Home Blog Page 9

PELAJAR UPSI DIDIE SHAZRY JUARA PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA

0

TANJUNG MALIM, 12 Ogos – Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Didie Shazry dinobatkan sebagai juara sulung program realiti nyanyian terbaharu, Raise The Star Malaysia anjuran Astro.

Kemenangan tersebut merupakan satu kebanggaan buat UPSI, sekali gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus.

Dalam konsert akhir yang disiarkan secara langsung dari Royale Theatre Shah Alam itu, Didie Shazry berjaya memukau juri dan penonton dengan persembahan yang mantap dan vokal yang bertenaga.

Beliau menewaskan finalis lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah trofi dan peluang untuk merakam single terbaharu ciptaan komposer terkenal, Aina Abdul yang berjudul ‘Peganglah Hati’.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Didie Shazry berikutan kejayaannya membuktikan bahawa pelajar UPSI bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki bakat besar dan berdaya saing dalam bidang seni.

Kemenangan ini, katanya, adalah hasil usaha gigih dan komitmen Didie Shazry serta sokongan padu daripada para pensyarah dan rakan-rakan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.

Didie Shazry, pelajar semester tiga program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik), mula mendapat perhatian menerusi lagu ‘Joget Jiwa Lara’ yang liriknya ditulis oleh pensyarah beliau yang juga komposer terkenal, Dr Azam Dungun bersama rakan-rakan pelajar UPSI.

Pembabitan beliau dalam industri muzik bukan sahaja mengangkat namanya, malah turut meletakkan nama UPSI di persada seni tanah air.

Pihak universiti berharap kejayaan Didie Shazry akan terus menyuntik semangat para pelajar lain untuk tidak takut mengejar impian mereka dan membuktikan bahawa pendidikan di UPSI mampu melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

 

KERN PHRAMA REPLACE WORLDTEAM COFIDIS AT PLTDL 2025

0

KUALA LUMPUR, Aug 23rd – The French WorldTeam, Cofidis has withdrawn from the PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 (PLTdL25). Their spot will be taken by the Spanish ProTeam, Equipo Kern Pharma.

It was confirmed by the PLTdL25 Chief Operating Officer (COO), Emir Abdul Jalal after the team contacted the organisers last Thursday.

​In response, the organisers acted quickly and received immediate confirmation from Kern Pharma, who will be making a return to the 29th edition of the tour which runs from September 28 to October 5.

​”Although we’re a bit disappointed with team’s decision, we’re still confident the excitement of the PLTdL25 won’t be affected because Kern Pharma is also a great team. Due to time constraints, we don’t have the opportunity to lobby another WorldTeam as a replacement, and Kern Pharma, which was on the list of four teams that had to be left out previously, responded quickly and expressed their readiness to participate in PLTdL25,” said Emir in a media statement today.

​For a record, Equipo Kern Pharma made its first appearance in PLTdL23 with two of its riders, Pablo Castillo Zapater, finishing third overall, 58 seconds behind the overall green jersey winner Simon Carr (EF Education) while Jon Agirre Egana finished eighth.

​The team also finished third overall in the Best Team category behind EF Education and Euskaltel-Euskadi.

However, Kern Pharma had a stronger performance last year when they won the Best Team category finishing 1 minute and 39 seconds ahead of Astana.

​In addition, three of their riders were in the top 10 with Unai Iribar in third place overall followed by Ibon Ruiz (7th) and Jorge Gutierrez (8th).

​”At the moment, we have not received the list of six riders who will be sent by Kern Pharma to PLTdL25, but among the team’s 22 riders is the PLTdL22 champion, Ivan Sosa. It will certainly be interesting if Kern Pharma also fields this former Movistar rider from Colombia. We’re confident that after two consecutive years of experiencing the twists and turns of the PLTdL race, Kern Pharma will send a strong line-up, especially since they were not included in the wild card teams for this year’s Vuelta a Espana,” said Emir.

