LIGA SUPARIMAU PERLU AMBIL KIRA FAKTOR KESELAMATAN PEMAIN

0
2147

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan Liga Superimau dilihat sebagai satu keputusan bijak dalam usaha untuk merancakkan lagi aktiviti bola sepak di peringkat akar umbi.

Ia akan menjadi platfom buat para pemain berusia antara 8 hingga 16 tahun untuk mengasah bakat mereka selain merasai suasana pertandingan yang kompetitif.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa liga akar umbi terbesar yang sedang rancak dijalankan ini, bakal memberi sinar dan harapan terhadap masa depan bola sepak negara.

Walaupun baharu diperkenalkan, liga yang dipantau oleh Bahagian Akar Umbi FAM ini telah mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan dan tahun ini, lebih 400 pasukan tampil menyahut cabaran.

Sesuaikah para pemain yang mendapat kecederaan menerima rawatan dalam suasana yang serba tidak lengkap?

Begitupun, ketika liga semakin rancak berjalan, ada beberapa isu yang dipersoalkan oleh pasukan-pasukan yang terlibat.

Pertamanya adalah berkenaan isu padang dan juga jadual perlawanan.

Isu seperti jadual perlawanan yang dijalankan pada waktu tengah hari mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada para pemain terlibat apabila keadaan padang rumput tiruan terlalu panas dan memungkinkan pemain boleh terkena stroke haba.

Lokasi padang yang dipilih juga dikatakan tidak sesuai dan tidak selamat digunakan untuk beberapa kategori umur khususnya bawah 14 dan 16 tahun terutamanya di kawasan Lembah Kelang.

Keadaan tepi padang yang dilihat agak membahayakan buat pemain-pemain muda yang boleh mengakibatkan kecederaan jika terjatuh.

Ekoran masalah padang yang tidak sesuai, beberapa pemain bawah umur 14 dan 16 tahun  telah mendapat kecederaan ketika perlawanan dijalankan.

Lokasi padang yang digunakan, jadual perlawanan pada waktu puncak tengah hari amat tidak sesuai kerana terlalu panas dan ia perlu dikaji semula sebelum perkara yang lebih buruk berlaku kepada para pemain yang terlibat.

Pihak penganjur perlu menitikberatkan persediaan padang yang lebih selamat seperti tiada barang atau struktur lain berdekatan dgn kawasan perlawanan.

Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Penganjur perlu sensitif dengan isu kesihatan dan keselamatan supaya para pemain boleh beraksi dengan lebih selesa.

Pembangunan bola sepak bukan sekadar menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi, tetapi kemudahan yang digunakan perlu diambil kira juga agar pemain-pemain muda dapat menonjolkan bakat mereka yang sebenar.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here