PENDUDUK DALAT BERDEPAN TEKANAN AIR PAIP RENDAH

0
1157

 

MUKAH, 8 Jan Р Tekanan air paip rendah telah mengundang resah para penduduk di Kampung Seberang Dalat.

ABDUL JALIL

Masalah tersebut turut dialami para penduduk di dua lagi penempatan berdekatan iaitu Kampung Brunei dan Kampung Baru.

Dalat merupakan salah sebuah daerah dalam kawasan Parlimen Mukah di Sarawak.

Keadaan itu dikatakan berlaku ekoran kegagalan pam di Loji Rawatan Air Sungai Kut tidak berfungsi dengan baik.

Berikutan masalah itu, ada dalam kalangan penduduk terpaksa berbelanja besar untuk memasang pam di rumah mereka bagi meningkatkan tekanan air untuk kegunaan harian di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, bagi penduduk yang kurang berkemampuan, mereka terpaksa bersabar dengan masalah yang mereka hadapi sejak sekian lama itu.

Difahamkan peruntukan sudah disediakan kerajaan negeri untuk menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Kut.

Namun, penduduk tidak pasti bila projek itu akan dilaksanakan.

Menurut Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang, pada 4 Jun 2018, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg ketika melawat loji rawatan itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM34 juta untuk kerja menaik taraf bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah di Dalat.

Kerja-kerja menaik taraf loji rawatan di Sungai Kut dikatakan akan siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan selepas pengumuman itu, namun selepas dua tahun, ia masih belum berfungsi.

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here