E-PEMBELAJARAN: SMARTUAL AI AKAN PASTIKAN TIADA PELAJAR TERSISIH

0
990

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Portal e-Pembelajaran Smartual AI, penyedia khidmat pembelajaran atas talian berciri maju, tangkas dan mesra pengguna akan memasuki pasaran dengan pelbagai ciri teknologi komunikasi pintar serta jaringan informasi global bermula September ini.

Sistem Pengurusan Pembelajaran Berkepintaran Buatan berciri maju ini dibangunkan oleh syarikat tempatan AI Smartual Learning Sdn. Bhd. bersama tenaga pakar IT yang prihatin dan berpandangan jauh terhadap keperluan akses pembelajaran atas talian untuk komuniti pelajar, guru dan ibu bapa serta sektor korporat dan masyarakat umum masa kini.

Pengasas Smartual, David Cheng ketika majlis pra-pelancaran Smartual AI dan Bengkel Pengurusan Portal Smartual di Kuala Lumpur hari ini memberitahu, selain menyediakan kandungan pembelajaran berkualiti yang menepati kurikulum pendidikan Malaysia, portal global e-Pembelajaran AI Smartual mengenengahkan konsep ‘ Tiada Pelajar Yang Tersisih ‘ dalam mendapatkan ilmu.

Pengasas Smartual, David Cheng
Pasukan Smartual AI yang berpengalaman luas dalam penyediaan kandungan juga membuka peluang kepada tenaga pengajar di institusi pendidikan yang mempunyai minat tinggi dan cintakan ilmu untuk bersama-sama Smartual membawa pelajar yang ketinggalan dari segi kemudahan ke dalam jaringan informasi tanpa sempadan platform ini.
Guru-guru berkemahiran tinggi dan mesra IT, katanya boleh menyertai komuniti guru pembelajaran maya Smartual.
Berkonsepkan langit tanpa sempadan dan pasaran terbuka, Smartual mensasarkan 1,000 guru bakal menyertai komuniti pintar Smartual AI dalam fasa pertama pengukuhan perkhidmatannya.
Smartual akan menjadi portal pelbagai platform dalam teknologi e-Pembalajaran negara dan menjadi pemain global dengan ciri-ciri maju AI yang dipertingkat secara progresif dari masa ke masa antaranya capaian informasi dari rangkaian lebih 6,000 sumber perpustakaan dan arkib muzium terpilih dunia.

Sumber capaian maya ini akan memberi satu pengalaman baru kepada

Platform pintar AI Smartual boleh diakses setiap masa di mana jua kita berada menggunakan peranti mobile atas desktop melalui pilihan IOS, Adroid, tablet, laman web dan pelbagai lagi dengan mudah dan lancar.

pelajar pendalaman Malaysia misalnya untuk mengakses artifak muzium di Sepanyol atau keratan akhbar berusia lebih 100 tahun di arkib negara-negara Eropah sebahagai bahan rujukan dan pembelajaran bersesuaian.

Pada masa kini Smartual AI menyediakan kelas atas talian oleh guru-guru terpilih dan berpengalaman secara berkumpulan atau individu, bank soalan peperiksaan, kurikulum standard dan pembelajaran abad ke-21 yang disediakan oleh pakar-pakar kandungan berkemahiran tinggi.
Platform pintar AI Smartual boleh diakses setiap masa di mana jua kita berada menggunakan peranti mobile atas desktop melalui pilihan IOS, Adroid, tablet, laman web dan pelbagai lagi dengan mudah dan lancar.
Smartual juga akan menjadi portal epembelajaran yang dapat menggabungkan pelbagai ciri maju di dalam sistem pengurusan pembelajaran tanpa sempadan antara guru, pengajar dan ibu bapa dalam lingkungan sistem eko dalaman yang tersendiri.
Melalui Program Royalty yang akan diperkenalkan dalam fasa berikutnya pula, AI Smartual membolehkan semua guru, pembekal dan penyedia kandungan serta penerbit-penerbit bahan cetak memuat naik kandungan mereka ke portal Smartual untuk jualan atas talian atau mengenakan caj untuk kandungan setiap kali diakses.
Pendamik COVID-19
Portal berciri maju dan mudah diadaptasi dengan kepantasan teknologi maklumat ini memasuki pasaran ketika pengguna khususnya para pelajar di tahun peperiksaan sedang tercari-cari sumber maklumat yang meluas dan pantas setelah sistem pembelajaran konvensyenal direncat oleh pendamik Covid-19 sejak Mac 2020.
Bertepatan dengan permintaan pasaran yang mahukan akses maklumat meluas dari sumber tanpa sempadan, Smartual AI menampilkan alternatif terbaik untuk para pelajar sekolah menengah khususnya yang sedang membuat persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) pada Januari tahun depan.
Smartual AI menyediakan platform e-pembelajaran global dengan capaian meluas terutama pelajar yang sukar mendapatkan sumber rujukan akademik untuk menghadapi peperiksaan.
Bank Soalan Peperiksaan Smartual akan membantu pelajar mengulangkaji dan menjawab soalan-soalan dengan mudah dan mendapat jawapan pemarkahan dengan segera.
Bagi yang menghadapi masalah mendapatkan guru tuisyen, Smartual menyediakan rangkaian guru-guru kelas maya bagi melengkapkan kaedah pembelajaran mereka. Pelajar dan ibu bapa
boleh memilih tarikh, masa, subjek dan had jam memasuki kelas mengikut kesesuaian masa pelajar dan guru.
Setelah mengenalpasti guru mana yang dipilih untuk mengajar topik dan subjek, pelajar akan memilih kadar bayaran yang realistik ditetapkan oleh guru-guru.
“ Permintaan dan penawaran ” berlaku atas talian dan inilah antara ciri-ciri hebat Smartual AI selain boleh menganalisis prestasi murid juga guru dengan menyediakan kad laporan prestasi boleh diakses oleh ibu bapa, “ tambah David Cheng.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Smartual secara simboliknya memerdekakan dunia pembelajaran konvensyenal dengan aplikasi digital atas talian untuk seluruh komuniti pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awal tahun depan di samping membuka horizon baru sumber pendapatan kepada guru-guru.
Dalam kepesatan teknologi informasi masa kini, Smartual bakal menjadi teman global yang boleh diakses dalam pelbagai bahasa dunia oleh pelajar dan guru.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here