PETALING JAYA, 24 Feb – Pemancing dari Shah Alam, Mohd Farid Napie, 39, muncul juara pada pertandingan memancing PJ Joran 2025 selepas berjaya menawan ikan patin seberat 13.305 kilogram(kg).
Pertandingan yang berlangsung di Tasik Bandaran Kelana Jaya anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta piala.
Acara yang sudah memasuki edisi keenam sempenan Tahun Melawat Selangor 2025 itu telah mendapat penyertaan daripada 600 peserta dari seluruh semenanjung.
Mohd Farid ketika ditemui menjelaskan bahawa kemenangan ini adalah hasil pengalamannya yang telah berkecimpung dalam pertandingan memancing selama 12 tahun.
“Saya tidak menyangka dapat menjinakkan ikan patin seberat 13kg ini kerana umpan yang saya pakai hanyalag roti kosong sahaja. Saya sangat bersyukur,” katanya.
Sementara itu, tempat kedua disandang oleh M. Dani Hakim Mohd Naim, 14, yang berjaya membawa pulang RM3,000 selepas berjaya menaikkan spesisi ikan kap rumput seberat 6.895kg.
Tempat ketiga pula dengan hadiah wang tunai RM1,000 dimenangi oleh Siew Yew Choe, 54, dengan hasil tangkapan kap rumput seberat 6.205kg.
Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan.
KUALA LUMPUR, 19 Feb – Lebih 100 juadah menanti anda di Kelab Golf Tasik Puteri (TPGCC) sepanjang Ramadan ini bermula 3 Mac hingga 28 Mac.
Bertemakan Selera Nostalgia, TPGCC meneruskan konsep iftar dalam suasana nyaman di lapangan golf berkenaan bagi tahun kedua selepas mendapat sambutan luar biasa tahun lalu.
“Kami sediakan bilik berhawa dingin dan laman terbuka kepada tetamu untuk merasai suasana nyaman serta damai berlatarbelakangkan alam semulajadi dan siulan unggas”, jelas Pengurus Besar TPGCC, Nor Affendi Mohd Razlan.
Selera Nostalgia itu akan menampilkan konsep makanan serta juadah warisan tradisi dan bagi mereka yang membuat tempahan awal, bakal menikmati harga serendah RM68 untuk dewasa dan RM30 (kanak-kanak).
Harga biasa adalah RM78 dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak.
Dengan mendapat sentuhan daripada Chef Selebriti S.Mageswaran dibantu Chef berpengalaman TPGCC Saiful Rizal, sudah pasti menu seperti kambing bakar, gulai kawah, pelbagai sup serta ulam-ulaman akan menjadi pilihan para pengunjung.
Tidak dilupakan bubur lambuk Pahang sentuhan Chef Ifa.
Selera Nostalgia juga menyajikan Claypot Yee Mee dan pelbagai variati Mee Kantonis serta tidak pelbagai hidangan untuk kanak-kanak.
Tetamu iftar juga akan dihiburkan oleh alunan lagu-lagu irama tradisional oleh kumpulan Ghazal Nitrusanda yang pasti akan menambah keterujaan bersantai iftar di TPGCC.
Selain program iftar Selera Nostalgia, TPGCC juga menawarkan pakej istimewa kepada pemain golf dengan harga serendah RM150 untuk 18 lubang dan RM80 untuk 9 lubang pada hari biasa sepanjang Ramadan nanti manakala RM220 untuk 18 lubang dan RM95 untuk 9 lubang pada hujung minggu.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-6034 4724 atau 017-548 0010.
PETALING JAYA, 19 Feb – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM21,300 menanti para pemenang pada Pertandingan Memancing Petaling Jaya Joran 2025 (PJ Joran 2025) yang bakal berlangsung pada Ahad ini di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya.
Acara yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merupakan antara agenda sempena sambutan Tahun Melawat Selangor 2025.
Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan, berkata pertandingan ini telah memasuki edisi keenam dan sentiasa mendapat sambutan luar biasa daripada para pemancing sekitar Lembah Klang.
“Sebanyak 600 penyertaan disasarkan pada tahun ini dan ia terbuka kepada semua kakai pancing. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai destinasi riadah domestik.
