KL CITY BURY SRI PAHANG IN KUANTAN
ISMAIL SABRI DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI BAHARU
PETALING JAYA, 20 Ogos – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah menjadi Perdana Menteri ke-9.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa KDYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
Pada sesi Perbincangan Khas itu yang berlangsung selama dua jam setengah bermula pada pukul 2.30 petang, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu, susulan daripada peletakan jawatan Yang Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin pada 16 Ogos 2021 lalu.
Proses ini adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka Baginda semasa sesi menghadap bersama ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama negara pada 17 Ogos 2021 yang mana kesemua 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah diminta untuk menyatakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan (statutory declaration).
Pencalonan bakal Perdana Menteri menerusi surat-surat akuan tersebut adalah dengan tujuan untuk membantu Seri Paduka Baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Istana Negara telah menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat, masing-masing menerusi surat akuan (statutory declaration) pada 18 Ogos 2021 lalu.
Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan. Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.
Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri ini, maka Kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik ini.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara.
Seri Paduka Baginda mengulangi pandangan bahawa rakyat tidak wajardibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan pada ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemurungan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Ahli-ahli Dewan Rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab Baginda selaku Raja Berperlembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda kepada pembentukan Kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri dengan melakukan penelitian dan pemerhatian yang lebih mendalam menerusi surat akuan dan pengesahan melalui sesi menghadap secara fizikal dan maya dengan setiap Ahli Dewan Rakyat.
Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah Subhana Watala, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.
COUNT ON THEM TO DELIVER AT TOKYO PARALYMPICS
It was a far cry from the four-silvers and a bronze won at the Rio Olympics with the silvers coming from Datuk Lee Chong Wei (men’s singles); Goh V Shem-Tan Wee Kiong (men’s doubles); Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (mixed doubles); and Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong (women’s synchronized 10m platform). The bronze was from Azizulhasni (cycling men’s keirin).TOUGH THOMAS CUP AND UBER CUP DRAW FOR MALAYSIA
KEDAH’S FACES TOUGH TERENGGANU AWAY
PENANG MAULED AS KEDAH ROMP TO A 4-1 WIN
GHANI HASSAN IS NEW MFL PRESIDENT
SARAWAK UNITED ON TRACK AFTER BIG WIN OVER PERAK FC II
KEDAH RETURN TO ACTION WITH A DEFEAT
INCLUDE TENNIS AS COMPULSORY SPORT IN SUKMA
KUALA LUMPUR, Aug 10 – The Lawn Tennis Association of Malaysian (Tennis Malaysia) wants the sports ministry to give tennis due recognition for the sport to “grow further” in the country.
And the national games (Sukma) is the right place to kickstart this campaign and wants the Youth and Sports Minister Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican to make the racquet sport a “compulsory sport” although past attempts have fallen on deaf ears.
Tennis Malaysia, at its Exco meeting via Zoom on Saturday (Aug 7) was unanimous in its decision on the matter. The meeting was chaired by its president Mirzan Tun Mahathir and attended by the full committee.
Describing the issue as “thorny” the national tennis body, has been made aware that vice president Johnson Koh has been very vocal and consistent in pursuit of the matter. and has written to three sports minister, including the present minister Reezal Merican.
Lawn Tennis is hoping that Reezal Merican, who has “injected many positives” in Malaysian sports despite the coronavirus pandemic, will breathe new life into tennis in Malaysia.
Before this the national tennis body also wrote to former sports ministers Khairy Jamaluddin and Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. In fact Mirzan led a delegation that included Johnson Koh, for a meeting with Syed Saddiq on the matter but nothing came out of it.
Johnson Koh, who is also the president of the Sabah Tennis Association (Sabah Tennis), has been very vocal on getting tennis into Sukma.
“Tennis Malaysia has decided to write and seek the approval of the Sports Minister on the inclusion of tennis as a compulsory sport in all Sukma. We also seek a meeting with the minister (Reezal Merican) on the matter,” said Johnson Koh.
“There are facts and reasons why tennis must be a compulsory sports in all SUKMA . Tennis is ranked second in the world of sports in terms of prize money. It is the second most viewed and popular as individual sports other than golf. Tennis has been included in the Olympics Games, Asian Games and SEA Games.”


















