Sukan Tradisional meriahkan Karnival Hari Wilayah Persekutuan @ Kuala Lumpur 2020

0
3241
YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh merasmikan acara Sukan Tradisional dengan melontar buah kelapa dalam acara “Boling Kelapa”

Sukan tradisional yang kian dilupakan mampu menyemai semangat cintakan warisan budaya di samping dapat memberi pendedahan tentang kehebatan permainan rakyat ini.

Sempena Karnival hari Wilayah Persekutuan @ Kuala Lumpur 2020 sukan tradisional turut memeriahkan salah satu acara yang disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi kategori Orang2 Kurang Upaya (OKU) dan Terbuka telah pada 15 Februari 2020 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Puan Hasliza binti Abdul Hamid, Malaysia mempunyai pelbagai permainan rakyat dan tradisional yang dimainkan pada waktu lapang walaupun ia tidak berteknologi namun mampu memberi kenangan.

Acara Terompah Gergasi Terbuka sentiasa dinantikan oleh para peserta.

“Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam diri masyakat Malaysia terutamanya golongan orang-orang kurang upaya.

“10,000 pengunjung capai matlamat dalam program karnival kali ini terdiri daripada para peserta dan pengunjung dalam dan luar negara untuk orang ramai sertai, ujarnya.

Lebih 300 peserta turut mengambil bahagian dalam 20 acara disediakan untuk memberi peluang kepada orang ramai bersama-sama berkumpul dan memeriahkan lagi sambutan Karnival Hari Wilayah Persekutuan 2020.

Antaranya Congkak, Galah Panjang, Batu Seremban, Catur Cina, Dam Aji, Boling Kelapa, Chapteh, Lari Dalam Guni, Terompah Gergasi, Kelereng dan persembahan Tai Chi, Silat dan Silanbam.

Acara catur cina turut mendapat penyertaan ramai dalam acara ini.

Tema ‘Sayangi Wilayahku’ dikekalkan untuk memupuk semangat integrasi nasional dan kesejahteraan yang menjadi penggerak utama agenda memperkasakan perpaduan masyarakat selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.

Pengisian program yang berelemen perpaduan dan kesejahteraan adalah untuk menyemarakkan semangat, rasa sayang serta sokongan rakyat Wilayah Persekutuan terhadap inisiatif Kerajaan.

Diharapkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat memupuk semangat cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan seiring dengan tema sambutan, “Sayangi Wilayahku”.

Jumpa lagi di tahun hadapan.

 

Golong OKU turut bersaing dalam acara kelereng yang disediakan.

 

Para pemenang sukan OKU bersama Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Puan Hasliza binti Abdul Hamid turut diraikan.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here