“Pemenang utama bakal membawa pulang RM6,000 berserta piala manakala naib juara menerima RM3,000 dan tempat ketiga pula bakal menerima RM1,000. Hadiah wang tunai turut diberikan kepada peserta di tempat keempat hingga ke-100,” katanya.
Bagi menarik lebih ramai peserta, tiga tasik dibuka dengan semua spesies ikan dipertandingkan.
Pada tahun 2023, peserta yang menaikkan ikan patin seberat 5.72 kilogram telah dinobatkan sebagai juara dan diharapkan ada pemancing yang berjaya menaikkan ikan lebih besar tahun ini.
Yuran penyertaan adalah RM60 bagi setiap joran dan pendaftaran boleh dilakukan pada hari Sabtu jam 4 petang hingga 10 malam serta pada hari pertandingan mulai 6.30 pagi sehingga pertandingan bermula.
Sebanyak 400 helai baju-T percuma akan diberikan kepada peserta terawal, selain cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif hadir memberikan sokongan kepada peserta terutamanya peserta Orang Kurang Upaya (OKU) dalam acara Larian Dalam Guni.
KUALA LUMPUR – Kemeriahan dan gelak tawa mewarnai Dataran Merdeka pada Sabtu lalu apabila Sukaneka Tradisional berlangsung bersempena dengan program KUL Vibes 2025.
Acara yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 bagi mengeratkan ukhuwah dan memupuk semangat perpaduan.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Izwan Razif Salehaped bagi kategori terbuka.
Perasmian program disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif yang turut meluangkan masa menyaksikan pertandingan berlangsung.
Sebanyak 10 permainan tradisional dipertandingkan dalam dua kategori iaitu Terbuka dan Orang Kurang Upaya (OKU). Antara acara yang mencuri tumpuan ialah lari dalam guni, tapak gajah, boling kelapa, tarik upih dan terompah gergasi.
Acara pancing botol sentiasa ditunggu-tunggu oleh para peserta terutamanya peserta OKU (Kerusi Roda) berusaha untuk menaikkan botol.
Suasana menjadi lebih gamat dengan sorakan penyokong apabila peserta menunjukkan aksi lucu dan penuh semangat dalam setiap pertandingan.
Menurut seorang peserta, program ini mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali permainan tradisional.
Larian dalam guni…Meriah acara ini bagi kategori terbuka yang sentiasa mendapat tempat dihati para peserta dan penonton.
“Seronok sangat! Dulu main dengan kawan-kawan di kampung, sekarang boleh ajak anak-anak pula untuk cuba permainan ini,” katanya.
Dalam kategori Terbuka, pasukan Lalalitamplom dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang RM1,500, diikuti Dak Dak Hafest (RM800), Geng Lengoi (RM500) dan Five GL (RM300).
Bagi kategori OKU, pasukan Well Done memenangi RM1,000, diikuti Best (RM700), Sugee (RM500), dan Pelangi (RM300).
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Izwan Razif Salehaped bagi kategori OKU.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Izwan Razif Salehaped.
Penganjuran sukaneka ini mendapat sambutan menggalakkan dan membuktikan bahawa permainan tradisional masih relevan serta mampu menyatukan masyarakat.
Acara Kelereng bagi kategori OKU – Kerdil menunjukan kesungguhan untuk membawa rim ke garisan penamat.
DBKL berharap program ini terus menjadi platform untuk meperkukuhkan perpaduan dan mempromosikan budaya di Wilayah Persekutuan, khususnya di Kuala Lumpur.
Dengan kejayaan KUL Vibes 2025, diharapkan acara seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar nilai warisan permainan tradisional terus dipelihara.
EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bersama pemenang selepas menyempurnakan perasmian penutupan Fiesta Joran Selangor 2025 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu Selangor pada 9 Februari 2025.
KUALA KUBU BHARU – Seorang pemandu, Muhammad Roduan Musrati, 35, dari Ampang, Selangor apabila dinobatkan selaku juara pertandingan memancing Fiesta Joran Selangor (FJS) di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahru, Selangor pada Ahad lalu.
