, namun tangkapan tersebut dibatalkan kerana tidak memenuhi syarat teknikal pertandingan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, bersama YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS. Selain hadiah utama, dua peserta bertuah turut membawa pulang kepingan emas menerusi cabutan bertuah. Penganjuran ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dan gaya hidup sihat, malah membuka peluang ekonomi kepada peniaga tempatan serta menambah daya tarikan pelancongan Negeri Sembilan menjelang 2026.

400 KERETA IKONIK GEGAR LANAI MATIC

0

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Festival permotoran paling berprestij negara, Malaysia Auto Fest 2025, kembali untuk edisi ketiga dengan skala lebih besar dan penuh warna, menghimpunkan lebih 400 buah kereta ikonik dan mewah di Lanai Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada 2 dan 3 Ogos 2025 (Sabtu & Ahad) ini bakal menjadi tumpuan utama peminat dunia automotif tempatan dan antarabangsa. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat.

Dengan tema “Car Lifestyle & Show Stopper”, festival ini mengetengahkan budaya pemotoran moden yang merangkumi gaya hidup, inovasi dan kreativiti dalam dunia automotif.

Menurut Pengarah Program, Dev JBC, penganjuran ini bertujuan menyatukan komuniti peminat kereta dalam suasana harmoni dan positif, sambil menyemai nilai perpaduan terutama dalam kalangan generasi muda.

Pameran tahun ini menampilkan pelbagai model berprestij daripada jenama ternama seperti Ford Mustang, Nissan GTR, Toyota Supra, Mazda RX-7 & RX-8, serta Chevrolet Camaro.

Turut dipamerkan adalah jentera elektrik dan teknologi tinggi seperti Tesla Model S & Model X, bersama model berprestasi tinggi dari BMW M-Series & i-Series, Audi RS & R8, dan Mini Cooper JCW.

Model popular lain yang dijangka mencuri perhatian termasuk Honda Civic Type-R, Alphard VIP, Mitsubishi Evolution, Toyota Hiace Custom, dan pastinya model impian ramai seperti Lamborghini Huracán dan Aventador.

Menambahkan lagi prestij acara, penyertaan delegasi antarabangsa dari Thailand dan Singapura bakal mempamerkan jentera modifikasi ekstrem dan koleksi eksotik yang jarang dilihat di Malaysia.

Penganjur menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung, menjadikannya platform strategik buat penggiat industri automotif mengetengahkan produk, jenama dan servis mereka kepada umum.

Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Autoshow Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Malaysia.

Selain pameran kereta, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti hiburan, interaktif dan gaya hidup yang disediakan untuk seisi keluarga, menjadikan acara ini sebagai destinasi hujung minggu yang ideal.

Malaysia Auto Fest 2025 bukan sekadar pameran kenderaan, tetapi satu perayaan budaya automotif yang menggabungkan inovasi, komuniti dan gaya hidup moden. Jangan lepaskan peluang — jumpa anda di Lanai Matic!

CABARAN NGAIL NISMILAN TAWAR EMAS & RM11,000 HADIAH WANG TUNAI

0
Datuk Bandar Seremban, Dato’ Masri Razali melepaskan ikan spesis Baung bagi pertandingan memancing dalam Cabaran Ngail Nismilan 2025, Ahad ini.

SEREMBAN, 29 Julai 2025 — Taman Tasik Seremban bakal kembali meriah apabila Cabaran Ngail Nismilan 2025 menghimpunkan ratusan kaki pancing dari seluruh negara pada Ahad ini, 3 Ogos.

Pertandingan yang dinanti-nantikan ini kembali mewarnai kalendar pelancongan selepas dua tahun tidak dianjurkan, dan akan be 
rlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Acara berprestij ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan kerjasama NS Events, serta mendapat sokongan penuh daripada Tourism Malaysia, bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Menurut Datuk Bandar Seremban, Dato’ Masri Razali, penganjuran acara ini bukan sekadar pertandingan memancing, malah menjadi wadah memupuk hubungan kekeluargaan, mempromosikan gaya hidup sihat serta menyemarakkan pelancongan berasaskan komuniti.

“Tahun ini, tumpuan utama diberikan kepada cabutan bertuah berupa dua keping emas tajaan MBS, masing-masing bernilai RM5,000. Jumlah keseluruhan bernilai RM10,000 ini pasti menjadi rebutan kaki pancing yang bertuah,” katanya.

