UPM PERBAIKI KEDUDUKAN DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2021.

0
1067

Kedudukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam QS World University Rankings 2021, melonjak ke tangga 132 universiti terbaik di dunia berbanding tangga 159 tahun lepas.

Menurut Naib Canselor UPM, Datuk Dr Aini Ideris, ia merupakan peningkatan secara berterusan selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia.

Beliau berkata kejayaan itu turut menyaksikan prestasi UPM naik dalam hampir semua indikator yang dinilai, dengan indikator pelajar antarabangsa meraih markah tertinggi, selari dengan usaha UPM dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa melalui pelbagai program pengantarabangsaan.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here