Kejayaannya menaikkan ikan patin seberat 9.865 kilogram(kg) kira-kira jam 11.10 pagi membolehkan dia memenangi hadiah wang tunai RM8,000 pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM22,400.
Peserta melihat sendiri timbangan ikan patin yang berjaya didaratkan dipusat timbangan hakim.
Menurut Muhammad menyifatkan tuah buatnya menggunakan roti pandan disambar ikan patin yang memaksa dia mengambil masa lebih 12 minit sebelum dapat menaikkan ikan tersebut.
Katanya, beliau selalu mengikuti pertandingan memancing lebih 10 tahun sejak dahulu lagi tidak pernah patah semangat walaupun kecundang namun rezekinya kali ini berjaya membuahkan hasil.
“Ini sudah rezeki saya dan rasa terkejut setelah menunggu hampir 10 tahun untuk naik ke podium utama baru hari ini membuahkan hasil dan tidak tahu nak buat apa” ujarnya.
Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim.
Pertandingan anjuran Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd merupakan salah satu acara yang disediakan kepada warga Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertemakan ‘#SuprisingSelangor” menyaksikan sebanyak 385 ekor ikan pelbagai spesis berjaya dinaikkan peserta.
EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim menyempurnakan majlis penutupan Fiesta Joran Selangor 2025 dengan membunyikan A-Hon sebagai tanda tamatnya pertandingan memancing di Tasik Fraser Villey, Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Tempat kedua dimenangi Mohd Farid Napie, 39, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur apabila berjaya menaikkan ikan patin seberat 8.730 kg untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga menjadi milik Mohd Shahrul Ruslan, 40, dari Seremban, negeri Sembilan juga menaikkan patin seberat 8.210 kg menerima RM1,000.
Sementara itu, FJS itu disertai 710 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.
Dalam pada itu, Ng Suee Lim berkata FJS 2025 menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan 710 pemancing berbanding sasaran 500 peserta.
Menurutnya, program dengan kerjasama swasta itu membuktikan aktiviti memancing mendapat tempat dan berpotensi menjadi tarikan pelancong.
“Kita terkejut dengan sambutan yang amat baik daripada pemancing. Ini membuktikan memancing mendapat perhatian dan berpotensi untuk tarik pelancong luar,” katanya.
Fiesta Joran Selangor 2025 menawarkan hadiah keseluruhan RM22,400 dengan yuran penyertaan RM50.
710 peserta hari memberi sokongan penganjuran Fiesta Joran Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
“Acara Fiesta Joran Selangor bertujuan untuk mempromosi pelancongan dan ekonomi tempatan, terutamanya sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
“Acara ini diharap dapat memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
FJS 2025 turut dimeriahkan dengan program sampingan yang menarik untuk pengunjung seperti jualan buah-buahan tempatan, aktiviti untuk keluarga, serta pameran daripada pengusaha produk pelancongan negeri Selangor, agensi kerajaan serta swasta
Dalam waktu yang sama, melalui FJS juga turut menaikkan ikan-ikan pemangsa di dalam tasik berkenaan antaranya Patin (Mekong), Peacock Bass dan Tilapia berjaya dikeluarkan sebagai usaha memelihara kelestarian ecosistem di tasik berkenaan.
Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Julaihah Jamaludin (Kiri 1), Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling dan yang dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Fraser Valley KKB, Tan Sri Haji Mahamad Fathil bin Dato Mahmood melepaskan ikan Tapah bersaiz dua hingga tiga kilogram baru-baru ini.
Shah Alam – Fiesta Joran Selangor (FJS) 2025 anjuran Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd tampil dengan pelbagai acara yang disediakan untuk orang ramai yang hadir bagi memeriahkan pertandingan memancing dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM22,000, termasuk RM8,000 untuk juara, naib juara (RM2,000), dan tempat ketiga (RM1,000).
Bagi pemenang keempat hingga ke-10 pula, mereka menerima RM200, ke-11 hingga ke-30 (RM150) dan ke-31 hingga ke-100 (RM100).
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling (tengah) bersama barisan AJK Fiesta Joran Selangor bersama rakan strategik giat mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025 di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahru, Selangor Ahad ini.
