SELAMAT JALAN HAZIQ, MOGA TENANG DI SANA

0
591

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Hubmedia ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Haziq Kamaruddin yang telah kembali ke ramahtullah di hospital Kajang awal pagi tadi.

Pemergian Allahyarham disahkan rakan sepasukannya, Zulfadhli Ruslan menerusi laman sosial Facebook miliknya pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 27 tahun merupakan atlet senior memanah negara dan pernah beraksi dalam dua Sukan Olimpik iaitu di London 2012 dan Rio de Jeneiro 2016.

Sebelum ini, Allahyarham yang berasal dari Johor Baharu telah banyak mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Iran serta Sukan SEA 2015 Singapura dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan negara dan sukan memanah khususnya.

Hubmedia mendoakan moga roh Allahyarham Haziq ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al Fatihah (dibaca) – ‘Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali’.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here