​Without Cofidis, the two WorldTeams that will be competing are XDS Astana and Team Picnic PostNL. Kern Pharma joins eight other ProTeams that have confirmed their participation – VF Group-Bardiani CSF-Faizane; Team Polti VisitMalta; Solution Tech Vini Fantini; Burgos Burpellet BH; Unibet Tietema Rockets; Total Energies; Tudor Pro Cycling and Uno-X Mobility.

The 29th edition of PLTdL25 will pass through 12 states in Peninsular Malaysia over 8 days, covering a total distance of 1,243.5km, starting in Pulau Langkawi and ending at KLCC, Kuala Lumpur.

​The 2ProSeries tour on the UCI Asia Tour racing calendar is organized by the Ministry of Youth and Sports (KBS) through the National Sports Council (MSN) with the support of the Malaysian National Cycling Federation (MNCF).

The race will begin in Langkawi Island on September 28 with the first stage covering a distance of 96.5 kilometers (km) followed by Stage 2 from Padang Besar, Perlis to Kepala Batas, Penang (170.1km); Stage 3 from Gerik, Perak to Pasir Puteh, Kelantan (198.2km); Stage 4 from Kuala Terengganu to Kemaman (140.8km); Stage 5 from Temerloh to Fraser’s Hill, Pahang (133.7km); Stage 6 from Shah Alam, Selangor to Port Dickson, Negeri Sembilan (123.4km); Stage 7 from Melaka to Medini, Johor (214.6km) and Stage 8 from Tangkak, Johor to Kuala Lumpur (180.5km) on October 5.

 

KEJOHANAN BOLA SEPAK B-12 F&N MAGNOLIA 2025 BUKA TIRAI

0

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Buat julung kalinya, Kejohanan Bola Sepak Bawah-12 Tahun F&N Magnolia secara rasminya akan bermula pada 13 hingga 16 Oktober depan di SMK USJ 23, Subang Jaya, dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kejohanan empat hari ini yang menghimpunkan juara-juara sekolah daripada pertandingan Majlis Sukan Daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan sepanjang tahun lalu, akan menampilkan 16 pasukan kesemuanya.

F&N Magnolia – Susu Segar 100 peratus, yang terkenal dengan keenakan rasa selain membekalkan nutrien penting seperti kalsium dan protein, tampil mengorak langkah baharu dalam memperkasakan program pembangunan bola sepak yang dianjurkan oleh BSKK.

F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, menerusi jenama utamanya 100PLUS, telah sekian lama menyokong usaha Kementerian Pendidikan dengan menaja Liga KPM sejak ia mula diperkenalkan pada 2008.

“Kejayaan Liga KPM mendorong kami untuk memperluaskan lagi penglibatan dalam pembangunan bola sepak remaja ke peringkat Bawah-12 tahun pula. Kami sedar lebih banyak kejohanan berkualiti dianjurkan, justru dengan kerjasama BSKK, kami menganjurkan kejohanan baharu ini,” kata Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri Fraser & Neave Holdings Bhd, Norazrin Norsyam Yee pada majlis pelancaran kejohanan di Kuala Lumpur, hari ini.

“F&N Magnolia, Susu Segar 100 Peratus adalah rakan paling sesuai bagi kejohanan baharu ini. Kami percaya susu segar ini merupakan pilihan terbaik untuk kanak-kanak kerana kaya dengan vitamin, kalsium dan protein penting untuk pertumbuhan serta kesihatan menyeluruh mereka”.

Sementara itu, Pengarah BSKK, Ithnin Mahadi turut menyatakan rasa bangga dengan penganjuran kejohanan ini.

“Kerjasama antara Kementerian dan F&N telah lama terjalin. Ia bukti komitmen berterusan mereka dalam pembangunan bola sepak negara dari peringkat akar umbi. Pihak swasta sememangnya mempunyai peranan penting dalam membangunkan sukan, dan kami menghargai sokongan jangka panjang F&N Beverages Marketing Sdn Bhd,” kata beliau.