Acara yang bakal berlangsung di Tasik Fraser Valley pada 9 Februari 2025 ini turut menawarkan 20 hadiah cabutan bertuah berupa baucar penginapan, tiket pelancongan dan TV 32 inci sumbangan penaja.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling berkata, sasaran 8 juta pelancong untuk Tahun Melawat Selangor (TMS) bagi tahun 2025.
Fiesta Joran Selangor merupakan salah satu acara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama kaki pancing hadir di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahu, Negeri Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling dan Pengurus Besar, Fraser Valley KKB, Hajjah Rohana Usop bakal menerima kehadiran para peserta dan keluarga pada Ahad ini sempena Fiesta Joran Selangor sekaligus merancakkan Tahun Melawat Selangor 2025.
“Selain memancing, pihak penganjur turut menyediakan lebih sepuluh acara antaranya VR Games, Face painting, Kereta Battery, Sand Ard, Clown, Giant Bubble, Sauk Ikan, Soopa Doopa, Nerf Gun dan Memanah.
“Acara Fiesta Joran Selangor yang diadakan di lokasi tersebut juga diadakan bertujuan untuk mempromosi pelancongan dan ekonomi tempatan, terutamanya sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025).
“Acara ini diharap dapat memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Menurut beliau lagi, “tasik ini menjadi sebutan kaki pancing kerana mempunyai spesies berharga seperti tilapia, patin, belida, haruan, rhu, toman, keli serta ketutu yang sedia ada,” kata Chua ketika melepaskan ikan tapah bersaiz tiga hingga empat kilogram (kg) yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Selangor.
“Menariknya bagi kaki pancing yang berjaya menaikkan ikan tapah yang dilepaskan hadiah misteri pula menanti selain ranking hadiah wang tunai yang ditawarkan,” katanya lagi.
Kaunter pendaftaran akan dibuka Sabtu ini, 8 Februari 2025, jam 3.00 petang hingga 7.00 malam dan esoknya, 9 Februari 2025, jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi.
Chua optimis FJS 2025 akan menjadi platform mempromosikan pelancongan negeri dan mengukuhkan Selangor sebagai destinasi pilihan utama pada tahun 2025.
Tasik Fraser Villay yang terletak di kawasan berbukit dengan hutan hujan tropika turut menawarkan suasana semula jadi yang memukau, menjadikannya lokasi strategik untuk memancing sambil menikmati keindahan alam.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook JoranKL atau dengan menghubungi urus setia menerusi talian 013-266 7011, 012-355 4946, atau 012-284 6811.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif gembira melihat hasil tangkapan ikan keli dari peserta Cabaran Joran Kuala Lumpur, sabtu yang lalu.
KUALA LUMPUR – Peserta dari Cheras, Kuala Lumpur, Md Darapi Awang, 55, telah dinobatkan sebagai juara pertandingan memancing Cabaran Joran Kuala Lumpur di Taman Tasik Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Kejayaannya menaikkan ikan keli seberat 12.180 kilogram(kg) membolehkan dia memenangi hadiah wang tunai RM5,000 pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000.
Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan Ketua Unit Sukan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL, Khairul Eswan Ishak.
Darapi menyifatkan tuah buatnya menggunakan cacing disambar ikan keli yang memaksa dia mengambil masa lebih 6 minit sebelum dapat menaikkan ikan tersebut.
Katanya, yang bekerja sendiri telah berkecimpung menyertai pertandingan memancing ini selama dua tahun akhir rezekinya kali ini berjaya membuahkan hasil.
“Tangka sangka menang pulak padahal kehadirannya hanya suka-suka untuk sertai pertandingan ini, alhamdulilah menang pula”ujarnya.
Pertandingan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama JoranKL merupakan salah satu acara
yang disediakan kepada warga kota sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Kita’ menyaksikan sebanyak lebih 500 ekor ikan pelbagai spesis berjaya dinaikkan peserta.
Tempat kedua dimenangi Muhammad Nor Iman Mohd Adnan, 20, dari Kajang, Selangor apabila berjaya menaikkan ikan keli seberat 11.865 kg untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga menjadi milik Muhd Musrikin Aknan, 28, dari Klang, Sela
Majlis perasmian bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
ngor juga menaikkan keli seberat 11.862 kg menerima RM1,000.
