AZLAN JUARA CABARAN JORAN MBSJ 2022

0
939
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Azlan yang menjuarai Cabaran Memancing MBSJ 2022.
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar (tengah) bersama para pegawai MBSJ membunyikan A-Hon sebagai tanda perasmian Cabaran Joran MBSJ 2022 semalam

SUBANG JAYA, 6 November – Seorang pekerja swasta tidak menyangka minat memancing telah membawa tuah kepadanya apabila menyapu bersih hadiah utama pada Cabaran Joran MBSJ 2022 yang berlangsung di Taman Rekreasi Wawasan, Puchong, Subang Jaya.

Azlan Abdul Rahman, 39, dari Kuala Lumpur tidak menyangka tiga ekor ikan lee koh seberat 1.070kilogram, 0.900gram dan 0.680gram yang berjaya dinaikkannya dengan menggunakan umpan dedak membolehkan dia membawa pulang hadiah berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM7,500, sekali gus menewaskan 500 peserta lain yang menyertai cabaran tersebut.

Bagi Azlan, kemenangannya itu memang tidak disangka malah berasa terkejut kerana dia menyertai pertandingan berkenaan sekadar untuk memnuhi minatnya selain ajakan daripada kawan-kawan.

Azlan menyapu bersih hadiah utama pada cabaran memancing MBSJ.

“Saya terkejut tiga ekor ikan lee koh yang berjaya saya naikkan tidak dapat dipintas oleh mana-mana peserta lain. Saya bersyukur atas kemenangan ini.

“Saya anggap ini rezeki kami sekeluarga dan saya akan gunakan hadiah kemenangan ini sebaik mungkin,” katanya selepas pertandingan berkenaan di Subang Jaya semalam.

“Saya harap penganjuran ini dapat diteruskan kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama mereka,” katanya lagi.

Sebagian dari 500 peserta yang hadir semalam

Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari itu turut disertai oleh kaki-kaki pancing dari luar Selangor termasuk Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Melaka.

Sementara itu, Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar berkata, penganjuran Cabaran Joran MBSJ 2022 merupakan langkah bijak memandangkan ia membantu mempromosikan Taman Rekreasi Wawasan Puchong sebagai kawasan pelancongan secara tidak langsung.

Cabaran Joran MBSJ turut disertai para peserta dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Melaka.

“Saya terkejut dengan sambutan daripada para kaki pancing terhadap pertandingan ini. Sambutan sangat menggalakkan malah sasaran penyertaan lebih 500 berjaya dicapai.

Beliau berpuas hati kerana kemuncak penutup program “Karnival Bandar Raya Subang Jaya” 2022 melibatkan lain-lain acara antaranya pertandingan mewarna dan Kejohanan Woodball Intercity berjalan dengan cukup meriah.

Seorang peserta membawa ikan leko untuk di timbang di meja hakim.

“Saya berharap pertandingan seumpama ini akan diteruskan lagi di tahun hadapan di Taman Tasik Puchong Perdana pula.,” katanya.

Program anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ini bertujuan mempromosikan sukan memancing di kalangan kaki pancing serta sebagai satu platform untuk mempromosikan Taman Rekreasi Wawasan, Puchong kepada penduduk sekitar.

 

 

 

 

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here