RM7,000 menanti pemenang Cabaran Pancing Kuala Lumpur 2020

0
1236

 

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Seramai 1,000 peserta dijangka memenuhi Taman Tasik Metropolitan Kepong hujung minggu ini (16 Februari) sempena pertandingan Cabaran Pancing Kuala Lumpur (CPKL) 2020 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Karnival Hari Wilayah Persekutuan 2020 @Kuala Lumpur 2020.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, hadiah keseluruhan berjumlah RM21,000 menanti para peserta bagi acara berkenaan.

Menurutnya, dengan adanya program tersebut, pihaknya berharap dapat meningkatkan lagi semangat serta rasa cinta kepada Wilayah Persekutuan, sekali gus membantu mengukuhkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan warganya.

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 diikuti RM3,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000.

“Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200, pemenang tempat ke-11 hingga 100 menerima RM100 setiap seorang,” jelas Nazam.

Pada cabaran itu kelak, dua tasik akan dibuka untuk kepuasan para kaki pancing yang hadir kelak dan paling menarik, semua spesis ikan akan dikira dalam pertandingan tersebut.

Bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut, pihak penganjur turut mendapat sokongan daripada syarikat Sunkist, Igloo dan Pure Fishing yang tampil selaku selaku rakan strategik.

“Taman Tasik Metropolitan, Kepong, mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, belida dan toman bersaiz 10 hingga 15 kilogram menanti kaki pancing,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir pada acara melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di Taman Tasik Metropolitan, Kepong itu.

Nazam berkata, yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan sebanyak 800 penyertaan awal layak menerima satu botol air sumbangan penaja .

Katanya, pendaftaran boleh dilakukan kaunter urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini (15 Februari) bermula pukul 1 tengah hari hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut, para kaki pancing boleh layari laman facebook JORANKL atau hubungi urus setia di talian 013-266 7011, 012-3554946 dan 012-284 6811.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here