DR. MASZLEE LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN

0
588

KUALA LUMPUR, 2 Jan 2020 – Hari ini merupakan hari pertama musim persekolahan untuk tahun 2020.

Begitupun, ia disusuli dengan berita yang agak mengejutkan gara-gara keputusan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk meletak jawatan.

Pengumuman tersebut diadakan di pejabat beliau di Putrajaya kira-kira pada pukul 4.30 petang tadi.

Menurut Dr. Maszlee, 45, keputusan tersebut dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Surat peletakan jawatannya juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini.

Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa esok, 3 Januari.

Dr. Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, mula menerajui kementerian tersebut pada 21 Mei 2018.

Dalam perkembangan lain, Tun Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa 3 Januari 2020.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas khidmat yang telah disumbangkan oleh Dr. Maszlee selama menjadi anggota kabinet.

Menurut kenyataan itu lagi, pengganti Dr. Maszlee akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here