ROYAL SELANGOR UMUM KERJASAMA DENGAN ERACING GP

0
516
Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li (kiri) dan Pengasas Axle Sports, Alex Yoong (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang siri perlumbaan eRacing GP.

KUALA LUMPUR, 10 Nov –  Royal Selangor dan Axle Sports dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan eRacing GP yang kini semakin berkembang dalam sukan lumba simulator di rantau ini, sekali gus meneruskan pencarian bakat-bakat baharu di Asia Tenggara.

Tahun ini, eRacing GP dan Royal Selangor bakal menyaksikan kerjasama antara mereka membuahkan hasil dengan penganjuran tiga kejohanan iaitu Edisi Global yang sangat popular dalam kalangan pelumba sukan simulator.

Mereka akan bersaing perlumbaan pecut (Sprint Edition) yang akan dibahagikan mengikut kelas Professional dan Amatur.

Edisi perlumbaan Endurance pula menampilkan pelumba-pelumba terbaik di rantau Asia
Tenggara dalam persaingan jentera GT3 untuk kejuaraan kelas Professional dan Professional-Amatur.
Perlumbaan Edisi Global musim ke-10 bermula pada 4 November lalu sementara perlumbaan akhir bagi Edisi Perlumbaan Endurance dan Pecut dijadual pada 10 dan 16 Disember nanti.
“Kami amat kagum melihat peningkatan prestasi para pelumba dalam saingan eRacing pada kejuaraan kali ini. Mereka yang bermula dari kelas novis pada tahun 2020 kini sudah setaraf dengan kelas premier sementara ramai lagi pelumba telah membuktikan kebolehan mereka untuk bersaing dalam perlumbaan peringkat antarabangsa.
“Justeru, ia membuktikan bahawa para pelumba telah menggunakan kemahiran dalam sukan lumba simulator dipraktikkan sepenuhnya ke arah memenangi perlumbaan yang sebenar”, kata Pengasas eRacing GP dan Axle Sports, Alex Yoong.
Tahun 2020 telah menyaksikan Naquib Azlan (gambar kiri) yang bermula sebagai pelumba sukan simulator telah menjuarai Festival Toyota Gazoo Racing Vios Challenge Rookie 2021 serta kejuaraan Sporting 2022.
Mengikut jejak langkah abangnya, Nabil Azlan juga menunjukkan prestasi mengkagumkan dengan menjuarai kejuaraan Rookie tahun ini.
Baru-baru ini, eRacing GP sudah diperkenalkan pada FIA Motorsport Games di Marseilles,
Perancis yang mana para pelumba berentap mewakili negara masing-masing pada saingan yang dianggap sebagai Olimpik Sukan Permotoran.
Dua pelumba Malaysia, Alister Yoong bersaing dalam kelas KCMG Formula 4 manakala Naquib berlumba bagi kejuaraan Fanatec Esports.
Tidak ketinggalan juga penampilan alumni pelumba eRacing GP iaitu Aleef Hamilton dari Singapura, Philippa Boquida dari Australia dan Presley Martono dari Indonesia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li berkata: “Kami amat berbangga dengan kerjasama yang telah dibentuk sejak 2019 bersama Axle Sports. “Kerjasama ini amat bermakna bagi kami untuk meneruskan initiatif dalam melahir dan memupuk semangat kesukanan dalam persekitaran yang kompetitif dan sihat”.
Pemenang bagi setiap kategori eRacing GP akan menerima sebuah trofi yang direka khas oleh Royal Selangor.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here