Kejohanan Bola Sepak Bawah-12 Tahun F&N Magnolia 2025 menyaksikan 16 pasukan dari Lembah Klang bersaing buat pertama kali.

Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan dalam format pertandingan sembilan sepasukan dengan juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Tuan rumah, Selangor, akan diwakili oleh 10 pasukan, manakala Kuala Lumpur dengan empat pasukan dan Putrajaya dengan dua pasukan.

Kesemua pasukan yang bertanding merupakan juara pada pertandingan peringkat Majlis Sukan Daerah masing-masing, kecuali Putrajaya yang diwakili johan dan naib johan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

“Kami yakin kejohanan ini akan mendapat sambutan hebat dalam kalangan pemain muda dan akan diteruskan pada tahun hadapan. Jika berjaya, tidak mustahil kejohanan ini akan diperluaskan lagi selepas tahun 2026,” kata Norazrin.

 

KONTINJEN PEKAK NEGARA SASAR 16 EMAS DI JAKARTA

0

PUTRAJAYA, 18 Ogos –  Barisan atlet ke temasya Sukan Orang-Orang Pekak Asia Tenggara (SEA) 2025 edisi ke-2 menerima suntikan semangat baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh secara rasmi menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan beraksi pada temasya yang bermula di Jakarta, Indonesia minggu ini.

Majlis yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya itu menyaksikan Hannah menyerahkan bendera negara kepada Ketua Kontinjen, Sarkunan Balakrisnan dan pembawa bendera negara, atlet lompat jauh dan lompat kijang negara Zaiman Megat Abu.

Turut hadir Presiden MSDeaf, (Dr.) Ong Shinn Ruenn, para atlet, pegawai serta wakil utama kontinjen negara yang berikrar memberikan persembahan terbaik demi merealisasikan sasaran 16 pingat emas di temasya kali ini.

Kontinjen Malaysia diwakili 80 orang merangkumi 53 atlet dan 27 pegawai, menjadikannya kontinjen kedua terbesar selepas tuan rumah Indonesia.

Pasukan negara akan bersaing dalam kesemua enam acara sukan yang dipertandingkan iaitu Futsal, Olahraga, Badminton, Boling Tenpin, Catur dan Ping Pong dengan sasaran keseluruhan 16 pingat emas.

Majlis tersebut turut menyaksikan pengenalan pakaian dan jersi rasmi Kontinjen Pekak Malaysia, yang disokong oleh Coneli Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal pakaian sukan tempatan yang mengkhusus dalam penghasilan pakaian sukan berprestasi tinggi dan inovatif.

Pada majlis tersebut (Dr) Ong merakam penghargaan kepada KBS atas perhatian dan dana yang diperuntukkan kepada MSDeaf tahun ini.

“Penghargaan tertinggi buat kerajaan di atas bantuan dana yang besar buat kali pertama. Pastinya kontinjen Malaysia akan memberikan yang terbaik untuk persiapan and pembangunan atlet dalam kejohanan-kejohanan besar tahun ini,” jelas Ong.

Sasaran utama pingat emas negara disandarkan kepada pasukan futsal lelaki, acara olahraga, badminton, catur serta tenpin bowling. Kontinjen mensasarkan kutipan tertinggi daripada olahraga (6 emas) dan boling tenpin (5 emas).

Dalam acara olahraga, Zaiman Megat Abu, pemenang pingat emas di temasya sulung 2022, bersama rakan sepasukan dijangka menyumbang kutipan pingat yang besar.

Sementara itu, bintang badminton Boon Wei Ying dan Foo Zu Tung – pemenang pingat emas di Deaflympics 2022 dan Sukan SEA Pekak 2022 – dijangka meneruskan rentak kemenangan mereka, selain pasangan beregu campuran Edmund Teo dan Boon Wei Ying yang turut memburu kejayaan.

