Cabaran Pancing Kuala Lumpur: Amiruddin Mohd Azlan juara raih RM7,000.00

0
2096
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Mohd Nazam Harun (4 dari kiri), bersama penaja kepada pemenang-pemenang.

KUALA LUMPUR: Seorang pemancing dinobatkan juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM7,000 pada Cabaran Pancing Kuala Lumpur (CPKL) sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan @ Kuala Lumpur di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, di sini.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Amiruddin Mohd Azlan, 19 tahun dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000, selain barangan iringan Sunkist, Igloo dan Pure Fishing (M) Berhad.

Dia menaikkan spesies keli seberat 11.385 kilogram (kg) pada jam 10.26 pagi dan menewaskan kira-kira 1,000 peserta.

Amiruddin Mohd Azlan berkata, aktiviti memancing bersama keluarga kali ini membuahkan hasil dan merancang untuk menggunakan hadiah kemenangan itu untuk keperluannya dan meneruskan pertandingan memancing dengan membawa keluarganya setiap kali pertandingan memancing diadakan.

“Kemenangan ini amat bermakna. Saya sangat bersyukur. Ini hadiah buat keluarga saya selain berkongsi kemenangan bersama keluarga.

“Saya harap pertandingan memancing anjuran DBKL dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya di sini, semalam.

Meriah, hampir 1,000 peserta hadir dalam CPKL di Tasik Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Tempat kedua dimenangi Ayub Yusop , 57 selepas menaikkan keli seberat 9.190 kilogram pada jam 11.27 pagi dan membawa pulang RM3,000 manakala ketiga dimenangi Abdullah Mustafa, 65 selepas menaikkan keli seberat 9.155 kg pada jam 12.01 pagi. Dia membawa pulang RM1,000 dan barangan iringan Sunkist, Igloo dan Pure Fishing (M) Berhad.

Hadiah disampaikan oleh , Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Mohd Nazam Harun (Satu dari kanan), bersama penaja kepada pemenang-pemenang.

Pertandingan anjuran DBKL itu bagaikan pesta keli dan patin apabila lebih 30 ekor spesies ikan itu bersaiz antara empat hingga 11 kg, selain lebih 500 ekor pelbagai spesies berjaya dinaikkan kaki pancing.

YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan YBhg. Dato’ Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur membunyi A-Hon sebagai tanda pertandingan memancing CPKL dirasmikan.

Pertandingan kali ini dimulakan pada jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari. Oyoshi ,Igloo dan Pure Fishing (M) Berhad turut memeriahkan acara ini sebagai rakan strategik bersama.

Mohd Nazam berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, selain kehadiran keluarga yang memeriahkan kawasan persekitaran Taman Tasik Metropolitan, Kepong yang dikenali Taman Layang-Layang.

“Pertandingan memancing ini merupakan salah satu acara wajib sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan @ Kuala Lumpur 2020 dilihat berjaya mencapai matlamat menjadikan pertandingan sebagai aktiviti riadah yang sihat bagi warga kota,” katanya.

YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan YBhg. Dato’ Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur diberi penerangan oleh hakim bertugas mengenai spesis keli yang berjaya dinaikkan oleh pemancing.

Dalam waktu yang sama, YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, berkata wajar penganjuran pertandingan memancing diteruskan lagi memandangkan sambutan yang diterima dari kaki-kaki pancing seluruh negara amat mengalakkan.

“Pertandingan memancing di bawah DBKL harus diteruskan lagi tahun hadapan dan sememangnya aktiviti riadah sihat selain merapatkan hubungan silatusrahim di kalangan pemancing ketika ditemui beramah mesra dengan sebahagian kaki-kaki pancing menyertainya selama.

“Malah beliau turut berjaya menaikkan spesis haruan seberat hampir 400 gram selain turut mengetahui rahsia umpan dan teknik memasang umpan dikalangan kaki pancing. katanya lagi.

Perasmian Cabaran Pancing Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan YBhg. Dato’ Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur selain hadir bersama pengurusan tertinggi DBKL.

Jumpa lagi di sambutan Hari Pekerja pulak..

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here