Sementara itu, Cabaran Joran Kuala Lumpur disertai lebih 600 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Pahang.
Majlis perasmian bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama para peserta yang mengambil bahagian, mencerminkan komitmen DBKL dalam menyokong aktiviti rekreasi yang
600 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Pahang hadir memeriahkan Cabaran Joran Kuala Lumpur 2025.
memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga kota.
Cabaran Joran Kuala Lumpur 2025 bukan sekadar satu pertandingan memancing, tetapi juga platform riadah inklusif yang menggalakkan interaksi sosial serta memperkukuhkan hubungan dalam komuniti.
Sebagai usaha untuk menjadikan Cabaran Joran Kuala Lumpur sebagai acara tahunan, DBKL telah merancang empat siri pertandingan sepanjang tahun 2025, iaitu bersempena Hari Pekerja (Mei), Bulan Kemerdekaan (Ogos), dan Hari Sukan Negara (Oktober), termasuk edisi sulung yang berlangsung hari ini.
Dengan penganjuran CJKL 2025, DBKL berharap dapat terus menyemarakkan semangat Hari Wilayah Persekutuan, di samping memperkukuhkan keharmonian dan kemakmuran Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia yang menyediakan pelbagai aktiviti riadah untuk warga kota.
SHAH ALAM,17 Jan – Hadiah lumayan menanti pemenang pada Fiesta Joran Selangor (FJS) 2025 yang bakal berlangsung di Tasik Fraser Valley di Kuala Kubu Bharu pada 9 Februari depan.
Hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 akan menjadi rebutan dengan juara bakal membawa pulang wang tunai RM8,000. Naib juata dan tempat ketiga pula masing-masingnya bakal menerima RM2,000 dan RM1,000.
Pihak penganjur menjangkakan lebih 500 peserta bakal menyahut cabaran pada FJS 2025 ini.
Selain hadiah utama, peserta yang menduduki tempat keempat hingga ke-10 juga tidak akan pulang tangan kosong kerana mereka bakal menerima hadiah saguhati RM200.
Tempat ke-11 hingga ke-30 pula akan menerima RM150 manakala bagi tempat ke-31 hingga ke-100 pula akan meraih RM100 setiap seorang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Chua Yee Ling, ini merupakan kali pertama Tasik Fraser Valley dipilih sebagai lokasi pertandingan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Katanya, Fraser Valley merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi tinggi untuk dipromosikan memandangkan ia sering menjadi kawasan penganjuran acara- acara interaktif seperti kembara RIUH, glamping dan banyak lagi.
“Acara Fiesta Joran Selangor juga diadakan bertujuan untuk mempromosi pelancongan dan ekonomi tempatan, terutamanya sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
“Acara ini diharap dapat memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Yuran penyertaan adalah RM50 bagi setiap joran dan 500 peserta terawal akan menerima T-shirt eksklusif.
Pendaftaran boleh dibuat di lokasi pertandingan pada 8 Februari nanti bermula jam 3.30 petang hingga 7 malam atau pada hari pertandingan dari pukul 6.30 pagi hingga 10 pagi.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook JORANKL atau dengan menghubungi urus setia di talian 013-266 7011, 012-355 4946, atau 012-284 6811.
AYER KEROH, 22 Dis – Mohd. Qamarul Anuar Abd Latif, 37, dari Selandar muncul juara Cabaran Joran Melaka 2024, sekaligus membolehkannya meraih hadiah wang tunai RM7,000.
Menurutnya, dengan hanya menggunakan cacing sebagai umpan pada pertandingan tersebut ternyata telah membawa tuah kepadanya apabila berjaya menawan ikan keli seberat 2.66 kilogram.
“Alhamdulillah, kemenangan ini saya anggap rezeki anak kedua saya yang bakal lahir tahun.
“Ini merupakan kemenangan ketiga pada tahun ini selepas kali terakhir tiga bulan lalu apabila saya turut membawa pulang hadiah kemenangan RM20,000 pada pertandingan memancing di Negeri Sembilan.