Selain cabutan emas, pertandingan memancing ini turut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM11,000 menerusi konsep “Hadiah Sapu Bersih”, termasuk RM4,000 untuk juara, RM1,000 bagi tempat kedua, dan RM500 untuk tempat ketiga. Hadiah wang tunai juga ditawarkan sehingga ranking ke-100, sebagai insentif kepada semua peserta.

Yuran penyertaan hanya RM40 bagi satu joran dua mata.

Pertandingan ini terbuka kepada semua spesies ikan yang berjaya dipancing, termasuk patin, rohu, tongsan, lampam, tilapia, keli, puyu dan baung — menjadikan saingan lebih terbuka dan adil buat semua peserta.

Dato’ Masri turut menyatakan bahawa penganjuran ini seiring dengan usaha penjenamaan semula Taman Tasik Seremban sebagai destinasi rekreasi dan pelancongan utama di bandar raya.

“Selain Taman Tasik Seremban, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai lokasi menarik lain seperti Muzium Negeri Sembilan, Kompleks Budaya, serta menjelajah cita rasa unik warisan makanan tempatan di Seremban Street Food,” tambah beliau.

Sebagai persiapan menjelang acara, hampir 200 kilogram ikan baung seberat antara 600 gram hingga dua kilogram telah dilepaskan ke dalam tasik menerusi satu majlis pelepasan ikan khas yang berlangsung pagi tadi

Pendaftaran peserta boleh dibuat di lokasi pertandingan pada Sabtu, 2 Ogos dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, manakala pada hari pertandingan, kaunter pendaftaran akan dibuka dari 6.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-266 1077, 013-305 2811, atau 012-284 6811, atau melayari laman Facebook rasmi di facebook.com/jorankl.

SUKAN ERATKAN KOMUNITI, KUKUH PERPADUAN – MB SELANGOR

0
Pasukan Zon 13 dinobatkan juara, kedua Zon 22,Ketiga Zon 12 dan Keempat Zon 24 bergambar beramai-ramai dalam acara karom berpasukan sempena Sukan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ 2025.

AMPANG JAYA, 27 JULAI 2025 — Sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi jambatan perpaduan yang mampu menyatukan rakyat pelbagai latar belakang. Itulah mesej utama yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari semasa merasmikan Kejohanan Sukan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di The Campus, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kejohanan sukan di peringkat komuniti adalah platform paling mudah dan berkesan untuk membentuk kepercayaan, kerjasama dan semangat kebersamaan antara rakyat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Melalui program sebegini, kita bukan sahaja bersukan, tetapi membina jaringan mesra antara JKP, PBT dan masyarakat. Ia ruang menyatukan, menyelesaikan isu, dan mencipta kepercayaan. Inilah wajah sebenar Kerajaan Negeri yang dekat di hati rakyat,” ujar beliau penuh semangat.

Tambah beliau, pelbagai aduan seperti sampah, jalan rosak, anjing liar atau pembangunan baharu dapat disampaikan dengan lebih mudah apabila hubungan dua hala ini terbina kukuh melalui aktiviti yang santai dan terbuka.

Kejohanan sukan anjuran JKP MPAJ ini menjadi antara usaha berterusan kerajaan negeri untuk merakyatkan pentadbiran dan memperkukuh penyertaan komuniti dalam pembangunan tempatan.

“Ahli JKP dan pegawai PBT adalah barisan hadapan kerajaan. Sikap prihatin, rajin turun padang dan keterbukaan mereka menjadi penentu kepada masa depan hubungan antara rakyat dan kerajaan,” tambah Amirudin.

Sementara itu, Pengerusi penganjur, Hasrolnizam bin Shaari berkata, edisi ke-15 kali ini tampil lebih segar dan inklusif dengan 12 acara sukan dipertandingkan, termasuk dua acara baharu — pickleball dan e-sukan yang kini semakin digemari masyarakat pelbagai peringkat usia.

“Kami sasarkan penyertaan lebih ramai penduduk tahun ini dan berharap semangat kesukanan ini kekal hingga ke peringkat akar umbi. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama padu,” katanya.

Kejohanan yang bermula hari ini akan berlangsung sehingga 10 Ogos depan dan dijangka menjadi medan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian di seluruh kawasan pentadbiran MPAJ.

Latest Article

TVS RACING INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP: RAMDAN AT A CLASS OF HIS OWN...

0
SEPANG, April 12 – “I have always dreamed of winning while racing in my home country, and today that wish came true,” said national...

LTdL KEKAL DI BAWAH KBS