BADMINTON JUNIOR KEBANGSAAN 2020: MYISHA UNGGULI PERSEORANGAN PEREMPUAN

0
1239

BUKIT KIARA, 13 Okt – Myisha Mohd. Kamarul (gambar) menamatkan saingan peringkat kumpulan A dikedudukan teratas dengan 3 mata selepas mengharungi tiga perlawanan pada kejohanan badminton Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 100PLUS 2020 yang berlangsung di Stadium JUara Bukit Kiara hari ini.

Pada perlawanan terakhir, pemain kelahiran Johor ini menundukkan pilihan pertama, Khor Jin Wen dalam aksi tiga set untuk menang 21-18, 22-24, 24-22.

“Lawan saya agak kepenatan kerana bermain tiga set pada sebelah pagi dan saya manfaatkan peluang ini untuk menewaskannya.

“Saya perlukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan kerana tahun lepas saya berada di tangga kedua. Secara keseluruhannya, masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki dalam usaha untuk memantapkan lagi gaya permainan,” jelas Myisha.

Dalam kumpulan B pula, Ong Xin Yee memimpin carta kedudukan selepas mengumpul 4 mata.

Begitupun, kedudukannya masih belum selesa kerana Siti Nurshuhaini Azman yang berada dikedudukan kedua sudah mengumpul tiga mata dengan satu perlawanan lagi untuk diharungi.

Perseorangan perempuan kumpulan C pula dikuasai Carmen Ting yang mengumpul 3 mata manakala kumpulan D diungguli Shaheena Shahidi denganyang  3 mata, 1 mata di depan Noraqilah Maisarah Ramdan

Bagi kategori perseorangan lelaki pula memperlihatkan kesabaran Ong Zhen Yi terbalas apabila merampas kedudukan pendahulu daripada Ong Ken Yon.

Ia susulan kekalahan 22-24, 10-21 Ong Ken Yon kepada Jacky Kok Jing Hong pada perlawanan sesi petang manakala Ong Zhen Yi mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan V Poopathi 21-11, 21-13.

“Selepas lama tidak bermain, saya agak kekok ketika mengharungi perlawanan pertama. Saya tidak mahu beri tekanan terhadap diri sendiri dan hanya kekal fokus sepanjang perlawanan,”kata Ken Yon.

Eogene Eewe Eon pula mendominasi kedudukan bagi kumpulan B selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua empat perlawanan setakat ini, sekali gus mengumpul 4 mata, 1 mata mengatasi Muhd. Adam Shah.

Lok Hong Quan mengungguli kumpulan C manakala Lim Wei Hou mengetuai carta bagi kumpulan D.

Bergu lelaki pula masih kekal didominasi pasangan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe yang masih gah mengekalkan rekod tanpa kalah selepas beraksi tiga perlawanan termasuk kemenangan straight set ke atas Choi Jian Sheng-Wong Vin Sean 21-17, 21-10 pada perlawanan sesi petang.

Terdahulu, mereka menang ke atas gandingan Kok Jia Cheng-Ooi Yi Hern dalam pertarungan tiga set 21-14, 19-21, 21-7 yang berlangsung di sebelah pagi.

Manakala bergu perempuan pula menyaksikan gandingan Cheng Su Yin-Goh Pei Kee mendominasi carta selepas menang ke atas Cheng Sui Hui-Xin Jie Lee 21-11, 21-13.

Tiga pemain teratas perseorangan lelaki dan dua pemain teratas bagi kategori perseorangan wanita di setiap kumpulan akan layak beraksi ke peringkat ‘playoff’ dan akan beraksi dengan pemain-pemain senior.

Kejohanan ini merupakan yang pertama seumpamanya dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain-pemain remaja selepas dibenarkan kembali menjalani latihan secara berperingkat di ABM pada Julai lalu.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here