JUNE WEI KECEWAKAN DAREN

0
630

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Pemain muda negara terus mempamer aksi  mantap pada hari kedua kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam acara perseorangan lelaki. Cheam June Wei memastikan rekod kemenangan 100 peratus selepas tiga perlawanan sekaligus memimpin carta.

Pada aksi hari ini, June Wei melakar kemenangan straight set 21-18 , 21-11 ke atas pemain profesional Liew Daren.

“Saya tidak boleh kata perlawanan mudah kerana dia berjaya mengikat kedudukan 17 sama di set pertama.

“Tetapi saya nampak dia semakin penat dan ia menjadi peluang untuk saya mencipta kemenangan dan matlamat saya di pertandingan ini adalah untuk memburu slot ke Piala Thomas,” kata June Wei.

Cheam June Wei akan menentang Leong Jun Hao pada perlawanan sesi petang nanti.

Mengekori rapat juara Divisyen 2, Leong Jun Hao yang dipaksa bertarung tiga set sebelum menundukkan Aidil Soleh Ali Sadikin 7-21, 21-17, 21-16.

Jun Hao kini menghuni tangga ketiga, berkongsi dua mata dengan Lee Zii Jia selepas tamat saingan disebelah pagi.

Perseorangan wanita menyaksikan penguasaan Soniia Cheah yang terus mengungguli carta dengan dua kemenangan diraih setakat ini.

Beliau bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila tewas di set pertama sebelum bangkit dengan kemenangan 19-21, 21-10, 21-17 ke atas Eoon Xi Xuan.

“Cara permainan saya agak berbeza kerana jurulatih mengubah corak permainan saya dan masih memerlukan masa untuk menyesuaiakan diri,” kata Soniia.

Satu lagi aksi perseorangan wanita, menyaksikan Lee Ying Ying melakar kemenangan ke atas K. Letshanaa 17-21, 21-16, 21-10.

Aksi beregu lelaki kumpulan A menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerajui carta kedudukan selepas meraih kemenangan ketiga dengan menewaskan Ching Kai Feng-Lwi Sheng Hao 21-9, 21-16.

Satu lagi gandingan Teo Ee Yii-Ong Yew Sin mengekori rapat dengan dua mata selepas melakar kemenangan kedua dengan menewaskan Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 21-18, 21-15.

Beregu lelaki kumpulan B pula memperlihatkan kebangkitan Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk memburu dua kedudukan teratas sekaligus melangkah ke separuh akhir.

V Shem-Wee Kiong melakar kemenangan kedua selepas menundukkan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong dalam pertarungan tiga set, 21-18, 16-21, 21-17.

“Permainan kami semakin baik pada hari ini tetapi masih memerlukan penambahbaikan untuk memperbaiki kesalahan kesalahan yang tidak sepatutnya.

“Kami perlu menang perlawanan terakhir esok jika mahu ke separuh akhir,” kata V Shem.

 Kumpulan B diungguli Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus selepas dua perlawanan termasuk kemenangan straight set ke atas Chen Tang Jie-Nurfirdaus Azman 21-14, 21-17.

Dua beregu teratas dalam kumpulan A dan B akan beraksi di peringkat separuh akhir manakala bagi kategori perseorangan lelaki, perempuan, bergu wanita dan bergu campuran, dua pemain atau pasangan bergu terbaik akan beraksi di pentas final.

Saingan beregu wanita masih menjadi milik pasangan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean.

Mereka mencatat kemenangan kedua selepas menundukkan gandingan Pearly Tan Koong Le-M Thinaah  dalam pertarungan tiga set, 21-10, 19-21, 21-14 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan.

Satu lagi aksi beregu wanita menyaksikan Anna Cheong Ching Yik-Toh Ee Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan Teoh Mei Xing-Yap Ling dengan kemenangan 17-21, 21-15, 21-15

KEPUTUSAN PERLAWANAN – SESI PAGI

PERSEORANGAN LELAKI

Cheam June Wei  – Liew Daren (21-18, 21-11)

Leong Jun Hao  – Aidil Soleh Ali Sadikin (7-21, 21-17,  21-16)

Ng Tze Yong – Lim Chong King (21-14, 21-17)

PERSEORANGAN WANITA

 Sonia Cheah – Eoon Qi Xuan (19-21, 21-10, 21-17)

Lee Ying Ying – K Letshanaa (17-21, 21-16, 21-10)

BEREGU LELAKI – KUMPULAN A

Aaron Chia/Soh Wooi Yik – Ching Kai Feng/Lwi Sheng Hao (21-9, 21-16.)

Ong Yew Sin/Teo Ee Yi – Ooi Jhy Dar/Yap Roy King (21-18, 21-15)

BEREGU LELAKI – KUMPULAN B

Goh V Shem/Tan Wee Kiong – Low Hang Yee/Ng Eng Cheong                                  (21-18, 16-21, 21-17)

Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani – Chen Tang Jie/Nurfirdaus Azman (21-14, 21-17)

BEREGU WANITA

Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean – Pearly Tan Koong Le/M Thinaah (21-10, 19-21, 21-14

Anna Cheong Ching Yik/Toh Ee Wei – Teoh Mei Xing/Yap Ling – (17-21, 21-15, 21-15)

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here