Atlet dalam enam sukan berkenaan telah menjalani program latihan berpusat sejak tahun lalu di beberapa pusat latihan seluruh negara, termasuk Terengganu, Perlis, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Kontinjen negara berlepas ke Jakarta pada 19 Ogos (Selasa), menggalas harapan tinggi rakyat Malaysia untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi sulung pada 2022.

 

MILO HIDUP BOLA 2025: SEVEN E FC FROM SABAH IS THE NEW CHAMPION

0

PETALING JAYA, Aug 12th – Malaysia’s largest grassroot futsal tournament, MILO Hidup Bola which runs from May to August 2025, celebrates its 20th anniversary this year.

The tournament travels through all 14 states and the Federal Territory of Kuala Lumpur, engaging 408 teams of U12 and 540 teams of U16 through enjoyable, competitive futsal carnivals, totalling 948 teams. It has attracted over 8,000 players from across the country.

The journey culminates in an exhilarating Grand Final where the top teams from each state compete for national titles and prizes.

After a demanding national qualification process, only 32 teams from the under-12 and under-16 categories advanced to the Grand Finals which took place at Futsalhub, Ampang, Selangor.

Team Stylo Mylo Orange from Johor clinched the win for the under-12 category, while Team Seven E FC from Tawau took the crown for the under-16 category, marking the first Sabahan team to ever reach the finals and win the championship.

Both teams sealed their victories with high-energy matches and earned top shares of the RM94,000 prize pool.

The match for under-16 began at a blistering pace, with each side determined to seize the advantage.

Team Court Soccer ‘B’ from Kuala Lumpur showcased their trademark defensive discipline and swift counter attacks, while Seven E FC pressed forward with relentless attacking play and fearless challenges. The ball changed hands multiple times, keeping the crowd on edge from start to finish.

Over to the under-12 category, the final became a showcase of contrasting futsal philosophies.

Wafie FT from Selangor executed clinical, well-structured play while Stylo Mylo Orange brought flair and unpredictable creativity to the court. Fans witnessed a thrilling tug-of-war between strategy and spontaneity.

In addition, Muhammad Adith Iqram Fardhli Hamzie and Muhammad Adil Qayyum Jamaluddin were awarded the tournament’s Best Player for the under-12 and under-16 categories respectively.

Mohammad Aniq Zahfran Junaidi (U12) and Muhamad Arifin Abdul Rahman (U16), were awarded the Best Goalkeeper award.

“We believe every child deserves the chance to dream. By providing quality coaching, healthy competition and character-building experiences, MILO Hidup Bola invests in both the nation’s sporting future and its future leaders.

“MILO remains committed to fuelling the nation’s energy and ambitions through sport,” said Head of Sports Marketing, Nestle Malaysia, Kerwin Lim.

 

CABARAN JORAN MERDEKA MBSJ DI TASIK SERI AMAN

0

PUCHONG, 22 Ogos – Lebih 500 kaki pancing dari seluruh negara bakal berhimpun di Taman Tasik Seri Aman, Puchong pada Ahad ini sempena Cabaran Joran Merdeka Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2025.

Pertandingan dwitahunan anjuran MBSJ dengan kerjasama Nadi Media Events serta sokongan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 12 itu diadakan bersempena ulang tahun kelima MBSJ dan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Yuran penyertaan untuk acara yang akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu adalah RM40 bagi setiap joran.

Sejumlah RM19,700 hadiah wang bakal menjadi rebutan dengan juara bakal menerima RM5,000 diikuti RM3,000 (naib juara) dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

Pemenang tempat keempat akan membawa pulang RM500 manakala peserta di kedudukan kelima hingga ke-10 masing-masingnya akan menerima RM200.

Peserta di kedudukan ke-11 hingga ke-100 juga tidak pulang tangan kosong apabila tetap menerima RM100 seorang, selain berpeluang menyartai cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utama.

Sebagai persiapan, majlis melepaskan ikan lampam sungai dan Bbung seberat antara 800 gram hingga dua kilogram telah disempurakan oleh Ahli Majlis Zon 12, Muhammad Fauzan Rosli bersama Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ, Rubaizah Mohamed Noh serta pegawai MBSJ.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pertandingan itu bukan sahaja membuka ruang masyarakat beriadah, malah mampu menjadikan Taman Tasik Seri Aman sebagai destinasi pelancongan domestik.

