TPR KEMBALI KE GELANGGANG

0
745

TANGKAK, 13 Mei (Jumaat) – Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 sudah lebih sebulan berehat sebaik selesai aksi pusingan pembuka musim di Litar Sepang Utara pada Mac lalu.

Tempoh rehat itu adalah bagi memberi ruang kepada warga Cub Prix untuk menunaikan ibadah puasa, sekali gus meraikan Hari Raya Aidil Fitri.

Minggu ini kejuaraan nasional itu kembali menggoncang gelanggang dengan Litar Lumba Tangkak dipilih sebagai destinasi untuk mementaskan saingan Pusingan 2. Ia berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Menariknya, orang ramai juga dibenarkan untuk membanjiri litar bagi menyaksikan aksi-aksi hebat yang bakal dipertontonkan oleh barisan pelumba negara kelak.

Begitupun, para penonton tetap diingatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan walaupun kerajaan sudah memberi kelonggaran terhadap peraturan Covid-19 sejak 1 Mei lalu.

Minggu ini siangan pasti sengit kerana para pelumba sudah agak lama ‘bercuti’.Sebahagian besar meluahkan perasaan yang sama iaitu ‘sudah tidak sabar untuk turun berjuang’.

Situasi ini juga turut dirasai barisan pelumba Tobaki Pink Racing (TPR).

Krew dan pelumba TPR tiba di Tangkak hari ini dan seperti biasa – tugas pertama mereka adalah menyedikan khemah yang akan menjadi ‘rumah’ mereka selama dua hari di Litar Lumba Tangkak nanti.

Unit kejuruteraannya pula memberi tumpuan untuk menyiapkan jentera para pelumba yang akan menjadi senjata mereka di gelanggang perlumbaan nanti.

Para pelumba pula menghadiri sesi taklimat berkaitan peraturan yang perlu dipatuhi ketika mengharungi perlumbaan nanti.

Apa kata barisan pelumba TPR menjelang saingan Pusingan 2 di Tangkak hujung minggu ini:

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan memberi lebih fokus terhadap perlumbaan” – Mohd Harith Farhan (Pelumba kelas CP125)

“Saya berasa semakin yakin dan akan berjuang untuk meraih kemenangan. Saya berharap saingan kali ini memberi kelebihan kepada saya kerana beraksi di gelanggang sendiri” – Saiful Azhari Muhamad (Pelumba kelas CP125)

“Sasaran saya adalah untuk memperbaiki catatan yang lebih baik berbanding pencapaian pada Pusingan 1 sebelum ini” – Nur Dini Uzma Abdullah, 17 tahun (Pelumba kategori Wira)

“Saya akan berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik…insyaAllah” – Mohd Irfan Danish Mohd afran, 14 tahun (Pelumba kategori Wira)

“Saya akan fokus untuk memberi saingan dan berharap dapat mencapai keputusan yang lebih baik buat pasukan” – Danny Mikhail Hairul Fauzi, 16 tahun (Pelumba kategori Wira)

Betul ke macam ni cara memasangnya….
Chief fokus dengan kerja-kerja menyiapkan jentera.
Eh…kenapa pasang terbaik tu?
Semangat kerjasama kunci utama TPR
Hey! I’m the boss.

Bincang strategi utnuk perlumbaan Ahad ini.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here