YAMAHA Y15ZR HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CP HAPPY BAG DI JASIN BESTARI

0
459

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Bandar Jasin Bestari, Melaka akan menjadi venue bagi aksi pembuka tirai kejuaraan Petronas Cub Prix MAM Malaysia musim 2024.

Kejuaraan motosikal tertua negara itu dijadualkan berlangsung pada 2 dan 3 Mac ini.

Ia sudah pastinya menjadi kebanggaan buat warga Jasin dan Melaka khususnya, kerana sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah kejuaraan berprestij ini selepas kejayaan menganjurkan perlumbaan Pusingan 3 kejuaraan yang sama pada Mei tahun lepas.

Kejuaraan tahun ini bakal tampil lebih hebat terutamanya dengan kemunculan beberapa pasukan baharu, dan perkembangan ini sudah pasti akan memberi kepuasan kepada para penonton khususnya para peminat sukan permotoran dua roda.

Untuk menyerikan lagi saingan di Jasin pada 2 dan 3 Mac nanti, beberapa acara sampingan turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi memberi kepuasan serta hiburan kepada para pengunjung yang datang menyaksikan perlumbaan pembuka musim itu kelak.

Antara acara sampingan yang bakal diadakan termasuk gerai-gerai jualan makanan dan minuman, khemah-khemah promosi daripada para penaja kejuaraan yang turut menjual produk keluaran masing-masing.

Tarikan utama sudah pastinya jualan Cub Prix Happy Bag serta beraneka jenis cenderahati Cub Prix termasuk baju-T untuk dewasa dan kanak-kanak, topi, alat pemegang kunci, payung dan lain-lainnya.

CP Happy Bag yang telah mendapat sambutan luar biasa daripada para pengunjung musim lalu, akan dijual pada harga RM65 satu set dan beg tersebut mengandungi baju-T edisi terhad, minyak pelincir Petronas Sprinta, minuman bertenaga Ranger dan juga stiker Cub Prix.

Seperti biasa, untuk setiap pembelian satu set CP Happy Bag, para pengunjung akan mendapat satu kupon cabutan bertuah manakala untuk pembelian dua set, mereka akan diberikan tiga kupon cabutan bertuah.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng (gambar), untuk saingan di Jasin Bestari nanti, hadiah utama cabutan bertuah CP Happy Bag adalah sebuah motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Yamaha Y suku.

“Beberapa hadiah menarik yang lain turut disediakan untuk para pemenang cabutan bertuah CP Happy Bag.

“Jika anda mahu membawa pulang sebuah motosikal, pastikan membeli CP Happy Bag di booth CP Happy Bag sepanjang perlumbaan Cub Prix di Jasin Bestari nanti”, jelas Yvonne.

Majlis cabutan bertuah akan diadakan pada hari Ahad, pukul 5 petang di pentas utama.

Aktiviti lain yang turut diadakan adalah Jom! Berselfie di Cub Prix.

Caranya mudah sahaja yang hanya memerlukan para pengunjung merakam gambar kenangan atau berselfie dengan BERLATAR BELAKANG booth CP Happy Bag atau mana-mana booth para penaja kejuaraan ini di setiap pusingan atau venue.

Gambar selfie tersebut hendaklah DIMUATNAIK dalam akaun sosial media Instagram atau Tik Tok masing-masing dengan tajuk “Momen di Cub Prix 2024” dan setiap peserta merupakan FOLLOWER akaun sosial media msiancubprix dan CP Happy Bag.

Setiap posting harus HASHTAG msiancubprix (IG); CP_HappyBag (IG) dan cphappybag (Tik Tok).

Posting boleh dibuat bermula pada hari Sabtu iaitu hari pertama perlumbaan di setiap pusingan kejuaraan Cub Prix.

LIMA posting pertama yang mendapat 100 LIKES akan menerima hadiah Baju-T eksklusif manakala yang berikutnya akan menerima hadiah saguhati.

Sebaik mendapat 100 LIKES, para peserta boleh menuntut hadiah masing-masing di booth CP Happy Bag sama ada pada hari Sabtu atau Ahad.

Penuntutan hadiah akan ditutup pada pukul 4 petang hari Ahad iaitu hari final perlumbaan Cub Prix.

Ayuh!  Rakam momen anda ketika menyaksikan perlumbaan Cub Prix di setiap venue perlumbaan sepanjang musim ini.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here