TUAH UMPAN CACING, SEORANG ANGGOTA TENTERA BAWA PULANG RM10,000

0
836
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada para pemenang semalam.

PORT DICKSON, 5 Nov – Seorang anggota tentera berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 selepas menjuarai pertandingan memancing Jom Ngail Keli 2023 yang berlangsung di Kolam Desa PD, Rantau hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd Faizal Ramli turut hadir di Kolam Desa PD.

Mohd Sahrilza Yazid, 35, dari Port Dickson berjaya menaikkan seekor ikan keli seberat 6.750 kilogram (kg) hanya dengan menggunakan umpan cacing.

Timbang, jangan tak timbang. Seorang peserta menimbang ikan keli dimeja hakim.

Beliau yang langsung tidak menyangka mampu mengalahkan hampir 500 peserta lain menjeaskan hadiah kemenangan itu akan dikongsi bersama ahli keluarganya.

“Kemenangan ini amat bermakna dan saya sangat bersyukur.

“Saya harap pertandingan memancing anjuran Kolam Desa PD dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya.

Sementara itu tempat kedua menjadi milik Mohd Azuhan Zainal, 29, selepas berjaya menaikkan ikan keli seberat 6.610kg .

Dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga dimenangi Mardi Hassan, 42, yang turut berjaya menangkap spesis ikan yang sama seberat 6.600kg.

Para peserta yang berjaya menaikkan pelbagai spesis ikan pada pertandingan di Kolah Desa PD.
Sebahagian daripada 500 kaki pancing yang hadir untuk bertanding di Kolam Desa PD.

 

 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd Faizal Ramli.

Mohd Faizal berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, antaranya Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor selain kehadiran ahli keluarga yang memeriahkan Jom Ngail Keli tahun ini.

Seorang peserta membawa ikan keli ke maja hakim untuk ditimbang.

“Pertandingan memancing Jom Ngail Keli ini wajar diteruskan memandangkan sambutan yang diterima daripada kaki-kaki pancing seluruh negara amat mengalakkan.

“Lebih 300 ekor pelbagai spesies berjaya dinaikkan oleh kaki pancing kali ini antaranya Keli, Jelawat, Rohu, Baung dan Talapia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kolam Desa PD, Muhammad Hafiz Sheikh Taufik berkata dengan sambutan menggalakkan ditunjukkan peserta, beliau yakin pertandingan itu mencapai matlamat yang ditetapkan.

Katanya, menerusi pertandingan dengan tema ‘Jom Ngail Keli’, ia dilihat dapat menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here