FUTSAL: 20 PEMAIN DIPANGGIL SERTAI LATIHAN PUSAT

0
995

 

KUALA LUMPUR, 8 Jan – 20 pemain mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan skuad futsal negara sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Futsal Antarabangsa Thailand 2020 yang dijadualkan berlangsung di Songkhla pada 2 hingga 8 Februari depan.

Sepanjang kem latihan itu nanti, mereka akan dikendalikan oleh ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong (gambar atas).

Latihan pusat itu akan bermula pada 23 Januari ini dan 14 pemain terbaik akan mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.

Kejohanan di Songkhla itu bakal disertai pasukan tuan rumah, Thailand, Iraq, Kuwait, Qatar dan Turkmenistan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, enam pasukan yang beraksi pada kejohanan tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Thailand menganjurkan kejohanan jemputan itu sebagai medan ‘pemanas badan’ menjelang pusingan akhir Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Ashgabat, Turkmenistan, pada Mac nanti.

Malaysia tidak layak ke kelompok 16 pasukan terbaik Asia selepas gagal meraih tiga slot bagi zon ASEAN apabila terkandas di peringkat kumpulan pada saingan Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 di Vietnam, Oktober lalu.

INFO
Berikut senarai 20 pemain ke kem latihan pusat:
Azrul Hadee Mohd Taufiq          (Selangor)
Syed Aizad Daniel Syed Nasir     (Selangor)
Muhammad Azri Rahman             (Selangor)
Muhammad Fariq Mohammad          (Selangor)
Muhammad Saad Abdul Sani         (Melaka)
Muhammad Ekmal Shahrin           (Melaka)
Mohamad Danial Abdul Dain        (Melaka)
Muhammad Syafiq Hamzah           (Pahang)
Abu Haniffa Hasan                (Pahang)
Khairul Effendy Mohd Bahrin      (Pahang)
Saiful Nizam Mohd Al             (Pahang)
Mohd Azwann Ismail               (Pahang)
Ahmad Harith Naim Mohd Nasir     (Pahang)
Muhammad Syawal Sabaruddin       (Perak)
Mohd Ridzwan Bakri               (Perak)
Mohamad Awalluddin Mat Nawi      (Perak)
Muhammad Farikh  Rahman          (Perak)
Muhammad Azamuddin Hasan         (Kuala Lumpur)
Iqhmal Najmie Ismail             (Pulau Pinang)
Ahmad Akil Khalis Adli Khairuz   (Terengganu)

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here