BADMINTON: PEMAIN PILIHAN KUASAI SAINGAN PADA HARI PEMBUKAAN

0
883

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Pemain-pemain pilihan menepati ramalan selepas melakar kemenangan dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan pusingan play-off Kejohanan Badminton 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Saingan bagi kumpulan A dan B kategori perseorangan lelaki menyaksikan V. Poopathi dan Eogene Ewe Eon mengungguli dua kedudukan teratas selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Begitupun, Poopathi dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Dylan Ooi Ding Sheng straight set 21-19, 22-20.

“Kemenangan hari ini amat bermakna untuk menaikkan semangat serta tahap keyakinan saya dalam usaha untuk mengukuhkan lagi corak permainan dalam perlawanan seterusnya.

“Walaupun bermain dengan baik, saya agak gugup kerana di awal permainan saya banyak melakukan kesilapan tetapi berjaya mengawal keadaan,” kata Poopathi.

Eogene pula agak kehilangan rentak di set pertama, namun bangkit dalam dua set berikutnya untuk menundukkan Anson Cheong 18-21, 21-16, 21-11.

“Dalam set pertama rentak saya agak teruk dan banyak beri ruang kepada lawan untuk mencari mata, namun saya bangkit dalam dua set berikutnya untuk memenangi perlawanan tadi.

“Keadaan fizikal saya juga lebih baik berbanding pertandingan dua minggu lalu dan akan cuba tingkatkan lagi untuk perlawanan seterusnya,” kata Eogene.

Sementara itu, Siti Nurshuhaini Azman dan Khor Jing Wen pula mengetuai cabaran bagi kategori perseorangan perempuan peringkat kumpulan A dan B.

Jing Wen bermula dengan langkah kanan selepas menundukkan Loh Zhi Wei straight set 21-7, 22-20.

“Saya berikan apa yang telah dilakukan sepanjang sesi latihan dan ia ternyata berkesan.

“Kemenangan ini memberikan tekanan tetapi saya akan tetap mencari kemenangan dalam setiap perlawanan serta mahu kekal dalam kumpulan A,” kata Jing Wen.

Siti Nurshuhaini pula tidak berdepan masalah untuk menundukkan Joanne Ng May Yin  dalam aksi pembukaan dengan kemenangan straight set 21-11, 21-9.

“Permainan saya agak konsisten kerana berjaya membaca cara permainan pemain lawan. Kemenangan ini pastinya memberi keyakinan kepada saya untuk memburu kemenangan dalam perlawanan seterusnya,” kata Nurshuhaini.

Dalam perlawanan lain, Ferdinan Ramno dan Low Han Cheng tampil cemerlang selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam saingan kumpulan B dan C bagi kategori perseorangan lelaki.

Ferdinan menang ke atas Lok Hong Quan 21-16, 24-22 sementara Low Han Chen dipaksa bertarung tiga set sebelum menundukkan Aaron Tai 15-21, 21-14, 21-7.

Bagi saingan kumpulan B dan C kategori perseorangan perempuan pula menyaksikan kemenangan memihak kepada Carmen Ting yang menewaskan Tan Shen Thing 17-21, 21-8, 21-10 sementara Oo Shan Zi menundukkan Chong Jie Yu 18-21, 21-11, 21-10.

Kejohanan Play-off 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 bermula pada 4 hingga 6 November berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara.

Sejumlah24 pemain yang terdiri daripada dua pemain terbaik bagi kumpulan B, C dan D perseorangan lelaki dan perempuan akan menentang dua pemain tercorot bagi kumpulan A, B, C dan D yang bersaingan pada kejohanan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 Oktober lalu menerusi format round robin.

Mereka kembali beraksi pada pusingan play-off kali ini untuk menentukan ranking masing-masing.

Pertandingan ini dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain-pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Julai lalu.

Keputusan Perlawanan Play-off

Kumpulan C dan D Perseorangan Perempuan
Noraqilah Maisarah Ramdan – Tan Zhing Hui (Walkover)
Shaneesa Shahidi lwn Wong Lily (21-15, 21-16)

Kumpulan C dan D Perseorangan Lelaki
Kee Is Qian lwn Lee Yen Wei (21-19, 13-21, 21-17)
Kong Teck Joon lwn V, Tamilarasukumar (21-9, 21-12)

Kumpulan B dan C Perseorangan Perempuan
Carmen Ting lwn Tan Shen Thing (17-21, 21-8, 21-10)
Oo Shan Zi lwn Chong Jie Yu (18-21, 21-11, 21-10)

Kumpulan B dan C Perseorangan Lelaki
Low Han Chen lwn Aaron Tai (15-21, 21-14, 21-7)
Ferdinan Ramno lwn Lok Hong Quan (21-16, 24-22)

Kumpulan A dan B Perseorangan Perempuan 
Khor Jing Wen lwn Loh Zhi Wei (21-7, 22-20)
Siti Nurshuhaini Azman lwn Joanne Ng May Yin (21-11, 21-9)

Kumpulan A dan B Perseorangan Lelaki
V. Poopathi lwn Dylan Ooi Ding Sheng (21-19, 22-20)
Eogene Ewe Eon lwn Anson Cheong (18-21, 21-16, 21-11)

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here