GANDINGAN PEARLY-THINAAH MANTAP

0
687

 

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan langkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Ia hasil kemenangan ke atas rakan senegara, Anna Cheong Ching Yik-Lim Chiew Sien 21-15, 21-10 pada aksi pusingan pertama.

Ia boleh dianggap sebagai penyelamat buat skuad beregu wanita negara yang tampil agak suram pada kejohanan kali ini.

Gandingan Pearly-Thinaah yang telah menampilkan rentak permainan cemerlang ketika mengharungi cabaran pada pusingan kelayakan dua hari lalu merupakan satu-satunya wakil wanita negara yang masih meneruskan perjuangan pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Satu lagi pasangan wanita negara, Teoh Mei Xing-Yap Ling terkandas seawal pusingan pertama lagi selepas mudah dijinakkan beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 19-21, 14-21.

Mengulas kemenangan pada aksi pusingan pertama itu, Thinaah menjelaskan bahawa mereka sudah mengetahui corak permainan lawan mereka dan ia memudahkan tugas untuk meraih kemenangan.

“Anna dan Chiew Sien merupakan rakan sepelatih dan kami berlatih bersama setiap hari. Kami sudah tahu tahap kemampuan mereka dan ia memudahkan tugas untuk merancang strategi permainan. Selain itu, prestasi kami juga berada pada tahap terbaik hari ini,” jelas Thinaah.

Menurut Thinaah, 21, kemenangan tersebut menjadi pembakar semangat buat mereka untuk mengharungi saingan pusingan kedua nanti berdepan beregu dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Gandingan dari Indonesia itu merupakan pilihan kelapan pada kejohanan kali ini.

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here