“Minat terhadap memancing ini memang tinggi, memandangkan saya juga pengusaha ikan air tawar di Selandar, jadi sedikit sebanyak boleh memahami bagaimana untuk menawan ikan air tawar,” jelasnya.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron, penganjuran pertandingan tersebut dilihat mampu menaikkan lagi potensi Tasik Ayer Keroh sebagai lokasi pelancongan riadah.
Katanya, program anjuran bersama MPHTJ yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu turut menarik penyertaan para kaki pancing dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Sapiah menjelaskan bahawa pihaknya menerima banyak cadangan daripada para peserta untuk menganjurkan pertandingan seumpama ini pada tahun hadapan.
“Pada tahun 2025, kita merancang untuk menganjurkan program memancing berskala besar,”jelasnya yang turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pada pertandingan tersebut.
Bahagian Korporat, Media & Pelancongan, Kumpulan Pantai Bharu, Fairul Iskandar Faizil De Souza bersama sebahagian dari mangsa banjir atas misi pengagihan pakaian dan makanan kepada penduduk terjejas.
Kumpulan Pantai Bharu melalui Kelab Kakitangan & Rekreasi Pantai Bharu telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir sebagai salah satu inisiatif kerja khidmat sosial mereka.
Fairul Iskandar bersama 20 orang sukarelawan telah menyertai misi ini, bertungkus-lumus mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.
Misi ini berlangsung dari 10 hingga 13 Disember 2024, dengan matlamat utama membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.
Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Bharu, Rabitah Dato’ Shamshudin berkata, bahawa ini bukan kali pertama kumpulan tersebut melaksanakan kerja khidmat sosial berkaitan banjir.
“Pihaknya amat prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa banjir dan sebelum ini juga pernah menjalankan misi serupa di negeri-negeri lain”.
“Beliau berharap usaha ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir, selain memberi sokongan moral kepada mereka. Komitmen ini akan terus diteruskan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan pada masa hadapan”, katanya lagi.
Program ini memfokuskan kepada penyaluran barangan keperluan asas, makanan, dan minuman kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.
Bersama salah satu penduduk mangsa banjir di kampung di Kampung Limbat Pasir Tumboh, Kelantan.
Misi Bantuan Banjir ini turut melibatkan sokongan dan dana kewangan daripada beberapa pihak lain, termasuk Anak Syarikat Pantai Bharu, Yayasan Pekema, Kelab Rakan Motivasi (KRM), Kumpulan MTM, IHT Rehab, Candyta Beaute, serta sumbangan individu perseorangan.
Gabungan kerjasama pelbagai pihak ini mencerminkan semangat solidariti dan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan segera.
Barangan yang disumbangkan meliputi pelbagai keperluan asas seperti lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan dewasa, susu kanak-kanak, selimut, bantal, tuala, air minuman, dan makanan.
Selain itu, bantuan turut merangkumi keperluan peribadi seperti sejadah, kain pelikat, kain batik, telekung, serta pakaian terpakai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Barangan ini dipilih untuk memenuhi keperluan harian mangsa-mangsa banjir yang terputus bekalan akibat bencana.
Bantuan tersebut telah diagihkan di beberapa kawasan yang paling terjejas di Negeri Kelantan, iaitu Kampung Limbat Pasir Tumboh Peringat, Kampung Seri Sentosa Bachok, dan Tumpat.
Bersama Ustaz Aiman Di Peringat, Ustaz Aiman yang membantu menguruskan mencari mangsa-mangsa banjir.
Kawasan-kawasan ini dikenal pasti sebagai lokasi yang memerlukan bantuan segera memandangkan kesan banjir yang besar terhadap penduduk setempat.
Usaha pengagihan ini memastikan bantuan dapat sampai tepat pada masa dan tempat yang memerlukan.
Sebanyak 20 orang sukarelawan telah menyertai misi ini, bertungkus-lumus mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.
Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan proses pengagihan berjalan lancar, walaupun berhadapan dengan cabaran di kawasan banjir.
Usaha sukarelawan ini amat dihargai kerana ia membuktikan semangat keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
KUALA LUMPUR, 16 April – Skuad badminton wanita negara menerima tamparan menjelang saingan Piala Cup apabila tonggak beregu utama, Pearly Tan, disahkan menarik diri...