
LEE HUP WEI LEFT IN TEARS AFTER FLOPPING IN THE QUALIFYING ROUND

IT’S A LONG JOURNEY FOR ME – ZII JIA
JDT HAND SELANGOR ANOTHER BEATING, MELAKA UPSET TERENGGANU
JDT ROAR TO A 3-1 WIN OVER UiTM FC
GOAL FEAST IN TERENGGANU
DREAM LIVES ON FOR PENG SOON-LIU YING IN TOKYO
SARAWAK UNITED IS COMING HOME
Elavarasan, is still seething with the poor decision by the match official, but hopes the FA of Malaysia (FAM) will take note of the incident.MALAYSIA SASAR TIGA PINGAT DI OLIMPIK TOKYO
KUALA LUMPUR, 19 Julai – Tiga pingat menjadi sasaran kontinjen negara di Sukan Olimpik 2020 Tokyo yang bermual pada 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Ia diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini.
Daripada jumlah tiga pingat itu, satu daripadanya adalah sasaran emas.
Secara realistiknya, Reezal Merican berkata sukan badminton, berbasikal trek dan terjun menjadi sandaran utama untuk merealisasikan misi di Tokyo sekali gus membawa pulang pingat emas sulung yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama.
“Barisan atlet negara tidak memerlukan tekanan yang berlebihan, tetapi mereka juga tidak mahu dinafikan kemampuan masing-masing malah ada dalam kalangan mereka yang benar-benar mempunyai kesungguhan dan telah menyatakan hasrat ingin mencapai dan menggapai impian membawa pulang pingat,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Terdahulu Reezal Merican mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) secara dalam talian.
Pada edisi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, tiada sebarang sasaran spesifik diletakkan buat kontinjen negara namun Malaysia berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa.

Pada Olimpik kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan.
Pada masa sama, Reezal Merican turut mengumumkan sasaran tiga pingat emas buat kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo sekali gus menyamai pencapaian pada edisi 2016 di Rio de Janiero.
“Sandaran pada sukan olahraga para, powerlifting, badminton dan memanah yang diharap dapat menghasilkan momentum dan prestasi cemerlang di Tokyo,” katanya sambil mengesahkan seramai 22 atlet para negara telah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo dijadual bermula 24 Ogos hingga 5 Sept ini.
Sementara itu, Reezal Merican melihat keputusan meletakkan sasaran kepada kontinjen negara di Sukan Olimpik adalah sebagai satu cara membalas kesungguhan ditonjolkan barisan atlet negara yang memiliki misi berbeza di Tokyo.
Beliau berkata terdapat dalam kalangan atlet negara yang secara peribadi berjumpa dengannya dan meminta untuk diletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) pada temasya sukan tersebut.
Sementara itu, Reezal Merican tanpa mendedahkan angka mengakui perbelanjaan negara dalam mempersiapkan atlet menghadapi temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik berada pada tahap rendah jika dibandingkan dengan negara lain.
SAM VIRTUAL RUN & RIDE SEMPENA SUKAN OLIMPIK 2020 TOKYO
KUALA LUMPUR, July 18 – Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan atlet negara dalam usaha memburu pingat, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan ‘SAM Virtual Run & Ride’.
Penganjuran yang julung kali diadakan ini terbuka kepada umum dan akan berlangsung secara maya selepas mengambil kira penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.
Dua kategori dipertandingkan iaitu larian sejauh 5 Kilometer (km), manakala bagi berbasikal pula, jaraknya adalah sejauh 20km.
Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan yuran sebanyak RM15 bagi setiap peserta.
Para peserta bakal memperoleh E-Certificate dan E-Bip.
Peserta boleh merancang larian dan kayuhan mengikut masa dan waktu dirasakan sesuai sepanjang tempoh penganjuran yang akan berlangsung hampir sebulan bermula pada 18 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021.
Peserta juga perlu merekodkan aktiviti menggunakan apa-apa sahaja jenis aplikasi larian seperti Strava, Garmin, Fitbit, Samsung App dan sebagainya dan menghantar butiran screenshot tracking device sebagai bukti larian.
Para peserta hendaklah menghantar rakaman video bukti larian kepada penganjur bermula 23 Julai nanti.
Sekiranya menggunakan treadmill, peserta boleh menghantar gambar paparan skrin menunjukkan jumlah jarak dan masa aktiviti yang telah dilakukan sebagai bukti larian.
Setiausaha Agung SAM, Asan Ahmad berkata, penganjuran Virtual Run & Ride ini adalah satu usaha persatuan untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia khusus buat peminat-peminat sukan tanah air.
“Penganjuran ini bertujuan untuk memeriahkan suasana Sukan Olimpik dalam kalangan peminat sukan tempatan. Ia antara usaha SAM untuk mengajak rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat sukan supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan atlet-atlet negara di Tokyo nanti.
“Acara ini juga kami anggap sebagai antara usaha SAM menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19,” katanya.
Ayuh, mulakan pendaftaran anda hari ini dalam misi kita untuk memberi sokongan terhadap perjuangan atlet negara di Olimpik Tokyo.
Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di Facebook Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa atau whatsapp 013-3446772 (Rozaidi) atau 013-3063919 (Ammar).
Proses pendaftaran boleh dibuat menerusi link dibawah;
https://cps4.me/sam-run-ride-vr


