“Cabaran Joran MBSJ ini adalah medium terbaik untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak berkuasa tempatan. Selain beriadah, ia memupuk perpaduan komuniti dan menyokong agenda gaya hidup sihat,” katanya.

Pendaftaran akan mula dibuka esok, (Sabtu 23 Ogos) dari jam 3 petang hingga 7 malam, dan diteruksan pada hari Ahad mulai jam 6.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman Facebook Joran KL atau menghubungi urus setia di talian 013-266701 (Syukor), Jas (012-3554946) dan Ali (012-2846811).

TOP PERSONALITIES AMONG THOSE PRESENT AT ASICS GARDEN OF MOTION POP-UP LAUNCH

0

KUALA LUMPUR, Aug 14 – The ASICS Garden of Motion pop-up officially launched at Central Exchange TRX Mall which saw over 360 guests, including local ambassadors and athletes namely Hariz Hamdan, Allison Yee and Haziq Hamzah, alongside Thailand’s newest ambassadors Preem Ranida Techasit, Patsapon Jansuppakitkun (Bever) and Kittipat Kaewcharoen (Kaownah) which drew great fanfare.

The star-studded guestlist also featured fellow ambassadors, athletes and sports fashion enthusiasts from across the SEA region.

The evening unfolded with a fashion showcase of ASICS Autumn and Winter 2025 highlights, complemented by live performances from local R&B rappers Hullera, SYA, rising artist YBJ and hip-hop dance crew, Zeppo Youngsterz. 

The Garden of Motion pop-up runs from August 14–17 at the Central Exchange, TRX Mall Kuala Lumpur.

Key highlights of media day and pop-up are – Move your body, Move your mind’ Campaign Showcase which is a gallery to display ASICS latest brand campaign featuring regional brand ambassadors and athletes in movement and the latest Autumn Winter collections.

Autumn Winter Product discover the latest collections from TOKYO Collection to Apparel Limited Series.

Other highlight are Interactive Activity Stations & Event Passport which interact with the 8 activity stations on-site and collect stamps on your Event Passport to receive complimentary merchandise while stock lasts.

There are also activity challenges introduced for participants to win ASICS shoes from performance running, core performance sports and sportstyle collections.

Additionally, JBL and Garmin products are to be won exclusively at the SONICBLAST Trial Challenges on-site.

Also being highlighted was a unique workshop activities which showcase Japanese culture with mindfulness-themed workshop and activities, offered exclusively at the space from Ikebana, a Japanese art of flower arrangements to Ishi-hara, a simple act of balancing stones.

JAKOBSEN LEADS PICNIC POSTNL’S CHALLENGE

0

KUALA LUMPUR, Aug 21 – Last year’s overall individual champion, Max Poole is not in Team Picnic PostNL line-up for this year’s PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 (PLTdL25).

Without Poole, the WorldTeam Team Picnic PostNL will be banking on the experience of Fabio Jakobsen as they begin the challenging eight-day PLTdL25 from September 28 to October 5.

With only one name from last year’s six-rider team lineup retained, Bjorn Koerdl, Picnic PostNL is counting on Jakobsen’s extensive experience as a sprint specialist to elevate the team’s profile, especially on the flat stages.

Undoubtedly, the 29-year-old Dutch-born rider from Heukelum will be counting on assistance from two of his teammates who can setup the pace in the final push namely Bram Welten and Dilion Corkery when they face off against other top sprinters.

PLTdL25 Chief Operating Officer (COO), Emir Abdul Jalal, said that although Poole’s absence might affects the excitement of this year’s race, Jakobsen’s presence makes up for it. Jakobsen has established himself as one of the world’s top sprinters, which will make the competition in the final dash to the finish line this year more open, intense and unpredictable.

