ZAQHWAN ZAIDI AKHIRI ZAMAN BUJANG

0
662

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakhiri zaman bujangnya apabila melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan, Nurul Fazlin Abdullah hari ini.

Majlis persandingan mereka berlangsung di Dewan Tengku Zara Kajang, Selangor malam ini.

Nurul Fazlin antara individu yang menjadi pencetus semangat terhadap karier Zaqhwan yang sentiasa setia menemani dalam setiap perlumbaan yang disertainya.

Zaqhwan, 24, merupakan juara keseluruhan kelas SS600cc pada musim 2014 dan 2016 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Pada musim ini, dia menutup saingan di ARRC dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan kelas ASB1000cc.

Zaqhwan yang mengalas cabaran pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA turut melakar sejarah apabila membantu pasukan tersebut muncul naib juara pada Kejuaraan Endurance Dunia (EWC)-Sepang 8 Hours 2019 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 14 Disember lalu.

Antara tetamu yang menghadiri majlis persandingan Zaqhwan malam ini adalah sahabat handai serta ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Turut hadir adalah penolong pengurus pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA, Zulhelmi Ahmad, bekas pelumba MotoGP negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, motovlogger Rider Helmet Pink serta rakan-rakan seperjuangan dalam sukan permotoran.

Kru hubmedia.my mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada Zaqhwan dan Nurul Fazlin moga kekal hingga ke jannah.

 

 

 

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here