HARITH FARHAN MAKIN GARANG

0
1908

KUALA TERENGGANU, 1 Okt – Pelumba Tune Boss Pink Racing (TBPR), Mohd Harith Farhan Baharin semakin garang.

Hari ini, Harith tampil dengan penuh yakin apabila muncul pelumba kedua terpantas pada sesi kelayakan kelas CP125 saingan Pusingan 5 kejuaraan Cub Prix Malaysia yang berlangsung di Litar Lumba Terengganu Gong Badak.

Meskipun ia masih di peringkat kelayakan, tetapi pelumba asal Terengganu itu memperagakan gaya tunggangan yang mantap, sekali gus menamatkan sesi tersebut dengan kepantasan 52.159 saat (s) sepusingan.

Ia petanda baik bahawa Harith berkemungkinan bakal menghadiahkan sesuatu buat pasukannya jika prestasi jenteranya terus berada dalam keadaan stabil menjelang perlumbaan sebenar esok.

Esok dia akan bersaing dalam sesi Shoot-Out untuk penentuan kedudukan petak.

Pada aksi Pusingan 3 di Litar Sepang Utara dua minggu lalu, Harith berjaya meraih tempat ketiga – yang merupakan kejayaan podium pertama buat pasukan TBPR.

Sesi kelayakan hari ini menyaksikan pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli tampil terpantas dengan catatan masa 51.897s.

Dua lagi pelumba TBPR dalam kelas CP125 adalah Saiful Azhary Muhammad dan Siti Norafizah Mohamad yang masing-masing menghuni kedudukan ke-13 dan ke-22 terpantas.

Saiful yang baharu menyertai pasukan TBPR menamatkan pusingan kelayakan itu dengan catatan masa 52.896s.

Pada aksi Pusingan 4 dua minggu lalu, Saiful berjaya menduduki tempat keenam – keputusan yang dilihat positif pada penampilan pertamanya dengan TBPR.

Norafizah atau Fifi kurang bernasib baik hari ini kerana terjatuh dan dia mengalamI kecederaan ringan di bahagian tangannya.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here