“Jakobsen is a ‘big name’ as he has won one stage at the Tour de France and five stages at the Vuelta a Espana, including winning the Vuelta’s points jersey in 2021.

“With a collection of 46 career victories so far, including at the TdF and Vuelta, Picnic PostNL appears with the goal of winning a stage in the team’s second appearance this year. This is because, besides Jakobsen, his teammate Welten also has vast experience and is capable of pulling Jakobsen to the front of the peloton before creating space for the final sprint. Welten himself is capable of securing a stage win,” said Emir.

Welten, 28, who joined the team last year, has experience riding for other major WorldTeams like Arkea-Samsic (2020-2021), Groupama FDJ (2022-2023) and has ridden in three Grand Tours.

Without Poole, the battle for the overall individual green jersey this year also rest on the shoulders of 21-year-old rider Juan Guillermo Martinez who was signed from the ProTeam, Q36.5. Koerdl, 21, finished 50th overall last year as a support rider.

The Colombian rider was the King of the Mountains at the Giro della Valle d’Aosta last year, in addition to finishing an impressive third overall at the Tour of Turkey and eighth overall at the Tour of Rwanda this year.

Another rider sent by the team is Jurgen Zommermaand, 19, who is expected to take on domestique duties for Jakobsen, Koerdl and Martinez.

“It will certainly be interesting to see how Picnic PostNL is able to compete in this PLTdL25 as they will be strongly challenged throughout the eight-day race from Stage 1 in Langkawi Island to the final day of Stage 8 at KLCC,” Emir added.

PLTdL25 will consist of eight stages, covering a total distance of 1,243.5km which will traverse every state across Peninsular Malaysia. The 2.ProSeries status race on the UCI Asia Tour calendar is organised by the Ministry of Youth and Sports (KBS) through the National Sports Council (MSN) with the support of the Malaysian National Cycling Federation (MNCF).

The race will begin in Langkawi Island on September 28 with the first stage covering a distance of 96.5 kilometers (km) followed by Stage 2 from Padang Besar, Perlis to Kepala Batas, Penang (170.1km); Stage 3 from Gerik, Perak to Pasir Puteh, Kelantan (198.2km); Stage 4 from Kuala Terengganu to Kemaman (140.8km); Stage 5 from Temerloh to Fraser’s Hill, Pahang (133.7km); Stage 6 from Shah Alam, Selangor to Port Dickson, Negeri Sembilan (123.4km); Stage 7 from Melaka to Medini, Johor (214.6km) and Stage 8 from Tangkak, Johor to Kuala Lumpur (180.5km) on October 5.

TEAM PICNIC POSTNL INITIAL LINE-UP

  1. FABIO JAKOBSEN (NED)
  2. BJORN KOERDL (GBR)
  3. JUAN GUILLERMO MARTINEZ (COL)
  4. BRAM WELTEN (NED)
  5. JURGEN ZOMMERMAAND (NED)
  6. DILION CORKERY (IRE)

 

 

FORMER TSG RIDERS STRENGTHEN BURGOS CHALLENGE AT PLTdL 2025

0
Sainbayar (right)

KUALA LUMPUR, Aug 18 – Two highly experienced former foreign riders who once don Terengganu Cycling Team (TSG) jersey will be the key assets for the Spanish ProTeam, Burgos-Burpellet BH in the PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 (PLTdL25) schedule to be held from September 28 to October 5.

​In the preliminary list of six riders submitted to the PLTdL Secretariat, the team, making its fourth consecutive appearance, has included Merhawi Kudus and Jambaljamts Sainbayar who are well-known to cycling fans in the country.

The team will also retain last year’s King of the Mountain polka dot jersey winner, Mario Aparicio Munoz. Three other riders are David Martin, Georgios Bonglas, and Jose Manuel Diaz Gallego, all of whom have previously competed in the PLTdL.

​PLTdL25 Chief Operating Officer, Emir Abdul Jalal stated that based on the list of six riders, the team appears to be aiming for at least three titles in the eight-stage race.

