KETIKA RAMAI SUDAH GULUNG TIKAR, MENTERI BARU NAK CADANG?

0
636

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Hari ini Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu memuatnaik posting mengatakan kementeriannya telah mencadangkan pembukaan semula sektor sukan (outdoor) dan gimnasium kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini dalam masa negara masih di bawah pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik Covid 19.

Ahmad Faizal digesa untuk memandang lebih serious permasalahan besar dengan implikasi jangka panjang yang sangat merisaukan terhadap industri sukan.

Ini kerana sudah lebih setahun sektor akar umbi dan pembangunan bagi hampir semua sukan telah tergendala akibat penularan wabak Covid 19 dan sekatan berikutan PKP.

Bukan sahaja kebanyakan sukan peringkat akar umbi dan pembangunan remaja tidak dapat menjalankan altiviti dan kejohanan, yang mana kebanyakannya hanya bergantung kepada latihan terkawal bagi mematuhi SOP ditetapkan kerajaan, tetapi pengusaha-pengusaha industri sukan rata-ratanya terjejas teruk.

Malah sudah banyak gimnasium dan gelanggang-gelanggang sukan persendirian telah gulung tikar, manakala yang tinggal pun sudah nazak akibat berbulan-bulan tidak dapat beroperasi.

Jika keadaan ini dibiar berpanjangan tanpa ditangani, ia akan membawa implikasi buruk kepada sukan negara.

Ini kerana kesinambungan pembangunan dari akar umbi ke sektor pembangunan remaja yang terjejas, akan mengakibatkan sektor elit menerima padahnya kemudian.

Ketika perhatian seluruh negara serta media arus perdana hanya bertumpu kepada bintang-bintang elit negara yang baharu selesai bertanding di Olimpik dan Paralimpik,  Ahmad Faizal digesa mengalihkan pandangan sebentar ke arah keadaan dalam sektor yang jauh kurang glamour dan perhatiannya ini, kerana keadaan sudah amat mendesak.

Bukan sekadar cadangan, tetapi tindakan pantas amat diperlukan. Solusinya boleh dimulakan dengan perlonggaran dengan pematuhan SOP bagi sukan peringkat ini boleh diaktifkan segera. – AK

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here