REBUT RM23,000 DI TAMAN TASIK METROPOLITAN, KEPONG, KL AHAD INI.

0
1365
Majlis pelepasan ikan telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah TM Wilayah Tengah, Jasni bin Abdullah (tengah) dan Ketua Unit Kebudayaan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, Mohamed Fauzi bin Ahmad (dua dari kiri) spesis tongsan dan leko untuk Cabaran Memancing Keluarga Malaysia Ahad ini.

KUALA LUMPUR: Hadiah termasuk wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM23,000 menanti peserta cabaran memancing Keluarga Malaysia 2022, Ahad ini.

Pertandingan yang diadakan di Tasik Metropolitan Kepong atau dikenali Taman Layang-Layang itu dijangka disertai 700 peserta.

Penolong Pengarah TM Wilayah Tengah, Jasni bin Abdullah berkata melalui program Cabaran Memancing Keluarga Malaysia ini berharap dapat kita tingkatkan promosi pelancongan domestik sebagai usaha merancakkan lagi ekonomi negara.

“Jadi program ini bertujuan memberi motivasi dan sokongan kepada penggiat industri pelancongan di Kuala Lumpur bagi merangsang pertumbuhan semula industri pelancongan di ibu kota terutamanya tasik-tasik di Kuala Lumpur sebagai riadah sihat bersama keluarga merapatkan silaturahim di kalangan keluarga dan komuniti setempat bagi berdiri teguh untuk keluarga Malaysia,” katanya.

“Aktiviti bertemakan ‘Keluarga Malaysia” itu sememangnya dinantikan kaki pancing khususnya di ibu kota.

Dijangka disertai 700 peserta meriahkan Cabaran Memancing Keluarga Malaysia, Ahad ini

“Tasik ini menjadi sebutan kaki pancing apabila dalam pertandingan sebelum ini lebih 600 ekor ikan dinaikkan kaki pancing antaranya tilapia, patin, belida, toman, keli, ketutu serta ikan bandar raya dengan berat antara 100gram hingga 10 kilogram.

“Selepas tiga tahun tiada pertandingan di sini ia kembali lagi dan tidak akan

menghampakan pemancing di tasik ini daripada warga kota,” katanya ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu antaranya tongsan dan leko dengan berat antara tiga kilogram hingga lima kilogram hari ini.

Jasni berkata, sambil memancing, peserta juga berpeluang beriadah serta menikmati keindahan kawasan tasik bersama keluarga.

“Matlamat kita dalam menggalakkan pelancongan domestik tercapai apabila melibatkan kehadiran pelancong dari luar ke Kuala Lumpur amnya.

Beliau berkata, juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM7,000, naib juara (RM2,000), ketiga (RM1,000), ke 4 hingga ke-10 (RM200), Ke 11 hingga 20 (RM150) dan tempat ke-21 hingga 100 (RM100 setiap seorang).

Taman Tasik Metropolitan Kepong mempunyai keunikan tersendiri kerana pelbagai spesies ikan termasuk patin, tongsan, rhu, tilapia dan toman dengan berat antara lapan hingga 20 kilogram menanti kaki pancing.

“Hadiah khas untuk pemenang Ikan keli turut disediakan sehingga ditempat ke sepuluh serta hadiah cabutan bertuah antaranya TV LED 43 inci serta barangan peralatan memancing menanti peserta”.Ianya dianjurkan bersama Nadi Media Events dan DBKL turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia.

Yuran RM50 dikenakan untuk sebatang joran dan 500 penyertaan awal akan menerima T-Shirt sumbangan penaja.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini mulai jam 2  petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Selain itu, ia juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Kuala Lumpur dengan aktiviti sihat.

Ketua Unit Kebudayaan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, Mohamed Fauzi bin Ahmad berkata, Taman Tasik Metropolitan Kepong mempunyai keunikan tersendiri kerana pelbagai spesies ikan termasuk patin, tongsan, rhu, tilapia dan toman dengan berat antara lapan hingga 20 kilogram menanti kaki pancing.

Antaranya, taman rekreasi terbesar di ibu negara, Taman Metropolitan Kepong dengan keluasan 90 hektar menyediakan pelbagai kemudahan riadah, tasik yang luas dan bersantai terutama bermain layang-layang,”katanya.

Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau melayari laman sosial facebook.com/jorankl.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here