“Merhawi Kudus, Sainbayar, Aparicio and Gallego are all very experienced and respected climbers. So it’s no surprise that besides aiming for victories in Stage 3 Gerik-Pasir Puteh and Stage 5 Temerloh-Bukit Fraser, they will also be hunting for the overall individual green jersey, the King of the Mountain polka dot jersey and the overall team classification,” said Emir in a media statement today.

Kudus, 31, wore the TSG jersey last year and first made a name for himself after joining MTN-Qhubeka in 2014, where he finished second in the PLTdL overall individual classification.

​During his four years with Qhubeka, his great talent led the rider to join WorldTour teams Astana (2019-2021) and EF Education (2022-2023) where he had the opportunity to compete in the Giro d’Italia (twice), the Tour de France (once) and the Vuelta a Espana (6 times).

Sainbayar, 31, also a respeced climber, wore the TSG jersey for three years (2021-2023) and finished 9th in the overall individual classification at PLTdL22. He also achieved numerous successes at the Asian level before the Mongolian national champion joined Burgos last year.

​Aparicio, 25, has been with Burgos since 2021 and repaid the Spanish ProTeam’s trust by winning the King of the Mountain title at last year’s PLTdL24, accumulating 27 points, 5 points ahead of overall individual champion Max Poole from Team Firmenich PostNL (now Picnic PostNL) in addition to finishing sixth in the overall individual classification.

​Strengthening Burgos’ challenge will be Gallego, 31, an experienced rider who has competed twice in the Vuelta (2022 and 2023) and won the Combativity award twice in that Grand Tour.

​Burgos two sprint specialists this time are the Spanish rider Martin, 26, who rode for the Polti Kometa team in last year’s PLTdL and three-time Greek national champion Bonglas, 35, who made his first PLTdL appearance in 2020 with the Ssios Miogee Cycling Team.

​”Burgos strength this time is likely on the climbing stages, and with four climbers, it will be very interesting to see the team’s strategy each day especially with Kudus, Sainbayar and Aparicio on the hilly routes.

​”With all their experience and ‘insider knowledge of the routes and unpredictable weather in this country, Burgos appears to have a unique strength throughout the eight days of competition,” Emir added.

PLTdL25 will pass through all 12 states in Peninsular Malaysia over eight days, covering a total distance of 1,243.5km, starting in Langkawi Island and ending at KLCC, Kuala Lumpur.

​The ProSeries status tour on the UCI Asia Tour calendar is organised by the Ministry of Youth and Sports (KBS) through the National Sports Council (MSN) with the support of the Malaysian National Cycling Federation (MNCF).

The race will begin in Langkawi Island on September 28 with the first stage covering a distance of 96.5 kilometers (km) followed by Stage 2 from Padang Besar, Perlis to Kepala Batas, Penang (170.1km); Stage 3 from Gerik, Perak to Pasir Puteh, Kelantan (198.2km); Stage 4 from Kuala Terengganu to Kemaman (140.8km); Stage 5 from Temerloh to Fraser’s Hill, Pahang (133.7km); Stage 6 from Shah Alam, Selangor to Port Dickson, Negeri Sembilan (123.4km); Stage 7 from Melaka to Medini, Johor (214.6km) and Stage 8 from Tangkak, Johor to Kuala Lumpur (180.5km) on October 5.

BURGOS-BURPELLET BH RIDER LIST

1.MERHAWI KUDUS (ERI)

2.DAVID MARTIN (ESP)

3.JAMBALJAMTS SAINBAYAR (MGL)

4.MARIO APARICIO (ESP)

5.GEORGIOS BONGLAS (GRE)

6.JOSE MANUEL DIAZ GALLEGO (ESP)

PERTANDINGAN MEWARNA HAPPY BAG MAKIN DAPAT SAMBUTAN

0

SEPANG, 17 Ogos – Di sebalik deruman enjin dan sorakan penonton yang menggegarkan litar, sebuah inisiatif kreatif kini berjaya menarik ramai pengunjung di setiap venue Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia.

