CABARAN JORAN MBSJ DI TAMAN REKREASI WAWASAN, PUCHONG, AHAD INI.

0
1118
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar (tiga dari kiri) bersama barisan tertinggi MBSJ melepaskan 500 kilogram pelbagai spesis patin, rohu dan pacu dalam Cabaran Joran MBSJ, Ahad ini.

SUBANG JAYA: Cabaran Joran MBSJ 2022 meriahkan 27 acara yang disediakan sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya 2022, ulang tahun kedua pada 30 Oktober 2022, bertempat di Taman Rekreasi Wawasan, Puchong, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Ahad ini.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar (depan) melepaskan 500 kilogram pelbagai spesis ikan Ahad ini

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar, berkata pertandingan itu merupakan salah satu acara yang dimasukkan dalam aktiviti karnival selain mempromosikan dan mempopularkan Taman Rekreasi Wawasan ini sebagai satu destinasi untuk beriadah dan tarikan terbaru di kawasan komuniti di Subang Jaya amnya.

Katanya, juara akan membawa pulang RM3,000 bersama piala, naib juara (RM1,500),

tempat ketiga (RM1,000), keempat dan kelima (RM200), manakala tempat keenam hingga ke-8 masing-masing menerima RM100, ke-11 hingga ke-40 menerima RM50.

Manakala hadiah khas ikan keli dan tilapia turut disediakan dari tempat pertama hingga ke enam melibatkan hadiah wang tunai.

Spesies patin, rohu dan pacu seberat 600 gram hingga empat kilogram melibatkan hampir 500 kilogram menunggu kaki pancing Ahad ini selain spesis sedia ada antaranya Haruan, Patin, Toman, Rohu, Ikan Bandaraya, Belida, Puyu, Tongsan, keli dan Tilapia.

“Pertandingan ini buat julung kali diadakan di tasik ini dan sememangnya dinantikan peminat-peminat kaki pancing di sekitar Subang Jaya yang sentiasa menunggu cabaran ini.

“Penyertaan turut dialu-alukan kepada kaki pancing luar dari Negeri Sela

Petugas MBSJ turut melepaskan pelbagai spesis ikan antara patin, pacu dan rohu untuk Cabaran Joran MBSJ, Ahad ini.

ngor sekali gus memeriahkan suasana selaras usaha MBSJ mempromosikan Taman Rekreasi Wawasan, sebagai satu destinasi untuk beriadah dan melestarikan kawasan taman hijau ini.

“Pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Subang Jaya dengan aktiviti sihat,” katanya sewaktu majlis pelepasan 500 kilogram pelbagai spesis ikan pagi tadi, hari ini.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dilakukan Sabtu ini, bermula jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya jam 6.30 pagi hingga waktu pertandingan.

Sebanyak 200 baju T akan diedarkan secara percuma kepada peserta terawal, selain peserta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh penganjur.

Datuk Johary berkata, selain aktiviti joran, acara pertandingan mewarna kanak-kanak dan Kejohanan Woodball Intercity turut diadakan bagi memeriahkan kemuncaknya ‘Karnival Bandar Raya Subang Jaya”.

Taman Rekreasi Wawasan, Puchong, Subang Jaya tunggu penyertaan anda , ahad ini

“Seruan penduduk terutamanya kawasan kinrara yang berhampiran taman ini dapat hadir dan memeriahkan acara-acara yang telah disediakan nanti,” katanya

Maklumat lanjut, layari laman sosial Facebook.com/jorankl atau hubungi urus setia di talian 013-2667011, 013-3052811 atau 0122846811.

Jangan lupa layari juga  Laman Sosial MBSJ, https://www.facebook.com/MBSubangJaya 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here