Pertandingan mewarna di atas nama ‘Happy Bag’ bukan sahaja menjadi aktiviti sampingan, malah kini menjadi tarikan utama yang dinantikan oleh keluarga dan kanak-kanak.

​Pertandingan tersebut yang baharu diperkenalkan tahun ini dilaporkan sentiasa mendapat sambutan pengunjung di setiap venue Cub Prix setakat ini.

Fenomena ini membuktikan bahawa acara sukan bermotor yang berorientasikan adrenalin juga mampu menyediakan ruang yang santai dan kreatif untuk semua lapisan masyarakat.

​Menurut pengurus promosi dan pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi mereka untuk menarik penonton baharu.

“Kami mahu membawa kelainan agar Cub Prix bukan sahaja dikenali sebagai perlumbaan, tetapi juga sebagai acara riadah hujung minggu untuk seisi keluarga.

“Pertandingan mewarna ‘Happy Bag’ ini telah berjaya mencipta persekitaran yang lebih mesra keluarga dan memberikan aktiviti menarik untuk anak-anak sementara ibu bapa menikmati perlumbaan,” jelas Yvonne.

​Beliau, selaku penganjur, menyatakan rasa bangga melihat sambutan yang sangat memberangsangkan di setiap venue Cub Prix terhadap pertandingan mewarna Happy Bag setakat ini yang bermula di Sepang awal tahun ini diikuti Tangkak, Johor, Sg. Long Kajang, Teluk Intan, Perak, Kuala Terenggnau dan kembali di Sepang pada 16 ogos lalu.

“Kami percaya kreativiti boleh wujud di mana-mana, termasuk di litar perlumbaan.”

​​Seorang ibu, Siti Hajar, 38, yang membawa dua orang anaknya menyertai pertandingan mewarna Happy Bag ke Litar Permotodan Terengganu baru-baru ini, mengakui aktiviti ini amat membantu dan sangat bermakna, sekali gus menyerlahkan bakat yang ada pada semua kanak-kanak.

“Anak-anak saya memang seronok ikut suami menonton perlumbaan, tetapi kadang-kadang mereka cepat bosan. Dengan adanya pertandingan mewarna ini, mereka ada aktiviti yang menyeronokkan dan kami boleh meluangkan masa bersama-sama dengan lebih baik,” katanya.

​Kejayaan berterusan pertandingan mewarna ‘Happy Bag’ ini dilihat sebagai satu penanda aras baharu dalam penganjuran acara sukan, yang mana ia bukan sahaja memberi fokus pada sukan itu sendiri, tetapi juga membina pengalaman bermakna untuk seluruh keluarga.

Setakat ini, hampir 500 kanak-kanak pelbagai kaum tampil menyahut cabaran pada setiap pertandingan mewarna Happy Bag di semua venue Cub Prix.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 3 hingga 6 tahun dan juga kategori 7 hingga 12 tahun.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kedua-dua kategori tersebut berupa wang tunai iaitu RM150 untuk juara; RM100 untuk tempat kedua, RM70 (tempat ketiga) serta RM50 untuk pemenang tempat keempat dan kelima.

Hadiah berupa barangan Cub Prix akan diberikan kepada peserta yang mendapat tempat keenam hingga kesepuluh.

Selepas ini, pertandingan mewarna Happy Bag ini akan diadakan di Litar Lumba Tangkak Johor pada 6 September nanti sempena Pusingan 7 kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia.

Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta hanya perlu mendaftar secara ‘walk-in’ di perkarangan pentas utama Litar Lumba Tangkak.

Latest Article

MISS BORNEO ANTARABANGSA 2026 BAWA INSPIRASI MARTABAT BUDAYA BORNEO

0
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Miss Borneo Antarabangsa 2026 bukan sekadar acara pertandingan kecantikan, sebaliknya hadir dengan aspirasi besar untuk mengangkat warisan budaya dan...